Written by AbangNara | May 10th, 2009

ragut di malaysia

[note]Ini adalah artikel pesanan khidmat masyarakat. Kes ragut di Malaysia dah terlalu melampau. Kami ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan pembaca-pembaca kami agar berhati-hati di mana sahaja anda berada. Malaysia sudah tidak selamat lagi.[/note]

Minggu lepas sahaja 2 orang sudah mati akibat menjadi mangsa ragut. Itu yang masuk suratkhabar, belum kira berapa ramai lagi yang setiap hari menjadi mangsa peragut-peragut sialan di Malaysia ini.

Kenapa mereka meragut? Yang pertamanya sudah tentu sebab diorang ini tak ada kerja. Duit tak ada tapi ada motor. Nampak pulak makcik kat tepi jalan tengah jalan berlenggang sambil pegang handbag nak tak nak jer. Apa lagi, nafsu meragut terus membara. Nak duit mudah la katakan.

Yang meragut nie tak kira bangsa. India ada, Melayu ada, Cina pun ada. Tapi rasanya mat-mat Indon dan Bangla kat Malaysia nie pun turut terlibat jugak. Dah la datang negara orang secara haram, buat lagi benda celaka nie.

Beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-

  1. Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
  2. Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
  3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
  4. Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
  5. Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
  6. Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
  7. Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.

Sekian khidmat pesanan masyarakat daripada kami. Sesungguhnya kami sedih dengan keadaan negara kita sekarang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengubahnya.

Baca Yang Ini Pulak:-


51 responses to Ragut – Pesanan Dari Kami Untuk Anda Semua

  1. Penari Poco2 says:

    takut jugak aku…
    kebelakangan ni byk kes ragut…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Penari Poco2 says:

      sedihnye aku ngan 2 mangsa ragut yg tgh mengandung tu…nyawa mcm boleh main2 plak…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • DelimaSaraa says:

        aku ingat kan..ni bukan nak 18sx, tp kan cara nenek2 kita bubuh duit kadam tutttttttttttt lagi baik dari ada hbag berjenama..
        tp aku ingat bacalah ayat kursi..sesungguhnya ayat tu ialah ayat pelindung diri..
        ada satu kisah dari email yang aku baca..ada pmpuan tu jalan sorang2 kat lorong sunyi, dia npk ada lelaki yang macam penyangak lar..dia takut sangat2, pastu dia bertawakal dengan baca ayat kursi jer..alhamdulilah, dia tak dek peapa..tp esoknyer tersebar kat briter ada sorang kena rogol dan bunuh kot, di tpt yang sama seminit lepas dia melaluinya..

        kesimpulanya, kekadang pegangan kita (ikut agama lar, kalau islam : ayat2 suci tu) adaah pendinding diri selain dari DOA dan TAWAKAL…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • .... says:

          aku pernah dgr citer ko delima saraa.. penyagak tu xnampak dia.. esk nya kuar paper ada org kena rogol ngan bunuh kat situ..
          memang pun.. kalu kita baca ayat kursi masa nak kuar umah insyallah kita selamat..

          Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
      • jangan jadi mangsa ragut seterusnya

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • mien.. says:

          gerun ler..tp aku gram gler ngan sume pragut 2…pndai2 ar cri duit ngan hsil titik pluh sndiri..ni ske2 ati je nk ragut…pas2 ciap mncnderkn mgse lg..hadooii,ape nk jd la ngan zmn skang ni…huhuhu

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • xyanniax says:

      wahai peragut malaysia…pegi la cari keje ganti mat indon n bangla yang makin ramai tuh…..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • singa ganaz says:

        kdg2 mat indon dan bangla pun ramai yg buat keja mcm nih….

        apa2 pun, kita kena berhati-hati dan masyarakat jgn terlalu mengharapkan pihak polis utk membanteras jenayah…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • mien.. says:

          phk polis pn dh x trlarat nk bnteras pnjenyah2 kt m’sia ni sbb rmai sgt..brlmbak-lmbk..org awam plak kne bg krjsama…klu tgk je pragut2 jgn dok diam jer..sme2 kte hentam dieorg..hehehe..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. bobolia says:

    hahaha sapa pakai tudung labuh sudah semestinya yg paling selamat sebb handbag boleh letak bawah tudung hehehehehe….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • DelimaSaraa says:

      tak dek maknanya, ko tau tudung labuh tu ada kategori dia..kalau yang sampai lutut tu dan cutting depan blakang sama, okeylah-kompen tak npk hbag kat dlm..

      tp cutting tudung labuh ni biasanya dekat sisi tu sama paras ngan siku..jadi hbag tu boleh gak npk..tp untuk peragut menarik nya amat tipis lar..sebab tudung labuh tu menyorokkan sedikit pandangan beg…aku sokong ko, SILALAH BERUBAH MEMAKI TUDUNG LABUH wahai perempuan2…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • DelimaSaraa says:

        silap eja : aku sokong ko, SILALAH BERUBAH MEMAKAI TUDUNG LABUH wahai perempuan2…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Penari Poco2 says:

          huiiih…delimasaraa..suspen aku!
          mati2 aku ingat memaki tadi…
          kus semangat…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • DelimaSaraa says:

          tu ar..aku pun terkejut beruk ngan diri sendiri…kalau tak ramai lar yang memaki hamun aku..kakak batu lesung, tu salah eja jer ek…sori bangatttt

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. BudaKGeniUS says:

    MAKSUDNYE….

    Ade hikmah juga kenapa islam menggalakkan kaum HAWA memakai tudung labuh..

    hehehe…

    Tu tersangat la bagus dari x pakai tudung langsung,
    Mean org x pakai tudung nie risiko kena ragut lebih tinggi la ek?

    hehehee….

    p/s: Kalu nak kena,bukan kira tudung labuh ke tak,tapi at least risiko nye dapat dikurangkan..hehehee

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Penari Poco2 says:

      yang pentingnyer…kita kene hati2 sikit bila berjalan tu…biarlah di tempat ramai org dan beg tu kene peluk erat2…so, peragut xkan dpt ragut punyer…

      p/s : BUDAK GENIUS, AKU NAK UCAPKAN SELAMAT MALAM KAT KO…MATA AKU DAH NGANTUK NI, ESOK AWAL2 LAGI DAH TURUN KEJE…LGPUN AKU NI BKANNYER SIHAT SGT, PANAS SEMCM JER BDN AKU NIH…CUACA XMENENTU SKRG TP ALHAMDULILLAH GAK, DUGAAN DARI ALLAH…SO, SWEET DREAM…alalala bantal busyuuuuuk…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • BudaKGeniUS says:

        Ok poco-poco,

        Ko rest la..
        Jgn x bgun terus dah..ehehehehe…

        p/s: Bile masa plak bantal busuk ko blh bercakap?

        hahahahaah

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Penari Poco2 says:

          bantal busyuk aku tu adalah satu2nya peneman setia mimpi aku di malam hari.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. rozy says:

    cuma berhati2 la pada perempuan..kadang2 media ni memainkan peranan jugak bgtau kat org soh buat apa…

    tapi kadang2 ayat ni mcm menggalakkan lagi la orang meragut..
    mana taknyer..lagi syok le drg nak ragut…kalau dalam berita je pesanan nasihat :kalau anda diragut, lepaskan je..nyawa lebih penting..

    tu ler..tak tahulah macam mana..tak nak menggalakkan lagi tapi gunakan cara prevention yang lebih baik…
    kepit beg elok2..
    ragut boleh terjadi dimana2..so kena beringat selalu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Penari Poco2 says:

      betul2… ape yg ko bgtau tu….seolah2 mengajar peragut plak.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • mien.. says:

        erm,tp 2 le…..ragut ni mkin brleluase ar….x gtau kang ssh..gtau pn ssh gak..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. WanZ says:

    Persoalan…

    Kenapa Kaum Wanita sahaja yang menjadi mangsa RAGUT…. Kenapa tidak terjadi kepada kaum Lelaki…

    Jawapannya…

    Wanita membawa beg yang besar besar …. ntah apa isi begnya tidak dapat dinyatakan …

    Cadangan …

    Tiru macam lelaki …. letak beg @ handphone dalam poket ….dengan kata lain isi duit dalam beg kecil dan letak dalam poket baju @ seluar….

    barangan lain seperti kosmetik @ ntah apa lagi tu kalau nak bawa beg yang besar-besar cari je beg yang jernih supaya menampakkan bahawa barangan dalam beg itu tidak berharga….

    Percayalah …

    Tiada lagi Kes RAGUT ….

    Nak ada camnenya … beg dah tiada…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • mien.. says:

      hehehe,btul gak 2…so,sume pmpuan2(trmsuk aku skali)…sile la buang hdbag2 brjenama anda 2..lbh buang hdbag dr buang nyawa sndiri..sekiannnnn

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • mien.. says:

        slap…..*lbh bek buang hdbag dr buang nyawa sndiri..sekiannnnn*

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • DelimaSaraa says:

          wanz…aku sebagai golongan wanita..bukanya nak bawak hbag besar2 tp disebabkan kami ni banyak sgt barang nak bawak…benda wajib perlu ada dlm beg lah kan –

          1: beg duit memuatkan ic lah, kad kredit dn segala2 kad,
          2: hset, 3:buka catatan, tertulis segala2 hutang lah, pebenda nak masak tengah hari lar,
          3 : lipstik mesti kena ada, saham kena pastikan sentiasa tinggi
          4: dan bg yg dh kawin dlm hbag kena ada pampers anak, dgn baju spare..maklumlah takut anak muntah nanti laki membebel plak..

          dll lagi yg aku tak tau diorang isi apa..makanya, wanita dan handbag bagaikan lagu dan irama…hahaha..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • WanZ says:

          itu yang aku maksudkan …. kalau nak bawa barang barang semacam tu …. bawalah beg yang jernih @ lutsinar @ transparent … biar menampakkan barang di dalamnya …. letakkanlah apa saja …. kalau boleh biar menampakkan panpers banyak banyak …. baru peragur tidak meleleh air liur bila nampak barang barang camtu ….

          ada betoi ka

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • BudaKGeniUS says:

          KALAU NAK LAGI LEBIH SELAMAT,

          Ko bawak la beg plastik kaler oren or merah,
          Beg plaktik yg biasa dpt kat pasar malam tue,
          Tu confirm peragut tak ragut,
          Jgn kata RM2, RM10,000 pon belum tentu peragut nak ragut kalu ko gune beg plastik tu…heheheh..

          p/s: Tu sebab pengemis x kene ragut, hasil pengemisan disimpan di dalam beg plastik oren or merah tu..hehehehe…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Penari Poco2 says:

          laa…kalo aku bawak beg plastik jer tu xcun lar…
          dahla aku pakai kasut tumit tinggi, baju kebaya, tudung moden…keta besau plak…huss..last2 bawak beg plastik…x kontrol ayu lar kalo camtu…
          hahahahahahah!!!!

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • BudaKGeniUS says:

          HAH…APE KATE…

          susah2 sgt,
          Ko bawa je handbeg ko tue,
          Tapi bungkus dgn plastik oren tu?

          kan?
          heheheeh…

          Nak nampak lagi stylo,
          Bungkus dgn plastik sampah kaler hitam..
          hehehehe….

          p/s: Jgn kata peragut,lembu yg meragut rumput pon xde slera nak ragut beg ko!

          hahahahahah………..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Penari Poco2 says:

          ade ker…?
          tgok keadaan ler…kalo nak g turun naik ofis org, nak jumpa org, g meeting xkan ler nak bungkus handbag pakai plastik sampah kot?
          isshh…xdpat kudambakan semua tuh…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • WanZ says:

          ngko semua ni sayang glamour ke sayang nyawa…..

          jawab… jawab jangan x jawan

          mesti pilih satu ….

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Penari Poco2 says:

          dah tentu ler nyawa aku sayang.

          glamor pun penting jgk beb asal jgn melampau sgt.
          xkan ler kulu kilir aku bawak beg plastik sampah tuh…
          mana best arr kalo camni…kontrol lawa sikit bwk handbag….hahahahahah.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • WanZ says:

          kalau dah semua pakai camtu dah jadi stail laa plak ….. & bila dah jadi stail …. peragut akan ragut pula beg plastik (jabir rokrak) ….baik x yah bawa beg terus …. bawa je beg kecl yang boleh masuk dalam poket

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • rozy says:

          eh kalau bawak beg dompet kecik macam laki..
          gedabak le poket..
          lelaki poket tebal= nampak kaya
          pompuan poket tebal==lagi senang kena target ngan lelaki mata duitan..
          hohoh..

          ish, kalau nak curi tu..biasanya dia dah target lama dah..
          lagipun baju apa je la yang ada poket..
          baju kurung boleh jugak..
          takkan baju kebaya ada poket??
          kalau pakai seluar, lepastu letak purse..
          kan dah tonggek semacam..

          kang menggalakkan perogol pulak..susah2..
          semua ni

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. anna says:

    aku pernah kena ragut dkt2 ngan komuter ukm..
    tp aku x cedera..sampai skng sakit ati aku kat yg peragut 2 x hilang lagi..
    hrp2 pasni xda lagi yg kena ragut..trauma oooo

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • mien.. says:

      yeke…ish,tkutnyer…ko trauma gak ke..klu aku pn rsenye trauma gak..huhuhu…arapnye brsbrla kpd sume mgse ragut 2 yer…sme2 la kte brdoa moge2 kes ragut ni mkin brkurgn n lenyap!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • anna says:

        aku trauma jugak la..tp skng dah ok berkat air yasin..
        ya la aku pun harap pasni xda lagi kes ragut..
        ALLAH saja yang dapat balas dosa yang diorang wat kat mangsa2 ragut sampai kehilangan nyawa tu..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • singa ganaz says:

          kdg2 x kena kt diri sendiri tuh yg mcm2 boleh dok kata… dh kena baru kita tau rasanya mcm mana org lain penah kena…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. DelimaSaraa says:

    lagi satu…style pamakaian tu jganlah kata orang seolah-olah ‘marilah rogol aku’…paham ek aku cakap..

    Ada sesetengah kerjaya sebagai perompak/penjenayah/peragut ni dia pilih gak kekadaan pemakaian seseorang tuuu..sebab tu agama suruh berpakaian sopan..

    Tapi memana yang dah jadi kepada orang2 yg berpakaian baik tp tetap diragut tu, kita cakap lah dalam hati nauzubillah..itu adalah takdir untuknya..selagi boleh usaha elakkan dari berpakaian seolah2 tak mampu nak beli kain lebih…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. singa ganaz says:

    aku penah pegi padang ragut…. banyak betul lembu dok makan rumput…..

    istilah buat peragut….. diorg ni sebenarnya mcm lembu….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Penari Poco2 says:

      singa plak kalo nampak lembu, habis dingapnya!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • singa ganaz says:

        jgnkan lembu…. gajah sekalipun aku ngap hahaha….

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • ikan kaloi says:

          jgn ikan pun di ngap jgk..huhu

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • minnie comey says:

          aku pnah jd mgse..tapi sib bek aku ade karate,aku sepak tuuuutttt jantan tu..bodo betol..masuk longkang die..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Penari Poco2 says:

          wah terror gak ko minnie…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • mien.. says:

          ish,bgangganye aku ngan ko minnie..mmg hbt btui ko ni..xpe2..nati aku nk bg taici la plak kt si pragut 2..hehehe..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • rozy says:

          gile hebat..
          cool des ka~~
          emm..kadang2 kita ni terlalu berlemah lembut..
          sesekali kita terus ganas je..macam singa ganaz

          aku bayangkan kalau aku kena mesti aku blurr..
          2-3 minit baru dapat pikir balik..mana le sempat nak bagi aksi ganas..
          aku ni dah le blurr yang comel..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • minnie comey says:

          btol..gram aku..aku pulok yg bwk die g balai pulis..indon..xsdar dri..samela cam pmbantu rumah bgsat tuh…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. yann says:

    Wahai peragut cuba kau byangkn klau mak @adk kau yg kna ragut camana prasaan kau org erk jdi sblum mragut 2 “LU PIKIR LA SNDIRI”……………………

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. reyy says:

    baru td saya kena ragut kat tmn cempaka ampang berdekatan lrt cempaka. Dah la peragut INDONESIA. CELAKA BETOL DAHLA DTG SEC HARAM NK WAT LG KEJE MCM TU.!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. Anytime I research a topic I’ve no clue what i might find. I’m so pleased to have stumbled upon your comprehensive blogging as it correctly addresses the questions I have in mind and even the unmentioned concerns which i would’ve looked for later on.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0