Written by AbangNara | September 11th, 2017

Telah pun mengikat tali pertunangan pada awal bulan Julai lalu, Raf Yaakob dan Mawar Rashid bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Raf Yaakob. Alhamdulillah. Benda baik sebegini memang perlu disegerakan, lebih-lebih lagi jika berkemampuan. Tahniah diucapkan kepada Raf dan juga Mawar.

mawar rashid

Namun begitu, tarikh pernikahan mereka masih lagi dirahsiakan buat setakat ini dah hanya akan diketahui seminggu sebelum majlis berlangsung. Kata Raf Yaakob:-

Ya, kami akan bernikah sebelum penghujung tahun ini. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh dan menghormati keluarga, tambahan pula ini perkahwinan saya yang kedua. Usah khuatir, kami tetap akan berkongsi tarikh itu tidak lama lagi kerana merancang untuk mengadakan sidang akhbar khas selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis nanti.

Kami akan bernikah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum mengadakan majlis resepsi di Hotel Royale Chulan Damansara sementara busana perkahwinan pula ditaja oleh Cosry. Selain itu, akan ada malam berinai sebelum majlis nikah bertemakan Siam, manakala majlis keesokannya pula bertemakan Jawa sementara majlis resepsi bertemakan moden.

raf yaakob mawar rashid

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini. Abang Nara pun ternanti-nanti jugak. Confirm meletup-letup punya. Apa pun semoga perancangan Raf Yaakob dan Mawar Rashid berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan. Tahniah sekali lagi. Sumber Kosmo Online.

14 responses to Raf Yaakob & Mawar Rashid Akan Bernikah Hujung Tahun Ini

  1. melati says:

    Apalah korang ni Jantan2 Malaysia kenapa dgn Neelofa tu ? Takder org nk ker?… asyik selalu Retis2 jer kawin Neelofa tu bukan Retis Kew? sian plak Neelofa.!!! ” Apa punya sial lah nasib Neelofa tu sampai takder Jantan nk” ..wakakakaakkaaaaa

    3

    2
    • TerraCosta says:

      ape kene mengena neelofa dlm cerita ni. kau ni tak relevan la… Jodoh dia x sampai lagi la tu… tahniah Raf and Mawar!

      4

      1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      minah2 tudung ni lambat sikit dapat jodoh n kawin ..kebanyakan nye kawin dulu baru dorang bertudung takot tk laku kate nye..ntah la mungkin jugak kaaan..

      0

      4
  2. Joyah says:

    Lepas kawin bimbing la isteri..dah bambino isu semasa jgn lak jd bambino bab agama

    4

    0
  3. Maroon 5 says:

    Walaupun aku tak stuju sgt mawar ni dgn mamat ni, but she looks happy, semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

    2

    0
  4. mawarafcuk says:

    kesian exbf die si dancer tu..bcinta bagai nak rak dr zaman die gile2 (zaman keek ) sampai la masuk dewi remaja..dah famous terus clash…nampak si raf lak kaya..hmmm bye2 je ler exbf yg setakat pakai myvi tu ..

    9

    0
    • miamore says:

      sapalagi hensem? raf ke ex bf dia tu? zaman sekarang tak hensem pun pompuan jelita sanggup jilat asal berduit…untunglah jholow.

      1

      0
  5. Anonymous says:

    Ya..Perangai x penting..yg penting rupa. Kalau ak mak mertua..x berkenan ak ngn prangai mawar..

    4

    0
    • believer says:

      zaman sekarang banyak mak mertua nak menantu cantik,. boleh lah tayang cucu comel ngan jiran sebelah. kalau cucu tak comel malas lah nak angkut ke sana kemari.

      8

      0
  6. Anonymous says:

    dedua ni attention seeker..bluekkkkkk

    3

    0
  7. Jdjd says:

    Woi nara kau ni tak tapis ke iklan apesal aku tengok setiap post ada iklan minyak pengasih bomoh buluh perindu!

    0

    0
  8. Dtjnvg says:

    Exwife Raf tu cantik ye…

    0

    0
  9. Bib says:

    Ala si bangla ni pon sibok nak canang satu msia nak kawen. Dia bajet dia engku emran agaknya. Xde org pon nak tau cite psl ko la wei

    0

    1

Leave a Comment

Optional