Radio Swasta Kurang Patriotik – Adnan Abu Hassan

Hiburan

Radio Swasta Kurang Patriotik – Adnan Abu Hassan

adnan abu hassan

Agak panas jugak komen daripada Adnan Abu Hassan di Harian Metro semalam. Habis dibantainya radio-radio swasta di Malaysia nie. Katanya, radio swasta Malaysia nie tak ada semangat 1Malaysia, asyik-asyik nak mainkan lagu Indonesia je. Lagu ciptaan anak tempatan dianaktirikan. Pedas jugaklah kata-kata pemenang Anugerah Wirama AIM 17 nie:-

Advertisement

[note] Pada saya, ini semua salah stesen radio swasta yang tiada semangat patriotisme dan tidak mengamalkan kempen 1Malaysia seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka terlalu bangga dengan produk luar negara terutama Indonesia.
Saya panggil mereka yang berkuasa di stesen radio itu sebagai tuhan muzik. Ini kerana kuasa yang diberikan kepada mereka, mereka boleh buat sesuka hati. Malah, mereka pula yang melabelkan sesebuah lagu itu bagus atau tidak. Golongan ini tidak sayangkan negara dan bangsa sendiri. Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan [/note]

Tabik spring kami kepada Adnan Abu Hassan. Selamba badak je dia sound direct radio-radio swasta kat Malaysia nie. Siap kutuk lagu Wali Band lagi:-

[note]Kalau hendak merakamkan lagu di sana pun dengan syarat mengambil komposer lagu di sana. Kita di sini, ambil semua lagu mereka tanpa sebarang perubahan pun. Apa yang disogokkan artis seberang, kita ambil dan siarkan di radio berpuluh kali sehari. Apabila minta stesen radio itu putarkan lagu artis kita, kata mereka ia irama lama. Tidakkah mereka tahu lagu Cari Jodoh oleh Wali Band adalah irama lama? Tetapi kerana menciptanya orang seberang, ia diterima baik stesen radio swasta ini. [/note]

Kami di BeautifulNara sokong 100% apa yang dicakap oleh Adnan Abu Hassan nie. Jemu jugak bila dengar radio-radio swasta nie asyik mainkan lagu Indonesia je. Dalam 10 lagu yang dipasang, ada la 2, 3 lagu Malaysia. Kadang-kadang terfikir jugak betul ke kami tengah dengar radio Malaysia nie. Semua pun lagu Indonesia jer.

Mungkin bila radio-radio swasta nie mainkan lagu Indonesia, duit royalti yang perlu dibayar sikit. Almaklumlah nilai rupiah berbanding ngan Ringgit Malaysia memang sangat rendah. Sebab tue radio-radio swasta nie lebih prefer untuk putarkan lagu Indonesia. Boleh jimat kos diorang. Ini satu teori daripada kami. Anda pulak rasa sebab apa diorang suka mainkan lagu Indonesia?

Harap-harap teguran dari Adnan Abu Hassan ini bakal menjadi satu wake up call untuk mereka-mereka yang terlibat dalam industri muzik Malaysia. Kalau nak baca interview penuhnya, sila klik di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...