Radio Bumi Kenyalang Di Saluran Astro 870 Khas Untuk Rakyat Sarawak

Hiburan

Radio Bumi Kenyalang Di Saluran Astro 870 Khas Untuk Rakyat Sarawak

saluran radio bumi kenyalang

Kami respek dan kagum dengan keprihatinan Astro untuk menerapkan elemen tempatan dan memahami kehendak penduduk negeri Sarawak yang mahukan sebuah saluran radio yang memainkan lagu tradisional dan tempatan negeri mereka. Akhirnya pada 31 Oktober 2010 baru-baru ini, Radio Bumi Kenyalang telah dirasmikan oleh YB Dr. Rais bin Yatim. Kini semua rakyat Sarawak sudah dapat menghyati keunikan lagu-lagu tempatan mereka di Saluran Astro 870.

Advertisement

saluran radio bumi kenyalang

Saluran Radio Bumi Kenyalang ini bakal beroperasi selama 24 jam dengan memainkan lagu-lagu dari muzik tempatan dan etnik tradisional negeri Sarawak. Selain itu para penyampai Radio Bumi Kenyalang jugak akan mempromosi keunikan budaya kaum etnik di Sarawak serta tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi jika anda ingin melawat Sarawak. Tambah uniknya, penyampai Radio Bumi kenyalang akan turut menggunakan loghat Sarawak semasa ke udara nanti.

saluran radio bumi kenyalang

Tahniah kepada Astro sekali lagi kerana prihatin dengan kehendak rakyat negeri Sarawak. Dan kepada rakyat Sarawak, anda nak tunggu apa lagi? Bukak Astro anda sekarang dan silalah layan Saluran 870 untuk Radio Bumi Kenyalang.

Update: Sori tadi tersilap tulis. Saluran Radio Bumi Kenyalang ialah 870 bukannya 807. Sori ek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...