Written by Bella | January 11th, 2016

Meskipun mempunyai rencana untuk berkahwin sebelum  ini, percintaan Qi Razali dan Nelydia Senrose terputus di tengah jalan sekitar bulan Ogos tahun lepas.

Walaubagaimanapun, status sebenar hubungan  mereka kembali menjadi perhatian ramai dan mencetuskan tanda tanya apabila Qi dikatakan bercuti bersama Nelydia ke Koh Lipe, Thailand baru-baru ini.

Menerusi akhbar Harian Metro, Qi mengakui   hubungan beliau dan Nelydia sudah semakin pulih tetapi buat masa ini beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenainya.

Selama ini kami tidak pernah bermusuh dan saya akan tetap menganggapnya  sebagai teman istimewaq sampai bila-bila. Apabila kami baik semula, tak terlintas di hati ini nak memberikan sebarang kenyataan.

Kalau nak tahu, beberapa hari selepas putus cinta kami ada keluar bersama. Kami tidak pernah menyembunyikan perkara itu. Cuma, kali ini kami mahukan sedikit privasi berbanding sebelumnya apabila kerap berkongsi kisah peribadi.

Buat Qi apa yang berlaku kepada beliau dan Nelydia adalah satu perkara normal. Percintaan mana yang tidak akan dilambung ombak dan badai bukan? Malah,  Qi menjelaskan beliau masih ada lagi rasa sayang terhadap Nelydia.

Bergaduh adalah perkara biasa.  Selepas itu proses memujuk pula dan ia adalah normal. Rasa sayang saya terhadapnya masih ada.

Kalau tidak bercinta pun, apa salahnya untuk menjadi kawan bukan? Kalau ada jodoh antara Qi dan Nelydia pasti satu hari nanti mereka akan bersama, jika sebaliknya maka cuba teruskan kehidupan masing-masing.

Sumber Berita: Harian Metro

20 responses to Qi Razali Akui Masih Ada Rasa Sayang Terhadap Nelydia Senrose

  1. Anonymous says:

    letih la korang ni. dah sayang kawin je lah…..

    0

    0
  2. ayah anda kulup says:

    kesiannnnnn………

    0

    0
  3. Anonymous says:

    make up your bloody mind la bro…..be a man for once.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Poor thing you guys rely on sources like these for news…you guys don’t know anything…if I commented about your relationship you wouldn’t like it…believe the media and you are being silly:)))))

      0

      0
  4. minah jambu terlajak habis says:

    sayang sayang datang la meminang huh !

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Qi nk mcm muka nak main je. Tak lebih pada tu. Nelydia ni muka mcm nk kawin…tu la kot. Pompuan la katakan. Lelaki nak geli2 je.

    0

    0
  6. kaki tabur says:

    kalau betul ko gentle,ajak kawin la…kalau dia tolak,so move on je…nampak tak game nye..banyak lagi gadis kat luar sana…

    0

    0
    • Anonymous says:

      silap hb Qi dah berkali2 ajak kawin,tp Nely berfikir berjuta kali haha.
      tgk la kawan2 sebaya dia semua kawin dgn lelaki yg stabil yg mmg confirm boleh support hidup dia.
      erin malik,puteri railey tu semua.
      Qi?
      sorry to say,jgn blame Nely kalau ko sendiri cam xde effort tu

      0

      0
  7. MAK JEMAH says:

    Qi Razali….ape ade….habok pun tarak

    0

    0
  8. hida says:

    aku rasa ko still stay dlm industri ni pun atas gosip tarik tali dgn nelydia..
    well, aku yg xde kaitan pape ni pun rasa penat
    next pliz

    0

    0
  9. Tada says:

    @cabinanatomy

    0

    0
  10. Weng Weng says:

    tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain

    0

    0
  11. lullaby says:

    srabuk peruk r mu duo eko ni..xdok crito lain ko..?..nikoh2 la chi eh..mu tu tuo doh pong..bajet remajo nok main tarik tali teko teki gini

    0

    0
  12. Rozita Aby says:

    Eh please lah. Qi is too old for a young women like that. 38 years old tu. Would you allow your sister or your daughter to marry someone much older? Filthy disgusting!

    0

    0
    • Anonymous says:

      old tak old sangat la. tapi 38 y/o untuk nelydia buat laki at least mesti dia nk yg stabil, kaya, ada kerjaya tetap. sorry qi. move on je la. if nak kawin gi masuk meminang.

      0

      0
  13. Untuk peringatan bersama says:

    Perhatian..minta tolong jgn mudah terpedaya dgn promoter2 yg jual brg2 elektrik kat luar pasaraya…mase nk jual lembut gigi pada lidah bile kite nk refund hilang dah smua ramah mesra senyum siap sound customer smula..yg sedihnya kaum sndri gune tektik kotor and gunekan agama utk perdaya org..pls3…diorang dah mula operasi balik lps bungkus bbrp kali sblm ni..tuka nama company je…sape yg terkena sile repot dekat kpdnkk dgn kadar segera!!
    Terima kasih..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Q ni org penang kan ?

    0

    0
  15. john says:

    jumpa diorang dkt koh lipe…damn..mmg xmcm org putus cinta pun..hangat lg adala…sempat jg snap pic diorang tgh berpacaran mlm new year at koh lipe…hehe..nangiss makk

    0

    0