Putus Cinta Bukan Penghujung Kepada Segalanya, Hidup Diteruskan – Nur Fathia

Hiburan

Putus Cinta Bukan Penghujung Kepada Segalanya, Hidup Diteruskan – Nur Fathia

Dua kali putus cinta bersama Aiman Hakim Ridza, aktres Nur Fathia tidak mahu lagi mengenangkan perkara tersebut dan terus “lemas” dalam kekecewaan.

Advertisement

Buat Fathia perkara yang  sudah lepas biarkan ia berlalu pergi. Namun, beliau mengakui tidak akan lagi menjaja kisah peribadinya atas pengalaman lalu.

Yang lepas itu, lepaslah. Saya tidak akan mengungkit-ungkit perkara itu lagi. Sudah tiada nilai cerita.

Apabila difikirkan kembali, ada banyak impak yang tidak baik diterima apabila kita terlalu mendedahkan cerita peribadi di media massa. Saya perlu menolak untuk berkongsi cerita dengan umum. Kali ini pendirian saya tegas.

Bukan mudah menjadi selebriti, Fathia bagaimanapun tidak kisah dengan mereka yang sering sahaja mengkritik beliau dan mencari kesalahan beliau setiap masa.

Sejak dulu sampai sekarang, saya tak pernah ambil hati dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada saya. Langsung saya tidak terjejas dengan keadaan itu.  Biarlah orang nak cakap apapun. Asalkan yang berkata-kata itu bukan dalam kalangan kawan-kawan terdekat. Mereka ini lebih mengenali diri saya berbanding orang luar.

Kalau geng-geng saya ini mengata, saya boleh menjadi sensitif. Mungkin sebab saya ini jenis yang cepat marah dan cepat pemaaf, sebab itu saya tak kisah dengan kata-kata orang. Sifat semula jadi sejak kecil itu banyak membantu saya untuk lebih mengenali siapa yang lebih layak dijadikan kawan dan sebalikny .

Berkaitan kerjaya beliau, Fathia ada memasang impian untuk menjadi seorang penerbit drama dan filem selepas mendapati tidak ramai golongan wanita yang berminat dalam bidang tersebut.

Wah, besar juga cita-cita Fathia dalam industri hiburan Malaysia. Baguslah kalau Fathia tidak lagi terus memikirkan soal cinta yang sudah tidak kesampaian, lebih baik fokus pada kerjaya dan InshaAllah satu hari nanti anda akan bertemu dengan pasangan yang betul-betul sesuai buat anda.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...