Written by Bella | August 1st, 2015

Baru-baru ini aktor Sharnaaz Ahmad mengesahkan bahawa hubungan percintaan beliau bersama Anis Al- Idrus sudah tamat sejak lima bulan lalu. Walaupun Sharnaaz selama ini tidak pernah mengakui mereka sedang bercinta.

Terbaru menerusi portal mStar Online, Anis memberitahu keputusan mereka untuk berpisah adalah jalan terbaik buat masa ini dan menganggap jodoh tidak berpihak pada mereka.

Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami. Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam.

Namun, baik Sharnaaz mahupun Anis kedua-duanya tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut kerana ingin menjaga hati keluarga masing-masing.

Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami.

Sementara itu, Anis berkata beliau sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu dan percaya, apa yang berlaku merupakan ujian Allah yang mempunyai hikmah tersendiri.

Pekara ini sudah lima bulan berlaku, saya sudah baik-baik sahaja, kami ambil keputusan itu secara matang dan saya percaya Allah sudah merancang yang terbaik buat kami.

Sebelum ini pun ramai yang berteka teki mengenai hubungan mereka, Sharnaaz Ahmad pun pernah membuat kenyataan tidak akan mengakui Anis Al- Irus sebagai teman wanitanya, tiba-tiba dah putus pulak.

Sumber Berita: mStar Online

20 responses to Putus Adalah Jalan Yang Terbaik – Anis Al-Idrus

  1. macam2 says:

    batu loncatan

    0

    0
    • Anonymous says:

      Diamla anis, ko bknnya glamer pun dh la x brapa nk cun.
      Gara2 ko kwn ngn shanaaz ke hape nama dia tu barulah aku dgr nama ko ni tu pun aku x ingt muka ko cmne haha..

      0

      0
    • One Direction says:

      mekap sekilo,,, buang mekap confirm hodoh nak mampus mak cik tua ni.

      0

      0
    • melati says:

      Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI JAYA WARSITO akan membantu
      anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol. Apabila ada waktu
      silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]

      ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
      ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/

      0

      0
  2. lili says:

    ntahla..no komen

    0

    0
  3. monyet1992 says:

    apelah sharnaaz ni, anis ni baik. x mcm shila amzah. x matang, bgthu sume org knp dy gn sharnaz pts lps tu buruk2kan sharnaz

    0

    0
    • Anonymous says:

      ko agak2 lah nak bandingkan. umur shila masa tu berapa… umr anis ni skrng berapa.. memanglah ada org ckp kematangan tak bergantung pada umur, tapi tak dinafikan masa tu shila mmg blm matang sangat nak handle benda mcm ni. br 1st time kottt. nak bandingkan dgn anis ni, aku percaya bnyk benda dah dia tempuhi jd dia tau lah mcm mana nak handle. rs2nya kalau shila break dgn sharnaaz masa ni mngkn tak kot benda tu dlu berlaku. btw, aku bkn fan shila dan bkn nak back up dia.

      0

      0
    • anon says:

      kenapa nak perlu kaitkan dgn shila lagi, citer tu dah lama . tak paham aku ko ni. lainla dia putus dgn anis sbb shila

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Bagus la ko putus Anis.
    Kasi tu SHARNAZ LANGSAI ..
    Hahhah
    Pat msia ni bukan kurang Lelaki macho pun.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kenapa? keluarga tak restu ke? sbb kat statement tu ada ckp akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak.. apapun, akan ada yg terbaik utk kamu berdua nanti

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Sayang cantik anis ne mun aku inda ku mau lepaskan huhu

    0

    0
  7. lempeng pisang nyioq says:

    hmm…..macam something big is going on..kalau dari statement Anis ni..1. sudah lama tak berhubung dgn Sharnaaz. 2. mengaitkn keluarga kedua-dua belah pihak ….. kalau dah tak ada jodoh putusla baik baik, still can be friends rite?… apa apa pun..semuanya sudah ketentuan Allah, ini yg terbaik menurut qada` dan qadar Allah….semoga kedua duanya diberikan jodoh yang terbaik dari sisi Allah..ameen .. sebaiknya kita jgn judge apa-apa kerana kita tak berada di tempat diorang..

    0

    0
  8. jingle_jick says:

    next…

    0

    0
  9. cik piNgu says:

    maaf tumpang tanya.. secara jujurnya. si anis idrus ni siapa? pelakon? penyanyi? pelawak? lawyer? majistret??…atau ahlil muzik??

    sb iols hanya kenal beliau sb rapat ngn sharnazz. lain2 info x penah dengar atau aku yg baru kua gua eh? myb anis ni org biasa2 bukan org industri?? tenkiu sape nk bg pencerahan :)

    0

    0
  10. tijah says:

    ahhhhhh aku pon nak tahu gakkk . slalu tgk berkepit lps sharnaz break dgn shila . tp aku xhamak sgt nak tahu pasal anis nihhhh skang nihhh baru rasa nak tahuu…siapa wanita jadian nihhh . xpemessssss ponnn ….dingdong

    0

    0
  11. cikikaka says:

    dari mula tgk couple ni aku dh rase something.. before ni pun anis ni pun nak pulak dia ikut je si sharnaz ni pegi semua event. amek gamba pun mesti nk pegang2 pinggang. klu aku la belum jadi bini tak nak ikut. bila x jadi kan malu..

    0

    0
  12. Saripahgedik says:

    Kalau putus sbb family xrestu mungkin sbb si sharnaz xde SYED.. Sbb ak tgk si Anis ni mcm keturunan SHARIFAH je.. Kalau korg nk taw sgt psl syed sharifah bole g mntk tlg pak cik google.. Honestly ak xsuka keturunan syed sharifah.. Konon ahlul bait, dimuliakan, wajib jaga keturunan kne kawin ngn syed sharifah je.. Whatever…manusia sama je disisi Allah. Sekian

    0

    0
  13. mawar xde duri says:

    anis dah ada org baru dah pun..hensem…jurufoto kawin keknis nama M hehe..

    0

    0