Written by Bella | September 30th, 2016

Pernah mengalami keguguran sebelum ini, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof , Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa syukur kerana diberikan rezeki untuk hamil lagi.

Menurut Puteri Sarah, beliau teringin untuk menimang cahaya mata perempuan manakala Syamsul mahukan anak lelaki.

Alhamdulillah, saya sangat gembira dan tidak sangka rezeki (untuk hamil) datang lagi selepas dua tahun menanti, selain pernah mengalami keguguran.

Jika diikutkan, sudah tentu saya menginginkan anak perempuan, manakala suami pula mahukan zuriat lelaki. Nampaknya, kita sama-sama kena tunggu, nasib lebih menyebelahi siapa nanti? Apa yang lebih penting, anak kami nanti sihat walafiat.

Demi menjaga kandungannya, Puteri Sarah memberitahu beliau kini mengikut nasihat Syamsul untuk tidak bekerja ataupun aktif dalam mana-mana aktiviti. Malah, sudah lebih dua bulan beliau tidak mengunjungi butik muslimah miliknya.

Sudah dua bulan lebih saya tidak ke butik. Saya cuma ke sana apabila benar-benar perlu berbuat begitu. Saya ingin menjaga kandungan pada peringkat awal ini dengan sebaik-baiknya. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Rezeki yang diberikan  Allah SWT kepada kita memang tidak dapat dijangka. Pernah dilanda ujian apabila keguguran sebelum ini, nyata kesabaran dan istiqamah Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof membuahkan hasil yang tidak ternilai.

Sumber Berita : BH ONLINE

13 responses to Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Diberi Rezeki Untuk Hamil

  1. H. Aram Jdh says:

    Lagi setahun dua, cari lagi sekor betina buat no 2 pulak atau silap haribulan cerai talak 3. Anak kemana bini kemana, memang inilah trend institusi perkahwinan ornag islam melayu

    0

    4
  2. melati says:

    Satu jew permintaan saya Sarah….kalau anak tu Lelaki , jgn lah namakan anak tu Zizan …!!! malang memanjang ..asyik buat lawak jew org tk Gelak..!!!

    0

    0
    • minah jambu ngah tengok APM says:

      betol tu melati nama kan aje anak tu dengan nama ashraf cofirm banyak bini..kalau anak pompan pulak nama kan dngan nama zila serong pasti dot dot dot..kan..

      1

      0
  3. orgtua says:

    Tgk gambar opera house, nak tanya siapa pernah pegi Sydney, best ke?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Memang Sydney cantik terutama di Sydney opera house tu.Di kawasan yang sama boleh nampak Sydney bridge,ada Botanical Garden lepas tu yang paling best naik ferry dari Opera House – Darling Harbour – Manly Beach.On the way tu,nanti ferry lalu bawah Sydney bridge dan lalu kawasan perumahan rumah2 besar.Cantik sangat.

      0

      0
  4. orgtua says:

    Tgk org ambil gambar kat Sydney Opera House, nak tanya Sydney tu best ke pd yg pernah sampai sana.

    0

    0
  5. josh says:

    Mestilah bertuah, dapat laki loaded wlpn dah ditebuk tupai ammar alfian..

    0

    2
  6. Ray ensem says:

    cantkinya

    0

    0
  7. Puihhh says:

    Suka tgk syamsul n sarah wlupun background kedua2nya artis tp bila hidayah mengetuk sarah bertudung labuh, syamsul pun mula buat cerita yg berakhlak. Bukan mcm adik they alls si shafiq kawen dgn anak ustaz tp tudung bini pon pendek x cover dada n filem dibuat x bermoral haktuiii.

    0

    0