Puteri Balqis Tenang Walaupun Dilabel Yahudi Kerana Berbikini

Hiburan

Puteri Balqis Tenang Walaupun Dilabel Yahudi Kerana Berbikini

Sebenarnya Abang Nara kasihan dengan nasib yang menimpa Puteri Balqis. Kerana memuatnaik gambarnya berbikini, pelbagai tohmahan, kecaman dan kritikan diterima oleh pelakon cilik ini. Ada yang melabelnya sebagai Yahudi, menganggap Puteri Balqis seksi dan macam-macam lagi. Masalahnya Puteri Balqis budak kecil lagi kot. Baligh pun belum. Yang komen lebih-lebih ini diharap silalah pergi ‘check’ sama ada diri anda ada masalah ‘pedophilia’ atau tak.

puteri balqis bikini

Advertisement

Nasib baiklah Puteri Balqis tetap tenang dan tidak mengambil berat komen-komen yang menghina dirinya. Kecik-kecik dah kena panggil macam-macam, memang boleh emosi dibuatnya. Kata Azizi Aziz, ayah Puteri Balqis:-

Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay. Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri.

Malah Hasnul Rahmat yang telah dikritik kerana memegang anjing dan memuatnaik gambar patung Jesus juga melahirkan rasa kekagumannya terhadap ketenangan Puteri Balqis menghadapi kontroversi ini. Kata Hasnul:-

Saya ada bersama semasa percutian itu. Sebenarnya saya lebih rasa kasihan dengan Puteri Balqis daripada diri saya (yang dikritik gara-gara isu pegang anjing dan patung Jesus). Tapi saya kagum dengan cara dia berdepan dengan isu dan kontroversi.

Dia berkata kepada saya, Uncle, Rasulullah dulu pernah kena lagi teruk daripada ini, Rasulullah pernah dibaling batu dan tahi. Tapi ni setakat sosial media. Dia sangat relaks dan menikmati percutiannya.

balqis

Ketenangan Puteri Balqis seharusnya dipuji dan dicontohi oleh sesetengah artis yang suka melenting tak tentu pasal. Nak kecoh-kecoh buat apa kalau ia menganggu ketenangan fikiran. Walau apa yang kita lakukan, pasti ada pihak yang tak puas hati. Daripada layan kerenah sesetengah pihak ini, lebih baik kita go on dengan kehidupan. Stress-stress pun tak guna jugak. Apa pula kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...