Written by AbangNara | November 12th, 2014

Beberapa minggu yang lalu, Abang Nara telah menaiki LRT untuk ke Masjid Jamek.Saja berjalan-jalan tengok gelagat orang ramai sambal menunggu anak habis sekolah. Masa tengah naik tangga menuju pintu keluar, Abang Nara ternampak orang ramai tengah beratur kat satu sudut. Ushar punya ushar, rupa-rupanya diorang tengah beratur kat gerai Mi Sedaap.

mi sedaap

ambik kau panjang gila barisan

Tertanya-tanya jugak kenapa manusia-manusia ini beria sangat nak beratur panjang-panjang macam nie. Rupa-rupanya Mi Sedaap tengah buat promosi khas. 10 Mi Sedaap Cup hanya untuk RM5 sahaja. Murah yang teramat sangat. Last-last Abang Nara pun turut sama beratur. Mana boleh lepaskan peluang beli Mi Sedaap semurah ini. Lagi-lagi Mi Sedaap Goreng yang memang fevered Abang Nara.

mi sedaap

amik gambar dulu sebelum beratur

Habis memborong Mi Sedaap Cup (jap lagi Abang Nara tunjukkan gambar hasil borongan), tiba-tiba ada segerombolan manusia yang datang menari di hadapan gerai. Rupa-rupanya ada flashmob. Ratusan orang yang sedang berada di LRT Masjid Jamek kesemuanya berhenti dan turut sama menonton gaya tarian yang dipertontonkan. Memang menarik. Tak caya?Tengoklah sendiri video flashmob daripada Alam Wakaka Crew nie.

Ok seperti yang dijanjikan, inilah hasil borongan Mi Sedaap Abang Nara. Sepatutnya ada 4 Mi Sedaap Cup Goreng, 3 Mi Sedaap Cup Soto dan 3 Mi SedaapCup Baso Special, namun disebabkan teringin sangat, Abang Nara dan wife dah makan beberapa ‘cup’ Mi Sedaap sebelum dapat tangkap gambar. Pelahap sungguh. Hehehe.

mi sedaap

Hanya Mi Sedaap sahaja menjadi pilihan hati. Mi Sedaap Goreng Asli punya bawang goreng ‘kriuk-kriuk’ memang terbaik. Lazat tak ingat punya. Ada juga perisa lain seperti Mi Goreng Sambal Goreng, Mi Sup Kari, Mi Sup Soto, Mi Sup Ayam Bawang dan Mi Sup Ayam Istimewa yang tak kurang sedapnya.mi sedaap
Mi Sedaap Cup Noodles ini baru saja dilancarkan untuk 3 perisa iaitu Goreng, Soto dan Baso. Makin senanglah Abang Nara nak makan Mi Sedaap lepas ini.Senang sangat cara nak masaknya lebih-lebih lagi dengan adanya ‘SmartLid’ yang merupakan sebahagian daripada konsep baru ‘SmartCup’ yang memudahkan Abang Nara tuang air untuk mi goreng ‘cup’ Mi Sedaap ini. ‘Smartcup’konsep berciri tahan panas, lasak dan tak mudah koyak. Hanya 3 langkah saja jadi perlukan macam gambar kat atas tue.


Amcam video Abang Nara menikmati kesedapan Mi Sedaap Cup Baso Special? Terliur tak? Kuahnya memang sedap sangat-sangat. Mesti ada yang meleleh air liurkan? Kalau Mi Sedaap Goreng semua orang pun dah tahu kesedapannya. Tak perlulah Abang Nara nak cerita lebih-lebih. Mi Sedaap Cup Soto pun boleh tahan jugak rasanya. Wife Abang Nara paling suka Mi Sedaap Cup Soto. Katanya lain daripada yang lain. Paling best bila time hirup kuah. Lazat yang amat katanya!!!

Abang Nara nak cerita lebih-lebih pun tak guna, korang sendiri kena rasai sendiri kesedapan Mi Sedaap Cup yang kini sudah pun berada di pasaran. Memang terangkat!! Sekali makan, rasa nak makan lagi. Untuk informasi dan juga promosi, layari Facebook Mi Sedaap.#misedaap #misedaapcup #misedaapflashmob.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Puasnya Menikmati Kelazatan Mi Sedaap Cup

  1. pepper says:

    abg nara ni pakai baju lama ye? ketat je tengok baju tu..

    0

    0
    • mimi says:

      mee sedaap memang sedap terutama perisa soto. nyum2

      0

      0
      • Anonymous says:

        Instant noodles penyebab high metabolism dan banyak penyakit2. cuba google. Metabolic syndrome is a group of risk factors — high blood pressure, high blood sugar, high triglycerides, low HDL cholesterol and belly fat — that increases risk of heart disease and diabetes…

        0

        0
        • pakar pemakanan says:

          mee segera…punca pancreas anda rosak lebih2 perencah nya sodium tinggi. please dont promote this rubbish!!!!

          0

          0
        • Bedah says:

          Kak Bed hanya makan makanan berkhasiat jer.. sayoq2 hijau, buah-buahan, ulam-ulaman, kurma, madu, goji berries, chia seed..
          Sebab tu kulit Kak Bed halus mulus walau pon bercolor sawa matang.. gietuww

          0

          0
    • zuanzuan says:

      benda free mmg lar beratur org nak ? cuba suruh beli dan rasa sendiri. mmg lalu aje depan booth tue.

      0

      0
  2. ye saye says:

    mi sedapp oh sedapnyaaa…

    0

    0
  3. LESONG says:

    same je rasa mee sedap dlm cup dgn yg dlm paket.
    bezanya skrg dah ade yg dlm cup.

    0

    0
  4. nana nini says:

    junk food

    0

    0
  5. volkswagon club says:

    takde pekdah nya kau promote Mee Sedap ni Nara..dah sah2 la ni sampah utk badan manusia..esok2 bermacam penyakit singgah..takkan masa tu baru nak terngadah? kalau kau sorang sakit takpe lagi, tapi kau promote ke masyarakat bnda tak elok menggalakkan pemakanan tak elok, buat apa..cuba promote benda2 elok sikit..dah tahu fast food semuanya sampah, lagi nak promote..haishh..

    0

    0
  6. k bye says:

    aku pernah letak perencah mee segera pada siput babi…terus mati.
    so????? pikir sendiri….

    0

    0
  7. PINKY says:

    Tak elok selalu makan megi ni..sbb megi ade bahan wax utk melembutkan nye..x elok utk kesihatan..sesekali teringin boleh la..

    0

    0
  8. mantap nie bang nara … mie sedapppp semua suka hehe

    0

    0
  9. safina says:

    X pernah lg beli & mkn mi sedap ni. Just nk tanya mi sedap ni ada logo halal jakim ke tidak?

    0

    0
  10. Linda rahman says:

    Abg NAra ni blogger popular tau..
    Baju tu pakai biArlah cNtik sikit..
    Nampak mcm Mat pasar LAMBak aje..
    Hahahhahh

    0

    0
  11. sajenyibuk says:

    Slama sy mengikuti blog abg nara ni.first time sy dgr suara abg nara.rupe2nye abg nara ni lidah pendek ye..hehe

    0

    0
  12. kakipromo says:

    nama pun dah sedaapppp hehe

    0

    0
  13. mak mah naik angin says:

    vid abg nara main bola dgn aariz – sib baik kain pelikat abg nara tak terburai!

    0

    0
  14. Sujaihah says:

    Suka juga mee sedap ni tapi tak boleh makan selalu, tak sihat. Sesekali memang best !

    0

    0
  15. #akuyangkomenkauyangpanas says:

    Promote mee sedap dengan harapan nak kena sponsor lettew. Typical!

    0

    0
  16. ubi says:

    abg nara, kalau abg nara disponsor utk mempromosikan mee sedap ni, xpyh la ckp saja jalan2..cakap benar lah abg nara,, kenapa nk tipu….ckp benar lah..ckp lah mee sedap jemput abg nara utk hadiri booth dia..xpyh la ckp saja jalan2..dapat duit berkat ke hasil menipu? sy cukup menyampah dgn blogger2 yg menipu..ckp jelah mee sedap jemput utk promote..lantak lah..bye!

    0

    0
  17. memang ramai yang beratur ya….semua minat makan mi sedap ni….

    0

    0
  18. luna says:

    first of all, it’s fake food or at least 90% of it is. Second, it’s filled with additives which means it’s not something you could eat quite often so people should be careful with these things :/

    0

    0
  19. Khir Khalid says:

    Mee sedap… mmg sedap. Tak rugi beratur panjang.. :)

    0

    0
  20. miqhaazmi says:

    perghhh,,mee sedap memang terasa sedapnya..hehe..ni lah stok makanan time iqha dekat kolej,,hihi,,memang sedapppp!!

    0

    0