Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 Akan Bermula 23 Oktober Ini, Jom Pergi Ramai-Ramai

Hiburan

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 Akan Bermula 23 Oktober Ini, Jom Pergi Ramai-Ramai

Oh yeah~~~ Abang Nara dan isteri amat teruja dan gembira sangat-sangat apabila mengetahui tentang Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 (PHDST 2014) yang akan bermula pada 23 Oktober ini (lusa) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Inilah peluang untuk kami belajar cara menghias rumah agar kelihatan lebih cantik dan berseri-seri.

Konsep PHDST 2014 kali ini masih berteraskan jualan, pameran dan pendidikan yang menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan alam semula jadi samada penghasilan dari bahan asas, rekaan produk dan motif hiasan lima (5) bidang kraf utama iaitu hasil rimba, hasil tanah, logam, tekstil dan aneka kraf.

Advertisement

phdst2014

Bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam mulai 23 Oktober (Khamis) sehingga 3 November (Isnin), tema untuk PHDST2014 kali ini ialah “Kraf Ceriakan Mahligai Anda”. Kalau anda baru pindah rumah atau mahukan sesuatu yang unik dan menarik sebagai hiasan rumah anda, memang wajib hadiri PHDST2014 ini. Pengunjung akan didedahkan dengan penggunaan produk kraf tempatan sebagai dekorasi dan kelengkapan ruang kediaman atau pejabat serta hiasan di laman/taman yang secara tidak langsung membangkitkan suasana bahagia dan ceria.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal diadakan di PHDST2014 ini ialah:-

1. Jualan Produk Kraf & Perkhidmatan Hiasan Dalaman/ Seni Taman 2
2. Pameran Kraf
3. Demonstrasi & Interaktif Kraf
4. Persembahan Kesenian
5. Lawatan Berpandu Berkumpulan
6. Ragam Si Comel Meow@Craft
7. Pertandingan Seni Kreatif
8. Bengkel & Demonstrasi

phdst2014

Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan di PHDST2014 ini. Tak cukup tangan Abang Nara nak tulis kesemuanya. Mungkin jadual di bawah ini dapat membantu anda merancang waktu untuk hadir ke PHDST2014.

phdst2014

Jadi apa lagi? Kalau nak cari idea baru hias rumah dan taman anda, silalah hadir ke Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2014 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay mulai 23 Oktober sehingga 3 November ini. Maklumat lanjut layari www.kraftangan.gov.my dan Facebook Kraftangan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...