Written by AbangNara | April 30th, 2014

Hebat. Awesome. Mantap. Akhirnya yang ditunggu-tunggu kembali jua. Setelah mendapat sambutan yang amat hangat ketika kali pertama dianjurkan pada November 2013, kini MYSALE kembali dengan promosi Flash Frenzy pada 4 hingga 6 Mei ini. Flash Frenzy yang merupakan salah satu acara jualan terbesar di Australasia sememangnya ditunggu-tunggu kerana diskaun sehingga 80% ditawarkan untuk setiap promosi yang akan dilancarkan setiap setengah jam. Terbaik kan?

mysale flash frenzy

Jadi kalau anda berniat untuk membeli barangan seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, aksesori, produk kecantikan, patung, barangan rumah dan cenderamata (lebih daripada 8 kategori produk ada di MYSALE), simpan dulu duit anda dan tunggu Flash Frenzy daripada MYSALE ini. Namun anda harus pantas bertindak apabila promosi ini bermula kerana takut barangan akan habis dijual seperti pisang goreng panas. Ini kerana pada kali pertama promosi Flash Frenzy ini dianjurkan tahun lalu, satu item terjual setiap 2.2 saat. Ini bermakna setiap seminit lebih kurang 30 barangan terjual menjadikan Flash Frenzy sebagai acara jualan secara talian paling berjaya tahun lalu. Hebat kan?

mysale flash frenzy

Untuk tempoh 3 hari bermula 4 Mei sehingga 6 Mei, 10.5 juta ahli MYSALE akan berpeluang membeli pelbagai produk daripada 60 jenama tempatan dan antarabangsa. Antara jenama-jenama yang akan turut serta ialah Coach, Bonds, Revlon, Zara, Quiksilver, Havaianas, Pandora, Dermalogica, Rayban, Redken, Australian Leather Uggs, Luxor Linen, Fitflop, Desigual, Thomas Sabo, Charlie and Me dan banyak lagi. Kesemua produk ini akan dijual dengan diskaun yang pastinya mengujakan anda semua. Nasihat Abang Nara, bolehlah mula lawati laman web MYSALE untuk tengok-tengok dulu apa barangan yang anda ingin beli ketika Flash Frenzy kelak. Jangan sampai putih mata tak dapat beli sudahlah nanti. Hehehe.

mysale flash frenzy

Satu lagi tips dari Abang Nara untuk menjadi pembeli terawal ialah dengan memuat turun applikasi MYSALE di Google Play untuk smartphone Android anda dan juga di Apple Store untuk iPhone anda. Khas untuk pengguna applikasi MYSALE, promosi Flash Frenzy akan dimulakan awal sejam berbanding di laman web. Jadi anda lebih berpeluang untuk mendapatkan produk kegemaran berbanding pembeli-pembeli lain. Jangan risau untuk membuat pembelian menerusi applikasi MYSALE kerana ia terbukti selamat, berkesan dan pantas.

mysale flash frenzy

Jadi tunggu apa lagi? Kosongkan tarikh 4 Mei anda dan bersiap sedia dengan computer atau pun smartphone anda untuk merasai sendiri kehebatan dan kemeriahan Flash Frenzy dari MYSALE ini. Wife Abang Nara siap nak minta cuti untuk membeli-belah sempena promosi hebat ini. Katanya mana nak dapat diskaun sehingga 80% untuk produk-produk hebat ini. Korang pun apa lagi? Jangan lupa layari www.mysale.my untuk informasi lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Promosi Flash Frenzy Dari MYSALE Kembali Lagi

  1. LESONG says:

    Seriously, jgn beli any brg dkt MYSALE.
    Customer byr, tp bg x smpi.
    X caye?
    Pegi tgk kt FB MYSALE.
    Ramai yg komplen.

    0

    0
  2. jebon says:

    Tak delah mcm tu…ok je aku tengok. Jgn buat andai. Buat kajian dulu. Kalau nak kate ramai komplen bussines laku juge. Pakai perisian sps le kalau nak tgk sgt kebenaran komplen tu. Baru betul tu kajian. Ni pakai hentam je.

    0

    0
    • Mira says:

      Kesian dgn kau.. Baru belajar buat spss??? Kah kah kah… Baru tahu sikit pasal software tu dah nak komen kat beautifulnara.. Biasa yg excited buat bnda2 tu.. Bdk2 tahun akhir.. Adakah kamu pelajar tahun akhir??? Kah kah kah… Pergi siapkan kertas projek kamu dulu… Entah lulus entah tidak .. Nak ajar org guna software spss.. Kah kah kah kah

      0

      0
  3. senah says:

    Seriously.. aku penah beli.brg mmg sampai la..tp..puikk..semua made in China Siyal.ckp la design USA la ostrolia la UK la..penyudahnya China jgk.Sori beb.serikkkk

    0

    0
    • Naruto says:

      baru aku sedar….negara yg kau sebut tu US, UK, Australia tu support israel.
      aku rasa Malaysia patut start bangunkan teknologi kita sendiri macam Jepun. Atleast..tak adalah menyumbang duit kat sekutu israel tu.

      0

      0
  4. Liyana says:

    Kualiti tak bagus. And harga dia pergh mmg ‘murah’. Better shopping dkt nile atau qoo10my

    0

    0
  5. wud wud wud wudd says:

    aku dah tak tau la ni blog gosip ke atau blog promote jenama/brg… -_-“

    0

    0
  6. Wan Din says:

    Tak penah shopping lagi kat Mysale… Tapi barang dia memang murah.. bleh try..

    0

    0
  7. Wan Din says:

    Tak pernah shopping lagi kat mysale.. boleh try ni..

    0

    0