Promosi Awesome Senheng Untuk Samsung Galaxy Note 4

Hiburan

Promosi Awesome Senheng Untuk Samsung Galaxy Note 4

Seksinya. Itulah perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut Abang Nara apabila melihat Samsung Galaxy Note 4. Pergh~~~ Memang cun melecun. Baru tengok kat Internet pun dah jatuh cinta. Terasa nak beli terus. Memang menggiurkan. Kalah Nora Danish.

senheng note 4

Advertisement

Namun selaku seorang manusia yang praktikal, Abang Nara berjaya menahan nafsu untuk membeli Note 4 sebelum melihatnya dengan mata kepala sendiri. Akhirnya hujung minggu lalu, Abang Nara telah pergi ke Senheng di Pusat Komersil Sungai Buloh untuk merasai sendiri kehebatan Note 4. Excited tak ingat diri ini dibuatnya.

Dilayan mesra oleh pekerja Senheng, menggeletar juga tangan ini apabila memegang Note 4 buat pertama kali. Apabila lihat depan-depan, memang lebih cantik. Abang Nara suka dengan rekaan logam pada frame Note 4. Nampak mahal.
Terasa Sambil-sambil mencuba fungsi Note 4 seperti kamera, S-Pen dan applikasi yang ada di dalamnya, sempat jugaklah Abang Nara berborak dengan pekerja Senheng.

Rupa-rupanya Senheng sedang menawarkan skim bayaran ansuran untuk mereka yang berminat mendapatkan Note 4 ini. Iyerlah, harga RM2499 memang agak tinggi nilainya untuk dibayar sekaligus. Habis terus gaji sebulan. Jadi dengan 1% Low Interest Aeon Easy Payment yang ditawarkan oleh Senheng ini, dapatlah beli Note 4 dengan bayaran bulan yang amat rendah.ekslusif. Skrinnya yang bersaiz 5.7 inci memang amat sesuai dengan tangan besar Abang Nara.

senheng note 4

Berdasarkan penerangan yang Abang Nara terima, anda hanya perlu membayar serendah RM129 sebulan selama 24 bulan sekiranya mendapatkan Note 4 menerusi promosi Senheng ini. Lagi best, dapat warranty 1 tahun tambahan PlusOne. Bukan itu sahaja, ada lagi dual car charger bernilai RM69 yang akan diberikan percuma. Malah boleh juga dapatkan 8000MAH Battery Bank (bernilai RM179) dan temper glass screen protector (bernilai RM109) dengan harga RM199 sahaja. Dah jimat RM89 dah. Banyak tue.

senheng note 4

Apa yang paling Abang Nara suka mengenai promosi daripada Senheng ini ialah kita boleh trade in telefon lama kita. Kalau ada Galaxy S4, Galaxy S3, Galaxy Note 2 dan Galaxy Note 3, jangan lupa untuk bawa sekali untuk mendapatkan rebat sehingga RM453. Tak payah susah-susah nak pergi jual kat kedai lain dulu. Bawak je ke Senheng atau senQ Digital Station berdekatan rumah anda dan para pekerja di sana akan tolong setelkan. Yang penting, anda akan tersenyum riang membawa pulang Note 4 di tangan anda.

senheng note 4Promosi istimewa Senheng dan senQ Digital Station ini telah pun bermula sejak 17 Oktober lalu. Inilah peluang untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 4 tanpa membebankan kewangan anda. Sila pergi ke Senheng dan senQ Digital Station berdekatan anda untuk penjelasan lanjut daripada mereka (sambil tue boleh main dengan Note 4). Layari www.senheng.com.my untuk informasi lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...