Projek H.E.A.R.T. Daripada Maybank

Hiburan

Projek H.E.A.R.T. Daripada Maybank

Baru-baru ini rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah pun menyambut perayaan Deepavali. Deepavali turut dikenali dengan nama “Festival of Lights” ataupoun “Pesta Cahaya”.  Pada hari Raya umat Islam akan memasang pelita untuk memeriahkan suasana, ketika Deepavali pemasangan pelita adalah simbolik kepada kemenangan cahaya atas kegelapan dan kebaikan atas kejahatan. Menarik kan?

maybank heartAbang Nara kagum dengan usaha Maybank yang menggunakan simbolik ini untuk melancarkan satu projek yang diberi nama H.E.A.R.T yang bermaksud Helping Every Asian Raise Together. Di seluruh dunia, 1 daripada 4 orang hidup tanpa elektrik dan tidak mampu melakukan apa-apa aktiviti pada waktu malam. Masalah ini dipandang serius oleh Maybank selaku salah satu bank utama di Asia Tenggara.
maybank heartKawasan pertama yang bakal mendapat impak daripada Project H.E.A.R.T. Maybank ini ialah perkampungan orang Asli Kampung Chuweh yang terletak di Gerik, Perak. Penduduk kampung ini memang bergelap dan hanya bergantung kepada cahaya daripada pelita di waktu malam. Memang sangat menyedihkan. Menerusi Project H.E.A.R.T., mereka semua bakal menerima mentol lampu yang bakal dijana menerusi kuasa solar. Kini malam mereka akan terang disimbahi dengan cahaya yang selama ini tidak pernah dirasai.
maybank heartDengan adanya Project H.E.A.R.T. ini, penduduk-penduduk Kampung Chuweh kini boleh menjahit, membaiki jala dan meneruskan aktiviti yang dilakukan di siang hari. Paling best kanak-kanak boleh membaca di waktu malam. Bagi Abang Nara ini adalah satu usaha yang sangat murni daripada Maybank. Thumbs up buat Maybank atas inisiatif yang kreatif dan inovatif ini.maybank heartAbang Nara ingin mengajak pembaca-pembaca BeautifulNara untuk turut sama menyertai dan menjayakan Project H.E.A.R.T. ini. Senang sahaja caranya. Hanya perlu gunakan hashtag #projectheart apabila anda berkongsi info mengenai inisiatif ini di Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain media social. Mudah je kan? Marilah kita jadi sebahagian daripada Project H.E.A.R.T. yang awesome ini!!!
maybank heart
Luangkanlah sedikit masa untuk membantu mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya tindakan kita dapat mengembirakan hati penduduk-penduduk Kampung Chuweh. Untuk informasi lanjut mengenai Project H.E.A.R.T., sila layari www.maybankprojectheart.com.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...