Program “Water For Life” PETRONAS Buatkan Abang Nara Sedar Kepentingan Air Dalam Kehidupan

Hiburan

Program “Water For Life” PETRONAS Buatkan Abang Nara Sedar Kepentingan Air Dalam Kehidupan

70% daripada badan manusia terdiri daripada air. Tanpa air, manusia tidak boleh hidup. Air adalah kehidupan bagi kita. Air digunakan untuk diminum, mandi, masak, basuh baju dan macam-macam lagilah. Kita digalakkan untuk minum air kosong 8 gelas sehari untuk membekalkan badan kita kuantiti air yang secukupnya. Untuk orang Kuala Lumpur macam Abang Nara, Alhamdulillah kita ada sumber air yang bersih terus ke paip untuk melakukan semua itu. Namun masih ada rakyat Malaysia di pedalaman yang agak kurang bernasib baik. mua itu. Namun masih ada rakyat Malaysia di
pedalaman yang agak kurang bernasib baik.
water for life

Menyedari wujudnya masalah sumber bekalan air bersih di pedalaman, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah memulakan satu program yang diberi nama “Water For Life” sejak tahun 2013. Hujung minggu lalu (6-7 Ogos), wakil BeautifulNara dan PDB telah pun ke Kampung Jongok Batu dan Kampung Belimbing di Dungun, Terengganu untuk membantu lebih 150 keluarga mendapatkan bekalan air bersih. Untuk makluman, kedua-dua kampung ini terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong dan 30 kilometer jauh daripada bandar terdekat iaitu Bandar Al-Muftafi Billah Shah.

Advertisement
water for life

(Pn Ruziah Azdi Abdul Rahman, Ketua Bahagian Komunikasi Korporate & Pemasaran, PETRONAS Dagangan Berhad merasmikan program Water for Life

Tujuan utama kehadiran PETRONAS ke kedua-dua kampung ini adalah untuk membaikpulih infrastruktur air iaitu paip-paip yang telah rosak sehingga mengakibatkan pengaliran air ke rumah para penduduk tersekat. Selain itu, tangki air sebesar 200 gelen akan dipasang untuk memudahkan keluarga di sini mendapatkan bekalan air. Ini pasti akan memudahkan dan menyenangkan para penduduk mendapatkan bekalan air bersih untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

water for life

water for life

tue dia punya banyak tangki air

Abang Nara tidak dapat hadir kerana ada family matters yang tidak dapat dielakkan. Namun wakil BeautifulNara yang telah hadir memuji kesungguhan dan semangat pekerja PETRONAS dan sukarelawan yang hadir. Semuanya bersatu hati, berusaha bersungguh-sungguh dan begitu teruja sekali untuk memastikan para penduduk kampung terbabit mendapatkan bekalan air bersih secukupnya.

water for life

wakil BeautifulNara nie tak lain tak bukan adalah Abang Nara TV

Part yang paling menyeronokkan adalah ketika pemasangan semula paip-paip yang telah rosak. Seronok sungguh main air. Kerjasama memang tip top ketika ini. Semua orang buat kerja tanpa disuruh. Pantas, tuntas dan very fast. Penduduk-penduduk kampung yang membantu secara sukarela pun amat mesra. Semuanya berganding bahu, bersatu hati dan sebulat suara dalam menjayakan program “Water For Life” ini.

water for life

pakcik nie nampak je tua, tapi tenaga dia memang macam Iron Man)

water for life

water for life

yes air sudah keluar. Kita berjaya!!!

water for life

tua pada usia, muda pada hati. Main air sapa tak nak wei

water for life

ok awek-awek kena ada untuk bagi semangat kat abang-abang sado

Alang-alang dah sampai di kedua-dua kampung ini, PETRONAS turut mengadakan satu program bersama 55 orang murid-murid Sekolah Kebangsaan Batu Jongok Batu dan Sekolah Kebangsaaan Kampung Syukur dengan kerjasama PETRONAS Young Professionals Club. Program ini diadakan khas untuk untuk membentuk semangat kerjasama sesama sendiri dan juga membantu meningkatkan skill komunikasi untuk murid-murid ini. Seronok tengok muka gembira budak-budak ini apabila setiap seorang mendapat hadiah sebuah beg sekolah baru. Memang priceless.

water for life

tekun mendengar kata-kata perangsang daripada PDB

water for life

amboi dik happynya sampai campak beg sekolah. Kotor kang nanti jatuh atas tanah

Secara jujur, Abang Nara agak kecewa juga kerana tidak dapat menghadiri program “Water For Life” kali ini. Tapi tak apa. Program ini adalah aktiviti tahunan PDB PETRONAS (tahun ini tahun keempat). Jadi Insya Allah tahun hadapan jika ada kelapangan masa, Abang Nara confirm akan turut serta. Sekali sekala turun padang membantu mereka yang betul-betul memerlukan apa salahnya kan? Hati kita pasti akan gembira melihat riak wajah mereka yang terharu dengan pertolongan diterima.
water for life

Tahniah kepada PETRONAS atas inisiatif awesome ini. Semoga lebih banyak syarikat-syarikat besar di luar sana yang akan mencontohi keprihatinan PETRONAS. Untuk maklumat lanjut layari www.mymesra.com.my. Jangan lupa ikuti @PETRONASBrands di Facebook, Instagram dan Twitter untuk informasi terkini aktiviti-aktiviti mereka atau muat turun PETRONAS Pitstop App di Play Store Android atau App Store iOS.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...