Program Popular Korea Running Man Tambah Dua Ahli Baru

Hiburan

Program Popular Korea Running Man Tambah Dua Ahli Baru

Peminat rancangan popular Korea, Running Man mungkin akan agak teruja dengan berita dimana seorang wakil dari SBS secara rasmi mengesahkan bahawa Running Man akan menambah dua ahli baru didalam rancangan tersebut.

Advertisement

Dua ahli baru tersebut ialah pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min. Pemilihan mereka berdasarkan rating yang agak memberangsangkan ataupun mendadak ketika mereka menjadi tetamu.  Difahamkan, mereka akan memulakan penggambaran Running Man pada 7 April ini.

Running Man kini mempunyai  lapan orang ahli secara keseluruhan termasuk ahli-ahli yang sedia ada, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin dan Kim Jong Kook.

Dengan pembaharuan ini, Running Man berharap rancangan mereka itu akan terus mendapat sambutan yang baik dan mereka juga akan cuba untuk menukar format rancangan agar ia lebih menarik.

Sumber Berita : Koreaboo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...