Written by AbangNara | January 6th, 2011

imam muda 2

Sekali sekala nak tulis bahasa omputih kat tajuk entri apa salahnya kan? Bagi la peluang kepada kami untuk speaking jugak. Kali ini kami ada berita baik untuk anda yang memang layan program Imam Muda musim pertama dulu. Imam Muda akan kembali untuk musim kedua nanti. Tahniah kami ucapkan kepada Astro atas inisiatif ini.

Untuk makluman, Imam Muda yang pertama mendapat liputan yang tersangatlah meluasnya. Sampai saluran-saluran berita luar negara pun kagum dengan program Imam Muda. Pendapat kami senang je. Program ini popular sebab ianya lain daripada yang lain. Itu yang penangan program ini sangat meluas.

Kalau program realiti menyanyi, semua negara kat ceruk dunia ini dah ada kan? Bila program Imam Muda dikeluarkan, siapa sangka satu program berbentuk agama boleh direalitikan. Kami pun tak sangka. Kami harap untuk musim kedua ini, Imam Muda akan lebih mantap, kukuh dan padat.

Tahniah kepada Astro sekali lagi sebab prihatin dengan kehendak penontonnya. Congratulations.

28 responses to Program Imam Muda Kembali Untuk Musim Kedua, Good Job Astro

  1. lAl says:

    syukur la… nasib ada program ni.. At least taw la jugak camna nak jalankan kerja-kerja imam nih…kan.

    0
    0
    • gilo says:

      Penonton pun dpt gak ilmu..

      0
      0
      • milix says:

        setuju..leh bantu suami2 blaja jdi imam kpd isteri & anak2 di rumah…

        0
        0
        • pisau cukur says:

          betui tu.. bila ada program lagu ni bnyk ilmu kita dapat kn.. hat lelaki dapat ilmu dan membimbing keluarga.. lagi byk rncngan lagu ni kn baguih, lg ramai malaysia ada ank2 muda hat ada ilmu dunia dan akhrat, alhamdullilah aaiihhh…

          0
          0
        • ya betul..semua dapat manfaat terutamanya keluarga..ayah boleh baiki apa yg kurg utk dibaiki lagi sebagai ‘imam’ dalam keluarga..anak2 boleh belajar ilmu2 dlm program ni

          aku mmg sokong program ni!!

          0
          0
    • http://wearetheslave.blogspot.com/2010/11/perihal-wanita-penghuni-neraka.html says:

      semoga banyak lagi pelapis imam muda yang baru….

      0
      0
    • ani says:

      yg best nyer, seme lelaki yg berusia 18-27 thn, beragama islam dr selurh dunia bleh join prog ni!! caya la ASTRO OASIS!

      0
      0
  2. miss nurul says:

    syukran jazilan… =)

    0
    0
  3. awein says:

    alhamdulillah…bykkn program2 agama mcm ni…

    0
    0
  4. Akoo says:

    program cenni laa kene sokong .. biar generasi anak muda lebih terdorong kpd ilmu agama dari dok buat program menyanyi seme tuhh..
    buka mata laaa korang seme weyhh.. jgn tau nk berhiburr jekk

    0
    0
  5. lelly yahaya says:

    hopefully program ini dapat melahirkan anak2 muda yg berbakat menjadi imam :) aminnnnnn.

    0
    0
  6. Miss pocO says:

    ***GOOD JOB***

    0
    0
  7. sokong 110% dengan pendekatan program imam muda ni. ni br prog realiti yg bgs, bukan mcm yg lain. asyik nyanyi je lebey

    0
    0
  8. cnis says:

    kalu bn selalu keluar posting begini, alamat bn tak akan masuk senarai top lah ya…

    0
    0
  9. nom nom nom says:

    Aku kja at MNC Company n last month da wakil bisnes dr US dtg. Yg besnya dia x mention pn pasal malaysian idol or sgala program realiti mngrut. Dia juz tnya apa tu imam muda. See, matsaleh pn concern. Wajib tgk k!

    0
    0
  10. BumbleBee says:

    yesss…aku suker program ni..alhamdulillah. Tahniah oasis…semoga peserta2 akhir lebih mantap dan berwibawa smpai susah nk pilih mana yg the best…

    0
    0
  11. MuJE says:

    macam biasa, post macam ni akan mendapat komen tersikit kat BN ni… haha

    0
    0
    • Oh, ye ke..? says:

      nmpak cam gitu lah..hehe.. thats reality..

      0
      0
    • lursam_azilsa says:

      muje…yela….betui…betui…
      bab gosip artis byk komen & hentamnya kn..;)

      0
      0
    • dun says:

      hahahaha…biasala tu bro…kalo kat entry lain, bile bercakap pasal agama, pum pang pum pang bunyinye..mcm pandai sgt…melenting kalau artis pujaan die kene kondem..

      nak wat camne…banyak tin kosong je reader2 BN ni sebenarnye…termasuk la ngn aku2 skali…

      wakakakakaka

      0
      0
  12. lurus bendul rasa tertipu says:

    xkish la sikit ke banyak, agaknya mereka segan nak bagi komen or post something. benda baik. kl benda xbaik tu yang banyak komen.

    0
    0
  13. dun says:

    niceeee….arap2 musim kali ni lebih banyak penyertaan yang diterima berbanding musim yg lepas…

    arap2 takde la mamat2 gile glemer yg dtg mase audition…

    kat malaysia ni ramai jugak jenih yg “asal masuk tv” sebenarnya…abis semua rancangan realiti tv nak dijoinnye…sampai sanggup jadik hipokrit…

    kuikuikui…

    0
    0
  14. CikBunga says:

    Alhamdulillah…

    smoga rancangan macam ni akan berterusan..

    0
    0
  15. Reena says:

    Program nak jadi penyanyi dah terlalu berlambak sampai org naik muak..koman! Pastu kang nangis, tergedik2..tak kuasa mak. Indon yg negara dia paling ramai umat islam pun takde program camni padahal dorang kan byk pesantren. Anyway, semoga Imam Muda akan bertambah baik dr yg terdahulu. Keep up the good work! I loike!!!

    0
    0
  16. pening says:

    terbaikkk…sepatutnya rncngan berbntuk keagamaan camni yg perlu diperbanyakkan..bknnya rncngan hiburan yg mcm cndwan tumbuh lps hujan tu…kredit kpd Astro!!!…

    0
    0
  17. siddiq says:

    sya stuju dgn cdangan ini…kerana membuatkan kita menambahkan ilmu dengan lbih tnggi dan mendekatkan dri dgn Allah taala…

    0
    0
  18. Rakan masjid says:

    PROGRAM Imam Muda memang mendebarkan.. saat2 temuduga pun semakin dekat…. ujibakat bakal menilai pengetahuan sesorang yang bakal menjadi Imam Muda… Imam Muda, Bilal Muda, jemaah masjid pun golongan muda2…. Insya Allah generasi Pemuda Islam Bakal menerajui kepimpinan IMAM…

    0
    0