Polis Evo Kutip RM8 Juta Dalam Masa 11 Hari Sahaja

Hiburan

Polis Evo Kutip RM8 Juta Dalam Masa 11 Hari Sahaja

Dasyat. Mak aih. Terkejut dan tergumam. Namun inilah buktinya rakyat Malaysia menyokong filem tempatan sekiranya filem tersebut memang betul-betul bagus. Dalam masa 11 hari, filem Polis Evo telah pun berjaya mengutip RM8 juta. Filem lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish ini ternyata mempunyai aura yang tersendiri sehingga berjaya menghasilkan kutipan yang teramat memberangsangkan ini.

polis evo

Advertisement

Berdasarkan jajaran kutipan, nampak gayanya Polis Evo boleh mengalahkan filem The Journey yang merupakan filem Malaysia tertinggi kutipannya. Untuk makluman, The Journey berjaya mengutip RM17 juta selama 56 hari tempoh tayangan. Berdasarkan maklumbalas yang Abang Nara baca di laman sosial, rata-rata memberi 5 bintang untuk filem Polis Evo ini. Tonton trailer di bawah:-

Sekiranya anda berkesempatan, silalah ke pawagam sebagai tanda sokongan anda untuk filem tempatan yang berkualiti. Diharap pada masa hadapan, akan ada lebih banyak filem sebegini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Polis Evo terutamanya pengarah, Ghaz Abu Bakar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...