Written by Bella | May 5th, 2015

Kemalangan di lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia 6 bulan cukup terkesan di hati seluruh rakyat Malaysia. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja gara-gara perlumbaan kereta secara haram enam ahli Familia Myvi Club. Akibat daripada insiden tersebut, dua orang lagi anak mangsa menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Sesiapa sahaja yang melihat derita anak-anak tersebut yang kehilangan tempat bergantung sememangnya menyayat hati. Terbaru, timbul dakwaan bahawa penyanyi terkenal negara Dato Siti Nurhaliza bakal mengambil kedua-dua anak yatim piatu Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat. Cerita tersebut mula tersebar apabila sebuah video adik Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu penyanyi tersebut menjadi viral di media sosial. Malah, isu ini menjadi lebih hangat apabila sebuah blog turut membangkitkan isu itu.

Menerima pertanyaan yang tidak henti daripada peminat dan media, pihak Siti Nurhaliza yang berwakilkan pengurus peribadinya Rozi menafikan perkara itu dan berharap  perkara ini tidak lagi disensasikan.

Dato’ Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau.

Siti Nurhaliza turut memuat naik semula (re-post) kenyataan tersebut dengan turut menyatakan beliau berniat untuk bertemu dengan kedua-dua kanak-kanak itu.

Inshaa-Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

Niat Siti Nurhaliza  mengambil mereka sebagai anak angkat ataupun sebaliknya semuanya bergantung kepada perancangan dari Allah SWT.  Sememangnya perasaan kasihan dan simpati menyelubungi hati sesiapa sahaja apabila terkenangkan kejadian ngeri yang berlaku sehingga menyebabkan dua anak kecil menjadi yatim piatu.

Sumber Berita: Malaysian Digest

13 responses to Pihak Siti Nurhaliza Jelas Isu Mahu Ambil Anak Mangsa Nahas DUKE Sebagai Anak Angkat

  1. mutiara says:

    ingat senang nak buat anak angkat.tok ti mestilah nak anak sendiri apatah lagi amek anak angkat, tapi diri belom ada anak.
    ayat mudah, bukan semua org boleh terima nak amek anak angkat..biar Allah tentukan..

    0

    0
  2. melati says:

    inshaallah ;)

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    anak saudara dia dah ramai,tak mungkin dia nak ambil anak angkat…org berduit mcm dia kalau nak anak angkat dari dulu dah dia ambil….kalau betul tak pe la…rezeki anak2 tu dan pas ni harap tok ti dpt anak sendiri..Inn syaallah…

    0

    0
  4. TakPelikPun says:

    Saya pun teringin nak jumpa Siti Nurhaliza. Adakah beliau akan mengambil saya sebagai anak angkat beliau juga?

    Kenapa isu budak ni diperbesarkan entah. Bosan. Unfair to other similar cases yg tak dapat liputan seluas ni.

    0

    0
    • Derpina says:

      Saya pun punya rasa yang sama.

      0

      0
    • Yana FMC says:

      hey..

      mesti la kene besarkan..
      ni melibatkan maruah FMC yang tak bersalah!!

      kami di FMC akan berlawan habis-habisan!!

      0

      0
      • INSHIRA says:

        hey yana dan geng, korang ni ada maruah ka? kes ni harusah di besar kan agar rkyat mesia dot cr kau dan geng2 FMC pembunuh ko tu… sbb sikap bongkak dan angkuh korang org yg x bersalah trima akibat dan 2 anak jd yatim piatu… jgn ckp besar sgt, balasan Allah tuk korang ada sbb doa org teraniaya ni Allah angkat dan makbul kn dl… tggu lah korang…

        0

        0
      • natadecoco says:

        Maruah FMC kpla butuh..!!! Aku rasa mak bapak hang dulu2 msti mnutuh kot lubang pungkoq..sbb tu dpt anak macam hang..yg xtau pkiaq soal org lain..pkiaq kpla hang jaaa..pkai org dlam..?? Hang tau dak ataih dunia buleh la pakai org dlam bgai..tpi di sana nanti seluaq dalam pun hang xpkai tau dak..?? Masa tu haaa hang lawan la habis habisan..club2 keta hanya mnyusahkan org..xbwak apa2 keuntungan pun pd negara..lupus buang pun xrugi..hang beqani my tunjuk muka hang..aku nk rembat muka hang..mcm org xtau permainan org dlam hang tu..dok buat pjg cita mcm tu mcm ne pdhai dok cari akai nk tutup kes..anwar yg ada nama pun kna sumbat masuk dlam..hang yg xdak nama apa nk rasa hebat..?? Hahaha..lawak btoi hang ne

        0

        0
  5. anon says:

    dah ramai sangat nak bagi bantuan…bagi je laaa geng myvi yang handle wehhhh

    0

    0
  6. anon says:

    Ramainya yg nak tumpang sekaki…… Gihlah cari anak angkat yg kat rumah anak2 yatim tu. Jgn duk kejar publisiti sngt, minah tembam…
    Asek2 muka makcik gemuk ni je….urgh…nak termuntah….uwekk

    0

    0
    • MakcikGemukTerasa says:

      Budak tu yang teringin sangat nak jumpa ‘makcik gemuk’ ni. ‘Makcik gemuk’ tu tak bersalah pun dalam hal ni. Nak harapkan sumbangan kau memang sampai kiamat lah takdak.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Budak umur 7 tahun tahu ke teringin nak jumpa CT atau ada pihak yang ambil kesempatan…..

    0

    0