Pierre Andre Dengan Jantannya Mengaku Bercinta Dengan Kerabat Terengganu

Hiburan

Pierre Andre Dengan Jantannya Mengaku Bercinta Dengan Kerabat Terengganu

kekasih baru pierre andre

Pierre Andre. Satu nama yang dah lama tak kedengaran. Dulu famous sekejap sebab bergaduh dengan David Teo dan disebabkan kisah cintanya dengan seorang gadis misteri, tup-tup hari ini Pierre Andre mengaku dia sedang bercinta dengan kerabat Terengganu. Sesungguh tuah ayam nampak di kaki, tuah Pierre Andre nampak di negeri keropok lekor.

Advertisement

Dan sesungguhnya kami kagum dengan kerendahan diri si kerabat Terengganu ini. Dia langsung tidak memberitahu Pierre Andre yang kaum keluarganya adalah dari kerabat diraja. Memang contoh yang sangat baik. Tak riak dan yang penting ikhlas dalam perhubungan. Kagum kami dengan mereka yang berstatus tinggi tapi tidak tinggi hidungnya seperti kekasih Pierre Andre ini. Kata Pierre:-

[note]Hubungan kami terjalin atas dasar keserasian dan keikhlasannya menerima saya. Menariknya, perwatakan dan sikapnya yang rendah diri dan ringkas itu membuatkan saya langsung tidak sangka latar belakangnya dari keluarga diraja sehinggalah selepas setahun mengenalinya[/note]

Si kerabat diraja Terengganu ini bekerja di sektor perbankan semasa Pierre mengenali dirinya. Sekarang ini kami tak tahu dia kerja sebagai apa. Kami respek kepada Pierre kerana telah melamar si dia  secara tidak rasmi melalui kenyataannya di bawah:-

[note]Saya memang merancang untuk menamatkan zaman bujang secepat mungkin. Jika diizinkan, saya ingin berkahwin dalam masa dua tahun, insya-Allah[/note]

Apa-apa pun, kami doakan kebahagiaan Pierre Andre. Semoga episod hitam dalam hidupnya suatu ketika dahulu sudah dibuang jauh-jauh. Hidup mesti terus bro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...