Written by AbangNara | January 26th, 2015

Perbalahan antara Awie dan isterinya, Rozana Misbun seolah-olah tiada penghujung. Kedua-duanya saling berbalas kenyataan menerusi media. Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini mahkamah telah membatalkan hak penjagaan sementara tiga anak yang diperoleh Awie. Keputusan itu membenarkan kedua-dua pihak mempunyai sama hak ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka itu. Namun apabila Rozana ingin bertemu anak-anaknya, pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh Awie untuk menghalang pertemuan daripada berlaku.

awie

Awie menerusi Sinar Harian semalam mengakui tindakan yang diambilnya adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak anak-anaknya serta mahu memberi pengajaran kepada Rozana. Menariknya, Awie turut sama meminta Rozana memulangkan sejumlah wang yang pernah diamanahkan kepadanya. Kata Awie:-

Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya. Anak-anak adalah segala-galanya buat diri saya dan kebajikan untuk mereka memang saya utamakan.

Namun Rozana hari ini menerusi satu temubual panjang lebar bersama portal Murai (klik sini untuk baca interview sepenuhnya) telah mempersoalkan tindakan Awie yang sengaja mencederakan emosi anak-anak mereka kerana memisahkan dengan ibu. Kata Rozana:-

Kalau Awie benar-benar ikhlas memikirkan kebajikan anak-anaknya, dia tidak akan tergamak mengenakan injunksi yang menghalang saya dari mendekati anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang, belaian serta perhatian dari seorang ibu.

Awie sendiri yang sebenarnya menyebabkan emosi dan mental anak-anak saya terganggu dengan ‘perpisahan mengejut’ selama 7 bulan dari ibu mereka ini yang tidak pernah berenggang dari mereka sejak kelahiran mereka ke dunia.

Kalau betul pun dia nak ‘mengajar’ saya, banyak lagi cara lain yang tidak memudaratkan emosi, mental dan fizikal saya sebagai seorang wanita yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Kalau dia berniat untuk membuat saya terseksa akibat terpisah dari anak-anak, ketahuilah bahawa anak-anak sebenarnya yang lebih menderita.

Apabila diminta mengulas saranan Awie yang mahukan dirinya bertaubat, Rozana telah memulangkan paku buah keras. Pedih kalau Awie baca nie. Kata Rozana:-

Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat.Tapi sebelum nak suruh orang lain bertaubat, eloklah Awie bermuhasabah dirinya dulu. Janganlah asyik mendabik dada dengan rezeki yang melimpah ruah sebab mungkin itu ‘Istidraj’ dari Allah!

rozana misbun

Entahlah Abang Nara tak tahu siapa yang berada di pihak benar antara Awie dan Rozana Misbun. Apa yang Abang Nara tahu ialah impak negatif yang diterima oleh anak-anak mereka. Membesar dengan melihat ibu bapa tidak bersama, pastinya memberikan kesan kurang baik kepada tumbesaran mereka. Di kala mereka memerlukan kasih sayang kedua-dua ibu bapa, Rozana dan Awie pula bertelagah. Sedih Abang Nara dengan nasib yang menimpa anak-anak ini. Semoga Awie dan Rozana akan berjumpa jalan penyelesaian yang terbaik demi masa depan anak mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Pesan Rozana Kepada Awie, Rezeki Melimpah Ruah Itu Mungkin Istidraj

  1. Anonymous says:

    omg, sesuai sgt korg jadi laki bini…. dua2 pun biol..

    0

    0
    • Peah Ronggeng aka PR says:

      Yeahhh..pasni kita tunggu pula balasan pantun dari awie plak..yahooooooo

      0

      0
      • Sayang ke? says:

        Betol tu anon dan peah … tunggu jerlah awie berbalas pantun sambil nyanyi dondang sayang lps ni …. tak pun awie nyanyi rap dgn Joe…. Rocker dgn rapper … barulah meletup.

        Dua2 tak fikir perasaan ank. Cuba bw ank2 ni gi jmpa kaunselor atau psychiatrist. Blh cnfrm ank2 teresak2 nangis sbb sedih atau jd senyap sbb trauma. Kecik2 tu mmg tak fhm apa. Nasib baik ada kakak mrk yg dah besar yg blh cnfrmtkn adik2 yg kecik2 tu.

        0

        0
    • simplyjendul says:

      bayar dlu oiii duit ko ambik tu…amanah awie utk ank ko tu..x takut ke mkn harta anak?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Apa yg ko berbual ni rozana.

    0

    0
  3. rozina says:

    apa yang kau merepek ni SETANNNNNNNNNN..!!!!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Istidraj: pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

    0

    0
    • sherry says:

      Rezeki yg x diredhai pon dia tumpang skaki untuk habiskannya….
      atau dia pon redha sj sbb duit dh belambak dalam akaun…pe lagi KITA ENJOY!!!!

      0

      0
  5. minah jambu tk suka hipokrit says:

    tk payah la kau nk falsafah2 sangat rozanaaaaaaa kau sndiri pon tk betol nk jaga anak2 konon huh ! mana duit anak2 yg kau ambek tu ? dh kebas duit orang nk cakap banyak pasal anak2 konon podah ! lov u awieeeeee semoga Allah selalu bersama u awie..

    0

    0
  6. menyampah pulak aku tgk says:

    dua2 pun bangang..hidup mcm org bukan Islam..laki bini makan hasil haram, bagi anak2 lagi makan..elok sgt ler tu.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    masalahnya yang menyonglapkan duit anak anak tu, engkau. kalau awie sendiri kena gunakan duit tu untuk selesaikan masalah dia (kalau ada) boleh la nak cakap macam tu.

    0

    0
  8. khadeeja says:

    Semoga Allah beri hidayah pada kedua2 nya. Ameen.

    0

    0
  9. Biskut says:

    Awie soh ko bg balik duit, tp ko crita benda lain pulak yer. alih topik lain psal derita anak2 tak jumpa kau konon. ko sendiri tak berani bercakap psal duit yg dh kau songlap tu,nafikan pun tidak, nmpak sgt la tuduhan tu btul.

    0

    0
  10. sherry says:

    Permulaan yang tak baik…pengakhiran pon x baik juga…
    Xda apa yg baiknya dengan korang berdua nih…
    Yang baik ditinggalkan… Karma…karma…
    Cash on delivery…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Istidraj? Wah, cakap pandai kemain…

    0

    0