Written by AbangNara | July 30th, 2013

Menarik juga kisah perkahwinan kali kedua Hattan dan Arianie ini. Memang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Untuk makluman, mereka berdua telah bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 selepas berkahwin pada 17 Disember 1996. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman.
hattan dan arianie

Perkahwinan kali kedua selepas 9 tahun ini telah berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada 24 Julai bersamaan 15 Ramadhan lalu. Arianie mengakui pernah mengenali lelaki lain malah sempat bertunang sebelum jodohnya kembali pada Hattan. Kata Arianie:-

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup. Apatah lagi apabila berbicara soal jodoh, ia ketentuanNya. Bayangkan saya sudah bertunang tetapi putus.

Disebabkan itu apabila Hattan kembali melamar, saya menerima dengan hati terbuka dan menganggap sudah tertulis memang kami akan hidup bersama. Cuma doa saya, kali ini biarlah hingga ke akhir hayat.

hattan dan arianie

Arianie turut sama berkongsi sedikit cerita mengenai perkahwinan pertamanya dengan Hattan. Ini memang sangat menarik untuk kita baca dan jadikan pengajaran terutama untuk mereka yang baru berkahwin. Kata Arianie:-

Dulu Hattan seorang yang baran. Sewaktu berpisah, lafaz cerai dibuat dalam keadaan marah. Namun perkara sudah berlaku. Memang dia minta rujuk balik waktu itu tetapi hati sudah terluka.

Kami kemudian cuba membawa haluan masing-masing. Begitupun hubungan antara kami tidak pernah putus, apatah lagi Adam menjadi pengikat kasih antara kami.

Terus terang saya katakan, sepanjang tempoh kami berpisah, saya tidak ambil tahu langsung hal berkaitan peribadi suami. Mengapa saya mesti ambil tahu, sedangkan kami punya hidup masing-masing waktu itu. Saya meneruskan hidup tanpa mahu memikirkan hal lain.

hattan dan arianie

Tambah Arianie lagi, Hattan turut menghubunginya ketika bekas suaminya itu membuat keputusan untuk bercerai dengan Noorfarashikin. Kata Arianie:-

Saya masih ingat perkara itu. Sewaktu dia mahu bernikah, saya ucapkan tahniah. Bagaimanapun ketika saya bertugas di Buenos Aires, Argentina, suami menghubungi menerusi khidmat pesanan ringkas dan memberitahu mahu bercerai

Saya katakannya kepadanya jangan terburu-buru, lagipun kami tidak berbual panjang dan hanya berhubung menerusi SMS. Esoknya saya mendapat balasan SMS daripadanya yang tertulis “saya sudah bercerai”.

hattan dan arianie

Untuk anda yang tidak tahu, Arianie merupakan seorang pramugari dan model sambilan. Paling Abang Nara suka ialah apabila Arianie menceritakan bagaimana perubahan sikap Hattan telah membuka kembali hatinya. Kata Arianie:-

Usaha dan perubahan sikap ditunjukkan juga membuat saya yakin untuk kembali hidup bersama Hattan. Apatah lagi ikatan kedua ini membuatkan hidup saya kembali sempurna sebagai isteri dan ibu.

Saya akui sebelum ini saya juga tidak sempurna. Namun perpisahan mematangkan kami untuk menjadi lebih sempurna.

Mengambil contoh, andai dulu sudah hendak tengok suami bersolat, tetapi sekarang memang susah untuk lihat dia meninggalkan solat. Perkara seperti itu yang membuatkan hati saya kuat untuk kembali hidup bersamanya.

Jadi kepada anda di luar sana yang pernah mengalami penceraian di dalam perkahwinan anda, berilah peluang kepada bekas pasangan anda untuk berubah. Mana tahu, memang sudah tertulis jodoh anda adalah si dia. Jangan tutup pintu hati anda selama-lamanya. Buat Hattan dan Arianie, semoga percintaan anda kekal sehingga ke syurga.

P.S: Gambar Preve hatchback yang lebih jelas. Memang menggiurkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Perubahan Hattan Buat Hati Arianie Terbuka Semula

  1. aku juga kacak says:

    seorang isteri yang cantik luar dan dalam. bertuah sungguh siapa jadi suami.

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      “Mengambil contoh, andai dulu sudah hendak tengok suami bersolat, tetapi sekarang memang susah untuk lihat dia meninggalkan solat. Perkara seperti itu yang membuatkan hati saya kuat untuk kembali hidup bersamanya”

      alhamdulillah..tp kalau leh bukan mmg susah utk lihat dia meninggalkan solat, kalau boleh JANGAN langsung meninggalkan solat..dia ketua keluarga, dia patut tahu tanggungjawab dia..bukan utk family, tp utk Allah gak.~

      0

      0
  2. didie @ says:

    Datin plak bl nk tutup aurat?

    0

    0
    • ddd says:

      bagus soalan ko ni? tapi lagi bagus kalau ko jumpe pompuan2 kt luar yg tak tutup aurat ko tnye mcm tu?selisih tepi jalan je ko tnye ye? kerattt jariii tak berani nk tnya nk tegur kan? bila org xnmpak muka kau kemain lg tnye mcm2 kn? doakan je tak payah tnye mcm2,,die tak baca pun..

      0

      0
  3. ..................... says:

    biso benarrr…cinta pertama….moga jodoh mereka berkekalan hingga hujung nyawa…aminnnnn….

    0

    0
  4. Tuan Haji says:

    keruntuhan rumah tangga biasanya apabila tipisnya iman dan ambil mudah soal solat. kan solat tiang agama. semoga lepas ni hattan dpt mengimankan isteri dan anak utk solati bersama.dan jgn lupa paksa isteri tutup aurat. baru sempurna sebagai pemimpin keluarga.

    0

    0
    • yoyo says:

      isteri ni umpama tulang rusuk yg bengkok. nak luruskan kena lembut2 pelan2 amik masa. kang paksa terus lurus tulang tu mau patah. nak mendidik ni perlu masa & kesabaran.

      0

      0
      • setuju tuan haji says:

        kalau dhkali kedua berkahwin dgn org sama. suamilah kena beri tunjuk ajar.kalau benda wajibmmg kena paksa.takda istilah…take a time..mati tak tunggu bila kita nak.

        0

        0
        • dena says:

          yes..untuk org yg boleh terima…tapi ramai lg org skarang yg tak paham..yg xboleh terima.. bile kite g dengar ceramah ustaz2 pun kate kalau berubah pelan2 kearah kebaikan tu dah syukur.. bile mereka taknak terima maknanya hati mereka keras…hati yg keras tak boleh dipujuk dengan kekerasan..takut lain jadinya..sbab kadang2 bile kite tgok org yg baru berubah kepada berhijab banyak yg lg sempurna hijabnye drp yg da sedia bertudung… lgpun memaksa bukan budaya Islam.. pujuk lah dengan bahasa yg baik… sekurang2nye mane2 yg jahil nampak Islam ni baik,lembut… nak ke kalau gunakan paksaan, nt mereka akan nampak Islam ni memaksa, keras, pastu yg lain2(bukan Islam) pun akan nampak benda tu…dan org takkan respect ngan agama kita lagi.. sedangkan selama ni org nampak Islam merujuk kepada yg baik2.. mmg mati takkan tunggu kita tapi gunalah pendekatan yg sebaiknya..

          0

          0
        • saya dah nasihat says:

          tapi kalau dah jadi suami,tugas kenalah faham kan isteri.dosa isteri suami yang tanggung.solat dan aurat dua benda wajib.kalau dua perkara ni kita takot nak paksa.apa guna jadi pemimpin.benda lain boleh bertolak ansur lg.tp sebagai wanita muslimah,dilahirkan sebagai islam,seharusnya kewajipan perlu dipatuhi.jgn nak bandingkan menutup aurat dgn yg memakai tudung.pakai tudung tak sempurna.sebab tu kena tutup aurat! paksaan utk perkara wajib lebih kepada tegasan,utk menunjukkan hukum islam ttg perkara wajib memang tidak blh ddipandang enteng.

          0

          0
  5. SH says:

    Alhamdulillah ini yang kita maukan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Semoga hari hari mendatang yang lebih baik dan bahagia…

    0

    0
  6. Nurul says:

    pak cik aku po ada ckp hattan ni baran dia sgt la overdos..tp tgk skrg ni cm blh kawal..pak cik aku po suka ex wife hattan ni allhamdulilah dah kembali bersatu..tok hattan dan isteri kl da jodoh anda pergi mane pun bertemu jua..moge berbahagia di murah rezeki hidup 1 family yg ceria dan harmoni

    0

    0
  7. umat says:

    paling seronok anaknya lah…
    semoga kekal dalam rukun….

    0

    0
  8. makcikkantinsekolahmemandu says:

    sangat matang pemikiran wife die… kagum2…

    0

    0
  9. Inspektor says:

    Gmbr first, Hattan cium ke die sedut pipi anak die.. hahahaha

    0

    0
    • ddd says:

      sengal…aku siap scroll up…kelaka weh muka time tu..haha

      0

      0
    • mama says:

      dia cium sambil sebak la tuuu..sapa2 pon sebak bila jd cmgnie..smoga kisah dorg nie kita leh jd kn pngajaran..jangan hanya thu nk kwin..tp ilmu x dicari..x digali supaya rumahtangga sntiasa bhgia..iman perlu ada baru jiwa pasangan tu x kosong..lau iman xde..mula la kita nak cari slh silap pasangan..mse bcinta kekeurangan tu kita anggap cm sweet..pastu kita snggup nk ubah dia supaya jd lbh baik..tp bila dah kawin kekurangan psgn tu kita anggap cm beban..hatta bt silap sikit pon nk btekak..yg jd mangsa anak2..fikir2 kan la…
      smoga dorg bdua bhgia..amin

      0

      0
    • Loyal Husband says:

      Hahahahahahahahahaha… tu mmg kelakar… mcm sedut je.. pe pun smoga sntiasa bahagia…

      0

      0
  10. sayaminatdianaamir says:

    lelaki panas baran? hmm.. mmg bahaya skit klu lelaki panas baran ni. kdg2 smpi naik tangan.
    sy ada pengalaman..bercinta dgn llki yg panas baran..dua kali dia naik tgn… kali ke dua tu mmg dah tak caye dia lgi.. sedih mmg sedih. sbnrnye dia baik..layanan dia baik sgt..tapi tu je..dia pns baran.. tp romantik gilee… tapi tu la.. nak selamatkan diri.sy putus dgn die..
    smpai skg,,,masih rindu kat die.. apapun..smoga awak bahagia.. sy doa awak jmpe isteri yg baik yg dpt bimbing awk.. i miss you.

    0

    0
    • sayaminatdianaamir says:

      apa pun.. sy sebak tengok hattan nanngis pas nikah tu… msti dia rs sgt2 bersyukur…

      0

      0
  11. reyhan zie says:

    HIDUP YANG BERLANDASKAN AGAMA PASTI KEBERKATAN KE AKHIR HAYAT WALAU DUGAAN DAN UJIAN YG ALLAH BERIKAN TANPA KEKUATAN IMAN DI DADA PASTI KECEWA DITENGAH JALAN…JADI TERIMALAH KETENTUAN DAN SURATAN KRN SEGALA QADA DAN QADAR ADALAH RAHSIA ALLAH….

    0

    0
  12. s'orng p'baca setia kadang2 komen says:

    Alhamdulillah & tahniah kepada kedua memepelaii..
    Semoga jodoh kalian hingga ke akhir hayat.. Dlm melodi ari ahad tu si adam mintak adik, acamner? hehehe..

    0

    0
  13. reeza says:

    Jadikanlah pengajaran pengalaman hidup lepas. MMG ketika marah “syaitan’ bertepuk tangan. Lelaki dikurniakan 9 akal, jadi gunakan kewarasan akal sebelum bertindak…

    0

    0
  14. shishimut says:

    jika jodoh tak kemana…Jangan Ego tu paling penting!

    0

    0
  15. cinta sejati tak kan mampu dipisahkan, semoga kedua2 mengambil ikhtibar dan terus melakukan perubahan, insyaallah

    0

    0
  16. debah debab says:

    I penah terserempak Arianie nie dalam flight pegi sydney, cantik dan ramah orangye, masa tu dia jaga pintu, rugi saje khwen dgn hattan , tapi kalau betul hattan dah betaubat okeylah kutt..

    0

    0
  17. Gold Price says:

    6) Apakah saya harus meminta maaf dengan dengan wanita2 yang pernah menjalin hubungan dengan saya, (mereka tau saya sudah berkeluarga,dan tidak menuntut saya karena tulus mecintai saya)? Saran saya, kalau Martin tidak menjalin hubungan lagi dengan wanita-wanita sebelumnya (misal: A, B, C), maka Martin tidak perlu menghubungi lagi dan justru menghindar jauh-jauh. Ini berlaku kalau Martin tidak mempunyai kewajiban untuk mempertanggungjawabkan perbuatan Martin. Kalau ada anak yang terlahir dari perbuatan ini, maka Martin harus bertanggungjawab terhadap kehidupan anak tersebut. Namun, kalau pada saat ini Martin masih menjalin hubungan dengan seorang atau beberapa wanita (misal: D, E), maka Martin harus datang kepada wanita-wanita tersebut untuk meminta maaf dan mengakhiri hubungan dosa ini. Hal ini dilakukan setelah Martin mengaku dosa kepada pastor atau setelah retret, sehingga Martin mempunyai kekuatan untuk mengakhiri hubungan dengan mereka untuk selama-lamanya. Diskusikan dengan istri, dan katakan bahwa anda benar-benar serius untuk mengakhiri semua hubungan dengan wanita-wanita tersebut.

    0

    0
  18. tacacila says:

    love this couple! semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hattan & arianie

    0

    0
  19. datin lily says:

    tuuu diaaa kuku wife hattan panjangnyaa…apa pun selamat berkahwin kali kedua.semoga dua-dua mampu melayari mahligai kedua dgn penuh keberkatan..apa pun potong kuku dulu.kasi anak n suami makan yg bersih suci lg diberkati

    0

    0
    • pening says:

      nape kene carik silap org eh?abes ko belek setiap inci nk carik bahan mengutuk….muke die ko nk kutuk tp malangnye die lg lawa….so ko carik badan malangnye ko lg la out of shape…last2 ko jmpe la kuku kan…kuku pn jadilaaaaaaa…huwahuwahuwaaaa

      0

      0
      • datin lily says:

        dah panjang benar nmpak ler…geli aku kalo perempuan kuku panjang..eii..tu bkn kutuk nak pesan kt ko sekali.jangan duk bela kuku..nape eh manusia bila org tegur benda btl dikatakan mengutuk.memang menjadi kesalahan kalau benda btl.lain la kalau aku kata eh psl pe bibir org tu senget,awat hidung dia leper..itu baru mengutuk.paiseh

        0

        0
  20. datin lily says:

    dah panjang benar nmpak ler…geli aku kalo perempuan kuku panjang..eii..tu bkn kutuk nak pesan kt ko sekali.jangan duk bela kuku..nape eh manusia bila org tegur benda btl dikatakan mengutuk.memang menjadi kesalahan kalau benda btl.lain la kalau aku kata eh psl pe bibir org tu senget,awat hidung dia leper..itu baru mengutuk.paiseh

    0

    0
  21. it me says:

    entah entah tu kuku plastik (tiruan) dulu saya nikah pun pakai kuku Tiruan untuk fesyen :)

    0

    0