Written by AbangNara | December 22nd, 2014

Pertelingkahan antara Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan bendaharinya, Vanidah Imran semakin memuncak hari ini. Untuk makluman anda, Zed Zaidi telah pun membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang ditanggungjawabkan kepada Vanidah. Malah Zed Zaidi juga telah mengkritik beberapa ahli jawatankuasa SENIMAN yang baru dengan melabel mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukan kerja.

zed zaidi vanidah imran

Berikut ialah dakwaan daripada Zed Zaidi terhadap Vanidah Imran:-

Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu. Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut. Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya

zed zaidiNamun begitu Vanidah Imran telah tampil menjelaskan mengenai tindakan yang diambilnya. Kata Vanidah:-

Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.

Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.

Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan

Satu mesyuarat undi tidak percaya akan diadakan untuk melucutkan jawatan bendahari yang dipegang oleh Vanidah Imran. Namun Zed Zaidi hari ini memaklumkan yang Vanidah boleh meletakkan jawatan sekiranya beranggapan dirinya tida mampu memikul tanggungjawab tersebut. Kata Zed:-

Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.

Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru. Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya.

Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.

Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggung jawab

zed zaidi vanidah imran

Nampaknya SENIMAN sekali lagi dihimpit dengan kontroversi sebelum berakhirnya tahun 2014. Agak sukar untuk masalah ini selesai sekiranya Vanidah Imran dan Zed Zaidi tidak bertentang mata untuk membincangkannya. Kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat seperti apa yang dikatakan. Diharap pertelingkahan yang tidak membawa sebarang kebaikan ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tak manis kalau ahli jawatankuasa sesama sendiri bergaduh. Pasti ada jalan penyelesaian yang mampu dicapai. Tak gitu?

bestbuyworldP.S: Yeah~~~ Jualan sempena perayaan Krismas sedang berlangsung di Best Buy World Malaysia. Diskaun yang amat menarik buat anda semua. Hujung-hujung tahun ini apa kata ‘treat’ diri anda untuk produk-produk kosmetik, penjagaan kulit, beg tangan dan minyak wangi pada harga yang amat BERBALOI. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk lihat sendiri promosi yang sedang ditawarkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 responses to Pertelingkahan Semakin Memuncak, Zed Zaidi Mohon Vanidah Imran Letak Jawatan

  1. im blondie says:

    Melayu2…x habis2 gadoh je kerja.

    0

    0
    • melati says:

      biasalah artis2 mentaliti tahap spm buat kerja, benda2 kecik pun takleh nk setel.

      0

      0
    • JIRAN BINI ZED ZAIDI says:

      BUROK N GEMOK NYE , ZED ZAIDI SEKARANG !!!
      DUIT DH BERKEPOK , TP TAK TA.HU JG PENAMPILAN !!
      NTI ISTRI CURANG , BARU NAK KEPO !!

      0

      0
    • hope says:

      fahami dulu apa vanida kata… segala arahan pengeluaran duit kena ada surat. makananya ada hitam putih barulah vanida imran akan keluarkan duit… bukan apa..nanti bukti2 duit keluar masuk xada. bukan senang tau jaga amanah.. zed zaidi kena faham tu…

      0

      0
      • Mail says:

        aku setuju yang ni. Aku sejak dari Uni banyak jadi bendahari persatuan, sampai la alam pkerjaan ni. Sape2 takde bagi hitam putih / resit mesit, konpem xde duit aku keluarkan. Kang nak buat pembentangan akaun tutup tahun nak tunjuk apa takda hitam putih?

        Sewel ke tak tahu buat kerja pun aku taktau Zed Zaidi ni.

        0

        0
        • anona says:

          aku rasa semua jawatan dalam seniman bagi aje kat zed zaidi nih. sebab dia sorang je tau buat kerja..org lain semua tak guna

          0

          0
  2. rorokan says:

    terkesima

    0

    0
  3. Suckka says:

    alahai..persatuan kecik pun huru hara.
    orang lain beribu2 pekerja dan asset berjuta2 kompani takde pun gaduh2.
    please la kalian…

    0

    0
  4. amy says:

    hmmm…xpayah byk ckp..just buat surat kepada bank mintak kerjasama bank untuk halang nama2 yg tak diingini membuat pengeluaran dan tandatangan cek…dan laporkan kehilangan buku cek request buke cek baru..dlm masa 3 hari siap…so xtimbul gaji pekerja tertangguh atau hutang sana sini…kalau betul org tu bawa lari buku cek tu pun bukannya boleh buat apa sbb dah dibatalkan….

    0

    0
    • kasar bahasa says:

      Mana ada orang buat surat org tertentu tak leh sign cheque. Buat surat untuk orang yang boleh sign lainlah. Contohnya: Bawah 5 ribu, X boleh sign. Atas 5 ribu, X and Y. Atas 20 ribu X,Y, Z. Standardlah! Baru tak haru kalau hantar cheque tak valid. Bodo Zed ni. Nanti tak pasal pasal Vee kena report kat Bank Negara. Tukang buat surat Zed pun malas buat kerja. Kau sign je surat penama tu. Tak sampai 5 minit dah siap. T

      0

      0
  5. Politik Duniawi says:

    Tu belum suruh jadi ahli politik naik parlimen lg tu. Pegang jawatan yg takde effect dlm negara pon kecoh. Meleis.

    0

    0
  6. sue says:

    Tak paham. bukan ke kerja Presiden persatuan untuk memaklumkan kepada bank nama dan tandatangan pihak yang dibenarkan mengeluarkan cek persatuan? Kenapa minta Vanida ‘keluarkan duit’ kalau dia tiada kuasa menandatangan buku cek? Tak baik burukkan nama Vanida disebabkan salah sendiri. Selesaikan secara elok sudahlah. tak perlu canangkan satu Malaysia. Melihat perangai ZZ ni memang lah sah gila kuasa dan sukakan kontroversi. Vanida pulak elok pulangkan balik buku cek tu (dengan coverletter dan disahkan diterima Persatuan) walaupun awak pegang jawatan Bendahari Persatuan. Jangan bagi ZZ cemarkan imej bersih awak

    0

    0
  7. Husin Lempoyang says:

    Actually si Vee ni dia risau yang si Zed Zaidi ni akan sesuka hati je gunakan duit persatuan. Sebab tulah dia ambil buku check tu.
    Bendahari ingat senang-senang ke boleh keluarkan duit kalau ada buku check tu.
    Bila pres yang pegang buku check, senang le keje dik oi.
    Bukanke semua urusan kewangan mesti melalui bendahari.

    0

    0
  8. jempol says:

    kata vanidah :: Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.

    kata zed :: Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut. Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya

    dari statement ni pon dah tau saper yg bangang!
    kesian la …

    0

    0
  9. apa nak jadi says:

    melayu2..tengok bola..gaduh, masuk parlimen gaduh….jadi ahli persatuan gaduh…

    0

    0
  10. jempol says:

    bila org dpt jawatan tinggi..tapi ilmu tak cukop… ni la jadinyer.. hilang 1 buku cek pun huru hara…

    0

    0
  11. betul ke ni? says:

    pegi je lah kt bank tu..kasel buku chek tu…serial number kan ada?

    0

    0
  12. Mcm paham says:

    Zed zaidi yg harus letak jawatan.. Presidents taik kucing… Mcm paham je si zed zaidi ni…

    0

    0
  13. karisma oh karisma says:

    masalahnya, yang pegang jawatan tu tahap SPM,ni lah jadinya. ikut sistem jabatan kerajaan la, nak bertanding kena ada at least degree. yang tahap SPM tu jadi ahli biasa ja. xde la timbul isu2 remeh temeh ni…

    0

    0
  14. rombau says:

    Boleh lak bendahari kuar duit sorang2 ek.. akaun surau tempat aku pun kena ada 3 org, baru boleh keluar duit..

    0

    0
  15. Elly says:

    Apelah masalah ZZ ni heishhhhh

    0

    0
  16. Intan Jaffar says:

    Saya tak tau siapa yang salah dalam pekara ini, tetapi setau saya Zed Zaidi berkelulusan dari Universiti Pertanian Malaysia.

    0

    0
  17. Hanez Suraya says:

    Very the bangang suma yang involve. Dah nak masuk tahun 2015 pun sebok bergadoh pasal buku cek. Wei ngeng, la ni suma online banking la vongok. Buku cek tahun 2002 dah pupus dah. Adeke bayo gaji orang guna cek.

    0

    0
  18. haha says:

    betul kata vanida. all she wants just to be one of those bank signatories. even tuk access online transaction. kalo aku bendahari, aku pun lari bawak buku cek. sebab dorg bole sukahati keluar cek. if anyting happen, bendari jgk yg kena. kecoh betul zz ni.

    0

    0
  19. Zod Zaido says:

    Zed Zaidi ni pernah merayau kat pejabat aku sibuk nak jumpa VIP. Saper pon tak heran tengok dia walau makcik2 guard :)

    0

    0
  20. boa says:

    zek zaidi nie bnyk bunyi la plak..nmpk sgt ko tak tahu nk deal dgn bank ke hape..kan vanida tu dh ckp dia kena ada itam putih utk keluarkan duit tu. kalau lps nie duit tu tiba2 dia keluarkan tanpa valid document konpem ada prblm plak….x yah nk besar kan cite yang kecik gini..dari dulu smpai skrg ko dok tunjuk bodoh ko tu…please222..gi blajar dulu…

    0

    0
  21. kucing says:

    betullah cakap vee tu..nk kuar kan duit atau cek kene ada surat kebenaran.surat tu ada tandatangan penama2 yang dibenarkan saja..bukan main hantam kromo kuar duit..
    kalau aku jd vee dah lama berambus dari persatuan yg tak sudah2 krisis dalaman cmni..
    presiden syok sendiri..sket2 repot polis..rasenye dah macam2 persatuan artis2 ni ada..prisma la..karyawan la..seniman la…tp masih lagi ada artis2 veteren tak dibantu..

    0

    0
    • Good for You Vee says:

      – ZZ tak nak buat surat bagi kebenaran bagi Vee untuk sign cheque. Selagi tak sign Vee takleh issue cheque. Selagi tak boleh, dia tak boleh la bayar apa apa yang berkenaan. So bila dia tak bayar, ZZ complain. Mintak cheque book balik. Vee simpan cheque book sebab dia bendahari. Orang lain tak boleh pegang kecuali dia. ZZ report polis dan pergi kepoh kat media. Siap complain lagi Vee suruh dia buat surat.

      Haaa bagusnya Vee tak berambus. Sebab apa? Si bodoh ZZ dah tayangkan kebodohan sendiri. Ni cara subtle nak protes kebodohan orang tak layak menjadi presiden. Rajin tak bermaksud ZZ ni layak. Orang orang tau buat kerja macam Vee ni lah kena stay dalam persatuan. Court case pun court case la. ZZ yang heret. So lepas menang kes ni Vee dapat tayang betapa pandainya dia sebenarnya. Kalau saman malu ZZ pun mesti Vee menang.
      Kalau cheque book tu dipulangkan kat ZZ dan andainya ia disalahgunakan, (tengok ayat aku hebat gila) Vee yang bertanggungjawab sebab dia bendahari. Tak pasal pasal kena heret CBT nanti.
      So ZZ. Kau dah lead 1.5 tahun pun tak tahu pasal buat surat, buat malu je bro. Btw, depan rumah aku ada nama kedai Satay Zed Zaidi. Kau punya ke? :P

      0

      0
  22. Biskut says:

    betul la cakap vanidah tu oiii ZZ. kalau sblm ni org lain yg jadi bendahari, surat kuasa baru menamakan org baru yg akan kuarkan duit n tandangan cek harus d buat. kata org tak tau tugas….tp sendiri bangang. nnti d kemudian hari sapa yg akan d persoalkan kalo duit d kuarkan sewenang2 nya? vanida juga kan? utk tujuan audit juga, smua dokumen kena complete. bengap punya ZZ. bgs ko jer yg letak jawatan…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Presiden yg bagus orang kerja untuk dia bukan dia wat keje orang…

    0

    0
  24. anon says:

    Kenapalah duk kutuk2 zed zaidi ni. Dia cume menjalankan tanggungjwb dia sebagai presiden seniman. Nak betol kan mana2 yg tak betol. Nak jadi bendahari ni kenelah amanah, kalau tak. baik buang aje.

    0

    0
    • kesian si zed says:

      kesian anon ni…ko ni zed agaknya kan kan?? nk jd bendahari bkn takat amanah je..kena lah bijak…kalau tak senang je org gunakn kau utk kepentingan sndiri..

      0

      0
    • sue says:

      kalau dia bijak takkan jadi isu ni. pegi belajar dulu macam mana nak uruskan syarikat/persatuan. Nk keluarkan duit, kena ada payment voucher, surat, bukti pembayaran tu untuk apa. Barulah Bendahari berani keluarkan duit Dik Non ooi!. pengetahuan asas macam ni penting dik Non. Bukan orang nak hentam kromo sama si ZZ ni. Lagi satu, pasal apa tak inform Bank berkaitan masukkan nama Vanida sebagai salah seorang signatories? Itu dah tunjuk tahap kebodohan ZZ.

      0

      0
  25. MAL says:

    Apakah kelulusan Zed Zaidi sebagai Presiden sebuah persatuan? Adakah dia mempunyai ijazah/sarajan muda? Untuk mengendalikan sebuah persatuan, perlu ada kemahiran yang merangkumi kebolehan menghuraikan masalah secara sistematik dan kebolehan membuat reasoning dalam sesuatu situasi. Jelas bahawa ZZ tidak mempuyai experience dari segi executive administration. Setiap perlantikkan harus mempunyai warrant letter hitam putih yang mempunyai butiran lengkap bidang kuasa pegawai tersebut. Apa yang diminta Vanida adalah wajar. Seandainya dia dengan sewenangnya mengeluarkan wang atas arahan verbal presiden yang tidak tahu akan prosedur sebenar, tidak mustahil ZZ mungkin akan menuduh Vanidah atas penyelewenggan wang jika ada masalah di kemudian hari. Seharusnya, presiden SENIMAN haruslah melantik mereka yang sekurang kurangnya mempunyai ijazah. Saya pasti, ramai artis Malaysia sekarang yang mempunyai ijazah yang lebih wajar menerajui SENIMAN.

    0

    0
  26. asal tutup aurat jer kira muslimah says:

    biasalah betina keling mamak. mmg perangai kotor. pantang lepa (pantang nmpk duit)

    0

    0
  27. ohoi says:

    hurm… bendahari xsemestinya jadi signatories tuk account tu… she just have to manage it, to be the PIC utk semua info account tu… setahu aku utk sign those chq ussually diorg letak 2 signatories. with all the relevant doc kalau like monthly payment macam sewa n gaji, just refer to the previous ledger la… xkan xde record.. sikit2 nak report polis… aiyooo xboleh nak setel sendiri… n Vanidah pon.. u have to make a move also… kalau deme xbuat surat authority kau la yg buat,, get them to sign… benda boleh bincang.. haishh teruk .macammana nk maju

    0

    0
  28. Anak Melayu says:

    si zed zaidi nie I thot dia dah kena pecat daripada jawatan presiden SENIMAN??? tak habis2 nak cari gaduh dgn org! hey zed zaidi…..u are someone who is not qualified to hold this post! bad character!!!

    0

    0