Written by Bella | June 15th, 2016

Baru-baru ini pelakon Saharul Ridzwan mengakui beliau bakal menamatkan zaman bujangnya selepas Aidilfitri ini. Namun, Saharul enggan mendedahkan siapakah bakal isterinya dan cuma memberitahu wanita berkenaan merupakan kenalan lama beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ramai yang bertanya tarikh sebenar pernikahan beliau tetapi buat masa ini Saharul ingin merahsiakannya.

Walaubagaimanapun, Saharul memberitahu persiapan perkahwinan beliau hampir selesai dan beliau sudah bersedia untuk bergelar suami.

Cukuplah setakat ini orang tahu yang saya akan kahwin selepas raya nanti. Tarikh atau lokasi memang belum dapat didedahkan hingga masanya tiba.

Lagipun saya tidak mahu terlalu beriya-iya kerana kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan.

Dari segi persiapan segala-galanya hampir selesai malah saya sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami terutama dari segi bimbingan kerohanian.

Kami mendoakan yang terbaik buat Saharul Ridzwan dan bakal isterinya, semoga rumah tangga yang bakal dibina tidak lama lagi kekal sehingga jannah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Persiapan Perkahwinan Hampir Selesai , Saya Dah Sedia Jadi Suami – Saharul Ridzwan

  1. Anonymous says:

    deena!

    0

    0
  2. KUCING says:

    muak dengar kisah nak kawen SR ni..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    alhamdullilah..SR nk kahwin dengan DE. Semoga d permudahkan urusan.

    0

    0
  4. shizuka says:

    Deenaemir kan.. hehee sesuai, deena mmg cantik

    0

    0
  5. fifi says:

    Qaabila Deena Emir!!

    0

    0
  6. GalaHMacduff says:

    This page definitely has all the info I needed concerning this subject and didn’t know who to ask.

    0

    0