Written by AbangNara | May 7th, 2014

Terkejut juga sebenarnya apabila secara tiba-tiba Nad Zainal mengumumkan tamatnya hubungan percintaannya dengan Azwan Kombos menerusi program Melodi hujung minggu lalu. Tambah mengejutkan apabila Azwan Kombos memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perpisahan tersebut. Ini amat menghairankan sekaligus menimbulkan spekulasi yang pasangan ini sengaja membuat gimik untuk menambahkan populariti masing-masing.

azwan kombos nad zainal

Sebenarnya taktik sebegini memang sering dilakukan oleh artis-artis tempatan apabila nama mereka sudah mula menjadi suam-suam kuku. Sekurang-kurangnya bila mengakui putus cinta, media akan memberikan perhatian dan liputan percuma. Namun menurut Nad Zainal, perpisahannya dengan Azwan Kombos bukanlah gimik sebaliknya ia adalah benar-benar berlaku. Kata Nad menerusi Harian Metro:-

Tak ada gimik tak ada apa. Apa yang keluar (pengumuman), itulah yang berlaku. Perkara yang tak diduga macam ini dalam sesuatu hubungan memang tak mustahil berlaku. Jadi tak ada (apa) yang pelik kalau berlaku.

Tapi, terus-terang saya cakap apa yang sudah keluar (umum) adalah apa yang terjadi. Tak ada agenda yang tertentu atau gimik.Selebihnya saya tak nak cakap apa-apa, cukuplah.

azwan kombos nad zainal

Untuk makluman, baru-baru ini Azwan Kombos dan Nad Zainal telah menghadiri kursus kahwin bersama-sama sebagai persediaan untuk bergelar suami isteri. Nampaknya jodoh mereka tidak kesampaian. Sementara itu Azwan memaklumkan yang dirinya masih lagi keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Kata Azwan:-

Kalau gimik ke apa ke, mungkin Nad yang buatlah, bukan saya. Apa yang dah jadi memang berdasarkan apa yang saya dah cakap sebelum ini. Saya masih terpinga-pinga, pelik dan tak tahu apa-apa apabila semua berlaku secara tiba-tiba begini.

Tidak ada komunikasi antara kami. Saya cuba komunikasi tapi cara dia balas memang nak tak nak. Dia masih dingin terhadap saya sampai sekarang.Saya tak tahu sebenarnya apa berlaku. Apa pun saya hormati keputusan dia. Cuma saya terkilan sepatutnya saya yang patut tahu dulu (putus cinta) bukan media.

azwan kombos nad zainal

Kalau Abang Nara jadi Azwan Kombos pun pastinya terkilan “diceraikan” begitu sahaja oleh si kekasih tanpa mengetahui apa punca. Apa pun diharapkan memang tiada gimik dalam perpisahan mereka. Jangan tup-tup lepas ini tiba-tiba dah baik semula macam yang sering terjadi kepada artis-artis lain. Tak gitu?

24 responses to Perpisahan Bukan Gimik – Nad Zainal

  1. Biskut says:

    esok lusa kuar plak crita, kami sdh bersatu kembali. ini semua mmg poyo!

    0

    0
    • gigi besi says:

      org zmn skrg.. time kapel uplod gbr peluk2.. dh break bru nk malu

      0

      0
    • paut2 bahu. jubor
      .ini yg korang bangga?

      0

      0
    • Kak Ton Bini Abg Li says:

      Seronok jd artiskan..
      Bercinta… putus cinta… hobi… makanan kegemaran… jenama sabun basuh baju… semua media sibuk nak tulis…

      Harap lepas ni media juga turut bagi liputan samada seseorang artis itu selesa jamban duduk atau bertinggung.

      0

      0
    • Olga says:

      BUKAN LAWA N HSEM PON DIORANG NI,SI NAD TU NAMPAK TUA DARI USIA SEBENAR

      0

      0
      • mai says:

        make up kan. Pastu tak jaga kulit rosak la abis muka nampak tua.. Umur 18 nampak mcm mak orang.. Lama2 tak ada seri..

        0

        0
    • minah jambu merah biru says:

      elehhhhhhh lambat sangat u nk datang meminang si nad niiii…u nk tunggu sampai 7taon baru u nk kawin ngan dia??????? kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalau jadi kawin..kalau tk jadi??????????? 7taon menunggu punye tunggu ha amacam ?????? ni gimik aje ke betol2 ni ??????

      0

      0
  2. kata aku says:

    kecoh jer~ baru putus cinta pun bukan nya bcerai~ poyo

    0

    0
  3. hai says:

    Nad dh malas nk bela hang la 2 wan.. asyik spedo je belum kawin lg,kalo kawin nnti.. mmmmmmm

    0

    0
  4. cik bulan says:

    nama da naik sket mula la putus la ape..padahal dulu susah senang.itu ini la..huhh….artis

    0

    0
  5. bedah jambu batu says:

    Senang sama-sama, susah sorang-sorang :)

    0

    0
  6. mozed says:

    sapa dia ni.. macam makcik2 je.. hmmm..

    0

    0
  7. ayam says:

    ko tak knl ke? dia ni la pompuan yg klr gg tu. bila la agaknya dia nak pakai gg besi. rimas aku tgk dia bckp.

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    amboi amik pic…..siap peluk,ckit lagi kena tang tutttt………..

    0

    0
  9. alin says:

    korang ni pandai je cakap si nad tu spedo azwan kombos.. korg dah siasat ke latar belakang keluarga azwan ni..rasanya dia xperlu di spedo kot…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    dah makin popular si nad ni, mungkin ajalah die nak cari lelaki yang lebih lagi….padahal tak adelah menarik sangat tengok die ni

    0

    0
  11. Scobby says:

    Nad dh kne mandrem by someone.klu x ske yur
    bf,bgtu le..jgn jd pngecut.at least yur bf leh tau
    kslapan dia.x kn dh hbs kkis..trus bye bye kot.
    Msa bcinta announce mcm dia srg je bcinta tp
    bla xnk ???thts not good Nad.

    0

    0
  12. sentap says:

    aku xsuke nad ni sbb tunang aku minat gler kt dye.. prffff

    0

    0
  13. lulu says:

    Xsuka nad.dhla sllu blakon mcm org skit jiwa..

    0

    0
  14. […] Patah tumbuh hilang berganti. Namun cepat sangat penggantian ini berlaku. Kesian Abang Nara kepada Azwan Kombos yang sehingga hari ini tidak mengetahui punca perpisahannya dengan Nad Zainal. Mesti Azwan Kombos makin keliru apabila secara tiba-tiba Hefny Sahad mengakui sedang bercinta […]

    0

    0
  15. […] Perpisahan Bukan Gimik – Nad Zainal (22) […]

    0

    0