Pernah Keluar Daripada MIG Sebelum Kontrak Tamat : Netizen Hairan Mengapa David Teo Terima Uqasha Senrose Kembali

Hiburan

Pernah Keluar Daripada MIG Sebelum Kontrak Tamat : Netizen Hairan Mengapa David Teo Terima Uqasha Senrose Kembali

Sekitar tahun 2013, pelakon Uqasha Senrose pernah mempunyai kemelut bersama pengurusan MIG apabila beliau bertindak untuk keluar daripada syarikat berkenaan sebelum kontraknya tamat.

Advertisement

Antara sebab Uqasha meninggalkan MIG ialah beliau ketika itu sedang hangat bercinta dengan Pekin Ibrahim. Umum mengetahui antara syarat untuk menjadi artis syarikat berkenaan ialah mereka tidak boleh bercinta.

Namun, selepas membuat keputusan untuk membuka hijabnya baru-baru ini, Uqasha telah kembali menjadi artis dibawah naugan MIG.

Perkara itu agak pelik dan dipersoalkan oleh netizen.  Mereka tertanya apakah motif sebenar David Teo kembali menerima Uqasha didalam syarikatnya itu.

Ada pula yang mengatakan, punca Uqasha membuka hijab mungkin berkaitan dengan perkara ini.

Bukan mudah untuk seseorang artis kembali ke sesebuah pengurusan ataupun produksi jika mereka pernah bersengketa ataupun mempunyai masalah sebelum ini. Tentu ada sesuatu tawaran yang tidak mudah Uqasha lepaskan, betul tak?

Sumber Berita : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...