Written by Bella | October 16th, 2017

Selepas beberapa kali ditahan reman berikutan kes penipuan banglo mampu milik bernilai RM6.2 juta, Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman akhirnya dibebaskan semalam selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai menolak tempoh lanjutan reman yang dibuat oleh pihak polis.

Menurut peguam Boy Iman, mahkamah menerima permintaan pihaknya untuk membebaskan Boy Iman dan tiga lagi suspek atas alasan mereka sudah lama ditahan reman iaitu sejak 2 Oktober lepas. Menerusi foto yang dikongsikan di Kosmo Online, Boy Iman nampaknya tersenyum gembira sambil membuat “thumbs up” ketika dibebaskan.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kes ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembebasan Boy Iman. Iyalah, kerana kebanyakkan pembeli yang tertipu adalah mereka yang sudah berumur dan tidak mempunyai banyak wang serta sudah menghabiskan wang simpanan mereka untuk membeli rumah kerana termakan dengan janji palsu Boy Iman.

Harapnya walaupun Boy Iman sudah dibebaskan, isu ini tidak akan terus dibiarkan sahaja dan terus senyap. Keadilan untuk mereka yang sudah ditipu itu haruslah diperjuangkan kerana bukannya mudah untuk mencari wang ringgit dalam zaman susah seperti sekarang.

Sumber Berita : Kosmo Online

41 responses to Permohonan Reman Boy Iman Ditolak : Netizen Luah Rasa Kecewa

  1. Ex-Amnet Forumer says:

    Bertambah tembam sejak keluar lokap… Sedap ye mkn..

    14

    0
    • Anonymous says:

      Nak harap pak2 menteri.. buta, pekak dan tuli bawa penipu2 ni ke muka pengadilan? Kirim salam lah wei. Tugas pak2 menteri UMNGOK potong reben, tandatangan.. buat perasmian.. pastu lalu tengah highway suh orang bagi laluan. Bila nk PRU baru tunjuk muka..konon bela nasib rakyat.

      16

      0
      • Anakonda says:

        Kenapa orang Melayu byk yg bodoh infiniti dan bodoh abadi?

        1)Melabur RM200 boleh dapat pulangan 2 juta
        2)Sapu krim 3 hari kat perut,turun 30 kilo berat badan
        3)Masuk skim bela lembu,lintah,kura-kura,labur RM1K dapat dividen RM500 setiap bulan.
        4)Baca surah itu ini begitu begini,Allah akan hapuskan hutang piutang
        5)Baca doa itu ini,anak boleh berjaya score exam(tapi belajar malas)

        33

        0
        • Anonymous says:

          jual kolagen, pil cerah gebu mulus, pil kuat seks, sabun papaya, sabun cuci faraj…takde?

          7

          0
        • makan pisang lagi selamat tau says:

          betul ke faraj mesti dicuci dengan sabun cuci faraj? basuh dengan air paip je tak cukup ke? dalam sabun tu ada khasiat apa erk? takde bahan kimia toksik ke dalam sabun tu?

          4

          0
        • Pontianak Menjerit says:

          sabun tu khas..lembut dan wangi. xbyk chemical. ko try pakai clorox tengok..nyaman ke idok rasa cipet ko???

          1

          0
      • Anonymous says:

        6)Rumah banglo harga 50K,bayar deposit 10K,nanti kita buat SNP.Bayar deposit dulu.Kemudian kena tipu menangis tak berlagu.
        7)Pakai jubah serban je baik,pakai tudung labuh je baik.Boleh sebut Alhamdulillah,Subhanallah,Insyaallah..semua dah kira Islamik.
        8)Cakap org agama semua betul,semua tak boleh bangkang.
        9)Bila kritik skit cakap org2 melayu dengki.
        10)Padahal..Melayu lah yg merosakkan Melayu sendiri.

        20

        1
    • Indon says:

      Patutnya mangsa2 tu saman aja si Boyot dan kerajaan Msia. X perlu guna PDRM pon. Kalau kerajaan dah haramkan skim karut ponzi, piramid ni…benda ni xkn jadi la. Ni semua propa nk sedatkn hati masyarakat. Kementerian Perumahan buat apa? Besok tlepas… buat lagi. Xkan selesai…yg kenyang jerung2 besar kt atas. Undang2 Msia …undang2 koboi. Lucu.

      2

      1
      • mengecapi bahagia selagi hayat ada says:

        ada pihak pelobi yang tak mahu skim karut ponzi ni diharamkan secara mendadak.. biar slow-slow supaya bukan semua jerung-jerung besar melingkup maksudnya ada jugak jerung malang yang dilingkupkan, dalam masa yang sama ada jerung yang bertuah berbahagia terus menipu orang.. kita bukannya hidup dalam dunia yang utopia.. bukan semua yang kita nak, kita dapat kecapi.

        1

        0
    • fakta rakyat says:

      datuk anggun ni mmg spesies boy iman belon.. try check anggun ni ahli umno ke tidak sbb boy iman belon tu ahli umno.. klu menipu, kaki kelepet duit ni xsah klu bkn umno

      3

      2
  2. Anonymous says:

    najib tipu 30 juta rakyat msia pun boleh lepas, setakat si boroi ni..apalah sangat kan?

    8

    1
  3. Cili says:

    Boy Iman skrg sdg buat road tour satu Malaysia…besok lepas mcm tu je sbb xde bukti. Wayang sgt Msia ni…

    7

    1
    • boboyot buat kajian apa itu lokap says:

      dah macam jelajah malaysia lumba basikal pun ada. ziarah lokap di hampir setiap negeri dalam malaysia ni.. datuk boy iman makan apa dalam lokap? apa aktiviti datuk boy iman dalam lokap?? beriadah??

      2

      0
  4. Anonymous says:

    membayangkan balasan nya sgt mengerikan..baik dunia apetah lg akhirat nnt..
    Allah betul2 dah gelakkan hati dia..tak rasa bersalah lansung makan duit org..teringat makcik2 tu menangis mengenangkan duit dorang..mudah bercakap dah xde rezeki,siapa suruh percaya apa semua..tp nak melalui semua tu andai kata itu la jumlah duit yg mereka ada and kumpul bersusah payah selama ni..berat..perit..
    Doa org teraniaya makbul.

    6

    0
    • Anonymous says:

      nak tunggu akhirat…sampai mereput la. sebab tu la msia ni byk penyangak2. sebab semua dok tunggu akhirat. pfttt

      6

      0
  5. Cucu UMNO says:

    anda ingat, anda akan terlepas mcm tu je, skrg ni SPRM tengah sibuk cari bukti 1.6 billion punya kes projek di Sabah. Anda jgn tidur lena, harap SPRM tolonglah org2 yg teraniyai tu.
    SPRM tolonglah siasat properly, lambat x mengapa, asalkan dpt bukti kukuh dn di sabitkn kesalahan.
    Kalau SPRM dn kerajaan tidak mahu menyelesaikan kes2 ni, kami penyokong tegar UMNO dri dulu akan berpaling tadah dn amat setuju jika Lim Kit Siang jadi PM.

    2

    3
  6. suci says:

    Ya Allah kau kabulkan doa ku………………….Berilah pembalasan pada mereka yang menginayai orang lain…………..AMIN YA Rabul alamiiinnnn

    12

    0
  7. Anonymous says:

    alah…ni semua propa…si
    sharizat jalil menteri lembu umngok pun boleh lagi ada kementerian sendiri.

    3

    3
  8. Anonymous says:

    Nk jatuhkn hukum bkn semudah 1 2 3..mkn masa la..m’sia oh negaraku..

    1

    0
  9. bukan budak baik says:

    btol la xde bukti..
    angreement yg dieorg sain pn xtau ape isi kndungan..
    kene amek mase nk siasat..
    sbb tkot tipu sama tipu..
    wallahualam..
    semoga kebenaran akan muncul dan pihak yang benar akan menang..

    5

    0
    • derma says:

      Yg hairannya nape akta bank negara x amik tindakan kalau boyot ni amik & kumpul duit bkn institusi kewangan? itulh yg ragu..ditakuti agreement tu bntk sumbangan duit je kot..tu yg ssh nk buktikn salah..yelh boyot ni pun byk ilmu dlm bab ni..hai..hai

      5

      0
      • penipu menipu supaya tidak ditipu says:

        harus ada ilmu untuk menipu supaya tidak ditipu.. ilmu kelentong tunggang terbalik putar alam belit macam ular.. dijangka ramai lagi yang berminat nak jadi penipu macam datuk boy iman.. adakah datuk boy iman berasa bangga menjadi idola kepada bakal penipu??

        1

        0
  10. Anonymous says:

    SPRM sedang tidur gamaknya…hihihiks

    0

    1
  11. Anonymous says:

    dah dekat sebulan dah….apa pun tarak.
    drama dan wayang je lebih.
    besok keluar bertambah gendut.

    2

    0
  12. melati says:

    Baik saya duduk Bulan…tak payah bayar GST , segala hmmmmmm

    1

    2
  13. Mee Hooon says:

    apa cerita org yg siasat dia punya datok tu. Tarik je la balik apa yg dia dpt tu. ntah dia dapat ke beli ke. kenapa lambat sgt undang2 mesia ni..what the hell

    sumpah aku tak puas hati dgn si belon gemok ni la

    3

    0
  14. wekkkkkkk says:

    tapi x apa la, walaupun dia direhatkn sekejap dari tawaf, nnti ada lah tu kena tawaf lagi. Sekurang2 nya org ramai yg belum terkena akan berwaspada pada nama Boy Iman ni. Mesti lingkup terus lepas ni, mana ada org percaya lagi. Tak mengapalah, kalau di bebaskan. Ada hikmat kejadian ini supaya org tidak akan trtipu lagi. Wang yg dia ada skrg pun nth ada ke x ada. Kalau ada pun mana dia mau gunakan. Simpan dulu, takut2 akan kena denda byr denda. Kalau mau pegi luar negara pun , mana mau lari, bumi Malaysia ni bumi hujan batu, hujan batu ni jugak kamu ingat dn balik.
    Kita tunggg ujelah.

    3

    0
  15. alfie says:

    Nampak nya nasib si Boy Boroi ni nak jadi sama dengan si Jamal Jamban. Selepas di tangkap dan direman oleh polis beberapa kali si Jamal Jamban ni jadi Datuk Seri pulak !!!!

    2

    0
  16. melati says:

    Aduiiii …Malaysia ku , dh macam Cerita Hindustan

    1

    1
  17. ohyeah.. says:

    boy2 dh tk direman baru berani pandang camera!

    jgn nk suka sgt boy2.

    jap lagi kena angkut

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Datuk beli raja tak campur sbb raja pun kau sambung….

    0

    0
  19. kalaudahbodohtutanya says:

    Haiyo tau la ni blog entertainment tapi nara pun buat la homework sikit dan ckp ikut fakta. Boy ni lepas dari reman sebab dia di bawa kehulu kehilir satu Malaysia untuk siasatan, tapi prinsip reman ialah untuk menyoal dalam tempoh 48 jam, (boleh extend tempoh dgn kebenaran mahkamah). So polis2 dari negeri lain patut pegi dkt tempat boy ditahan untuk buat siasatan. Logik la jugak, dah tau dia kat satu tempat, turun jelah buat siasatan kat situ.

    Lagi satu, terlepas reman ni bukan terlepas dari tuduhan atau dah dibuktikan tak bersalah. Boy ni masih kena pegi ke mahkamah untuk buat perbicaraan sampailah hukuman dijatuhkan. Tolong lah jgn kepala otak tu cetek sgt netizens ni terus nak menyumpah seranah walhal diri sendiri tak faham prosedur undang2.

    0

    0
    • rimasdenganorangsukamislead says:

      Prinsip reman tu apabila siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam. jgn la mislead orang. haish..anyway, ni baru proses siasatan, nnt bila kertas siasatan dah lengkap bawa kepada timbalan pendakwaraya untuk izin tuduh. dia dilepaskan mungkin sebab majistret tu berpandangan dah takde alasan untuk pihak polis tahan lanjut si boy ni. tolongla komen dgn ilmu, jgn ikut syok sendiri je.

      0

      0
  20. kasihan says:

    yang aku tak faham dah tahu dia jual harga tak logik kenapa beli juga. kaji selidik la dulu. jgn asal tengok harga murah je. duit ssh nak cari tp nak biskan dalam 1min pn boleh. lps ni kalau ada juga yg nak beli juga, aku tak tau la nk cakap apa dh.

    0

    0

Leave a Comment

Optional