Written by AbangNara | January 16th, 2015

Selalu kalau bercerita mengenai rumahtangga selebriti, mesti bab-bab gaduh, cerai berai ataupun kewujudan orang ketiga. Jarang Abang Nara jumpa suami isteri saling memuji dan melahirkan rasa terharu dengan pasangan masing-masing. Kalau sebelum ini kata-kata semangat daripada Umie Aida kepada suaminya telah mendapat perhatian ramai, kali ini permohonan maaf yang dilakukan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan turut sama menyentuh perasaan Abang Nara.

umie aida

Seperti yang kita sedia maklum, unit ‘penthouse’ milik Datuk Khairuddin yang dihadiahkan kepada Umie Aida sempena perkahwinan mereka telah pun dilelong pada harga RM2.1 juta baru-baru ini. Pastinya perkara ini sedikit sebanyak menyedihkan mereka berdua. Namun Datuk Khairuddin telah pun membuat permohonan maaf dan kata-kata yang digunakan amat mengharukan. Kata beliau:-

Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.

Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan.

umie aida

Sebelum ini Umie telah memaklumkan yang dia akan sentiasa berada di belakang suaminya walau apa jua rintangan yang mendatang. Bagi Abang Nara, pasangan suami ini sangat sweet, tabah dan jelas memahami serta menghargai pengorbanan masing-masing. Semoga ia berkekalan sehingga bila-bila. Sama-samalah kita doakan. Amin. Sumber Astro Awani.
makeover

P.S: Waaah~~ Kagum Abang Nara melihat video bagaimana MisClaire menukar seorang wanita berbadan besar untuk tampil lebih jelita, yakin dan menawan. Terbuktilah yang setiap kaum Hawa boleh kelihatan menarik jika kena fesyennya. Nak dapat makeover seperti wanita di dalam video di atas? Layari laman web www.misclaire.com, LIKE Facebook MisClaire dan follow Instagram MisClaire untuk mengetahui tarikh makeover seterusnya. Anda mungkin akan menjadi pemenang bertuah yang seterusnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Permohonan Maaf Si Suami Kepada Umie Aida Ini Amat Menyentuh Hati

  1. kak non purple bercuti ke burma says:

    hanez u setabah umie x klu abg romie bankrap?

    0

    0
    • der says:

      baguslah umie,,selama ni dah puas kau joli ngan duit abang kau tu. kena lah kenang jasa sikit. kau minta cerai pun belum tentu ada jantan lain nak kat kau.

      0

      0
      • tabah la sgt says:

        ada wayang kulit la dato k umie isytihar muflis..dato ni kaya lagi,xde mkna umie nk tabah oiiii..

        0

        0
        • Yahudi says:

          kwn i told me yg berita rumah diorng kena lelong msk buletin utama ? adakah di “highlight” kerna dia mengutuk seseorang ?

          0

          0
    • Apa-apa says:

      “A woman is challenge when her man has nothing, Man is challenge when he have everything”

      0

      0
      • anon says:

        “A woman’s loyalty is tested when her man has nothing. A man’s loyalty is tested when he has everything…”…
        Tabahkan hati ummie…. Hidup ni ibarat roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah. Even billionaire pun pernah bangkrap…

        0

        0
    • minah jambu pink says:

      tak kena tngal ngan umie eeeee dh kire bagos huh !!

      0

      0
    • minah jambu pink says:

      sebelom bankrap beli ape2 yg patut barang yg mahal2 jadi kalau bankrap tk lah sedih sangat pasal ape yg kite idamkn dh dapattttttt tol takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ? jadi bini pon nk kena pandaiiiiiii jangan sampai laki permainkn atau membohongi kite n jangan sampai laki krotok ngan kiteeeeee …!

      0

      0
  2. cikikaka says:

    ketawa bersama, menangis bersama…
    ku bersumpah harap kita mati pun bersama..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    AMAT MENYENTUH HATI KE…. TAK LAH.. NORMAL LA .. ITU NAMANYE PENGORBANAN.. ABG NARA NI LEBIH2 KOT..

    0

    0
    • apa punya turr says:

      Setuju.. tak menyentuh hati ponnnn.. Apa-apa pun muka suami umi nie serabut jer aku nengok..

      0

      0
  4. HAMBA ALLAH says:

    ALHAMDULLILAH. BEGITU LAH HENDAK NYA SEBAGAI SUAMI ISTERI YANG SALING LENGKAP MELENGKAPI. BILA SUAMI TIDAK PUNYAI APA2 SI ISTERI MASIH KUAT DI BELAKANG SUAMI DAN BEGITU JUGA LAH SEBALIK NYA. SEMOGA PERIT GENTIR YANG DILALUI INI AKAN ALLAH GANTIKAN DENGAN KEBAHAGIAAN YANG BERGANDA2. AAMIIN YA ROBB.

    0

    0
  5. Aaisyah says:

    Tak mustahil suami umi aida ni masih ada harta lagi,mungkin kena istihar muflis tu adalah satu ‘wayang’ org2 kaya/org2 politik.Lainlah kalau kita org biasa ni diistihar muflis,memang tinggal sehelai sepinggang je la..Muflis org2 kaya & org biasa ni tak sama.

    0

    0
    • hmmm says:

      betul, muflis org kaya dia masih boleh jalan2, makan sedap, ada harta lagi. tapi maruah di mana? kalau takat org kampung muflis siapa peduli, kalau org kaya muflis?hari raya pun segan nak bertandang,,

      0

      0
    • ODFN says:

      so true!!

      0

      0
  6. rita says:

    wanita diuji ketika lelaki tak mempunyai ape-ape pon. harap umie tabah dan setia walaupon suami muflis dan tgh susah sekarang nie.

    0

    0
  7. org kampung says:

    Orang kampung klo muflis mkn ikan bilis jewww…org kaya klo muflis still boleh g jln2 mkn kat hotel…

    0

    0
  8. Qu Puteh says:

    Bersama susah dan senang…Harap2 ksh syg bertambah kuat

    0

    0
  9. Romie Soraya says:

    Hanez Soaraya akan stay dengan romie kah kalau romie bankrap??Ke cepat-cepat angkat punggung??

    0

    0
  10. ani says:

    org2 yg komen ni suma nak tunjuk pandai!biar la dia dan suami nak selesaikan masalah diaorg.mcm la korang blh jangka yg kehidupan korang akan sentiasa perfecto.nyampah.

    0

    0
  11. encik plow says:

    takpe la.

    at least..dah mintak maaf.

    janji tak gaduh-gaduh sudah la.

    0

    0
  12. Hello. says:

    kan dia buat report against 1MDB. skrg kena attack kaw kaw dgn UMNO members. mungkin ni salah satu attack agaknya.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Jgn suka menuduh. Muflis pun keja UMNO jg. Dah dia hutang x nak bayar, mestilah bank akan ambil tindakan. So, peringatan juga kpd semua. klu berhutang mesti kena lunaskan. Islam pun arahkan kita buat mcm tu.

    0

    0