Written by Bella | June 14th, 2017

Tentu anda semua tahu pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud ataupun lebih mesra dengan panggilan Ogy sangat aktif dalam perniagaan “Sambal Goreng Saadiah” yang laris.

Walaubagaiamanapun, semalam ada individu yang cuba menabur fitnah dan mempertikaikan perniagaan beliau.  Katanya, orang ramai kalau boleh elakkan dari makan makanan air tangan artis dan turut menamakan sambal yang dijual Ogy sebagai sambal bodoh.

Ogy akui beliau terkejut menerima komen biadap tesebut  kerana perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saya langsung tidak kenal siapa dia, kenapa dia bertindak menghina, memfitnah dan cuba untuk menabur pasir dalam ‘periuk nasi’ saya? Dia pernah ke nampak saya ‘mengangkang’ sana sini masa saya muda-muda dulu?  Saya tahu akaun tersebut palsu dan digunakan untuk menghentam saya.

Namun saya terpanggil untuk berkongsi entri tersebut sekadar mahu menyedarkan netizen kalaupun ada yang bencikan saya sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah bulan penuh mulia ini.

Ini mungkin salah satu cabaran buat kak Ogy dalam perniagaan. Memang akan ada pihak yang mempunyai sifat hasad dengki apabila melihat seseorang itu berjaya. Apa-apa pun, kami puji kak Ogy yang masih boleh bersabar menghadapi fitnah seperti ini.

Sumber Berita : mStar Online

26 responses to Perlu Ke Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Saya, Pernah Nampak Saya “Mengangkang” Masa Muda Dulu? – Ogy Ahmad Daud

  1. hamba allah says:

    Issh geram pulak… biar la dia nak niaga apa pun… tak nak beli sudah… tak yah nak ngta mcm tu.. sekurang2 dia tak mintak duit kau..

    55

    0
    • Anonymous says:

      pedulikan org busuk hati mcm tu. lambat laun dia dapat lah balasan memfitnah org. semoga ogy sukses…

      21

      0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      orang malayu skarang macm sial ! suka sangat menyakitkn hati orang buat orang marah n menfitnah orang…! ape masalah orang tu yg sebenar nye ?? dia mental ke ? atau ada sakit lain ? kalau tk suka ogy pon kenape mesti nak cakap macm gitu dlm bulan yg mulia di bulan ramadan ni ???? mesti ini orang keturunan anak sun kacang dal ni kan !!! mulot macm cibailoka huh !!! sangup nak tutop orang punye periok nasi! ini orang mesti harapkn duit dari kerajaan aje tknk n tk berkeja tu pasal dia jeles kemajuan orang lain n tak boleh tengok orang senang n maju….! ini lah dia prangai malayu pastu nak salahkn dunia itu la dunia ini la padahal padahal padahal…

      7

      0
  2. Mamy Fa.. says:

    kenapa cakap macam tu… kalau tak suka jangan tengok, yang nk tambah dosa tu kenapa?

    18

    0
  3. Kuih Sepit says:

    Kak Ogy, walau pun saya tak minat kat akak tapi saya cadangkan akak buat laporan kat SKMM dan laporan polis kerana memfitnah dan menghina. Diorang boleh kesan alamat orang ni melalui id / profile dia. Kasi ajar sikit manusia tak beradab ni

    28

    0
    • Pekerja Gomen says:

      kuih sepit… aku tak rasa la SKMM nak layan aduan mcm tu…
      Yang mengutuk Najib pun tak habis carik id nyer
      Skang mengutuk Menteri samseng tempoyak plak…
      Fitnah mengfitnah ni biasa dh kat internet..
      Alangkan si Fasha fitnah ND pasal isu Jakel pun… bertahun nak tunggu bicara

      9

      0
      • Scooby says:

        Sapa kata tak layan. Budak opis aku baru kena angkut PC dan henpon sebab disyaki bagi komen fitnah kat company. Setakat komen kau pekerja gomen, diorang boleh check traffic Beautifulnara ni dan angkut kau bila2 masa. Sekali bukan pekerja gomen pun tapi teringin keje gomen tak dapat.

        7

        0
  4. Yun says:

    Teruknya bahasa…berdendam ke…saya mmg x minat ogy tapi kutukan mcm ni too much…cm kau je msuk syurga org lain calon neraka…

    13

    1
    • Anonymous says:

      memang betul too much.menakutkan la melayu sekarang ni.aku tak la suka sangat kak ogy & bukan alim tapi tak payah la sampai teruk sangat bahasa tu.nampak sangat hati hitam dan penuh dengki.padahal berniaga sambal aje

      8

      0
  5. Anonymous says:

    budak tu jenis puak lebai pas yang suka menghina manusia yang kembali ke jalan Allah.

    1

    2
  6. Yg Mengharap says:

    muhasabah diri jer

    0

    0
  7. wekkkkkkk says:

    buat kak kak Ogy..cari je org mlut lonkgn dn hati hitam ni No.Pendaftran dia…apa ssh, skrg ni, kan kita kena berdftar semua identiti…cari je Kak Ogy….ini fitnah, meruntuhkan niage org melayu…dia nk melayu ssh, sebagaimana org tu pun dh ssh skrg..buat report..biar dia x sng duduk dn x leh tidur…

    1

    0
  8. aina says:

    knp makin ramai manusia mcm ni? kenapa perlu sampai keluarkan kata2 yg xda moral mcm tu.. mcm org xda pegangan agama ja

    4

    0
  9. melati says:

    Selalu nya kaki Fitnah ni org yg pakai Kete tayar terkankang jewww..!!

    2

    1
  10. Anonymous says:

    fauziah ahmad daud ni cantik sgt masa muda..

    kalau lah dia bleh maintain cantik dn classy..

    5

    0
    • c says:

      cantik, cute dan manis masa muda..x apalah, semua kita akan lalui, sbb dlm hidup kita pun ada bbagai2 makanan yg dijamah, dri makanan itulh mmbntuk diri kita..btul x.
      harap boleh hidup lama, sihat, boleh bjalan sndiri tanpa bntuan org lain.

      2

      0
  11. alia says:

    sakit jiwa….nk kacau rezeki org ….ni lah dikatakan hati busuk perut…kak ogy jgn dilayan sikap org mcm ni

    3

    0
  12. Maria Y says:

    tak baik sungguh mengata org mcm tu..yg mengutuk ni jual sambal sambal jugak ke apa? aku tak pernah peduli apa product artist jual..aku pun masuk sini sesekali bila bosan..nama artist pun 98% aku tak kenal..tapi kak Ogy aku kenal laa..artist legend ni kat Msia..dan kebetulannya aku tertengok tu hari Sheila Rosli panggil Kak Ogy rancangan masak2 bulan ramadhan, tajuk aku lupa..tgk Kak Ogy masak mihun berkuah spore kalau tak silap mmg tahu Kak Ogy tu reti masak..dia pun siap bagi penerangan serba sedikit ttg apa boleh diguna, apa bahan ganti kalau itu dan ini tak ada..so, kalau Kak Ogy jual sambal goreng aku rasa insyaAllah la rasanya kot..ni pun aku baru tahu Kak Ogy meniaga sambal ramadhan ni..Apapun, aku harap Kak Ogy tak payah peduli org2 mulut hati busuk mcm Ezaieyda ni..nampak sgt dia takde kerja nak buat, serta tension sbb sales Kak Ogy meroket kot? Mengangkang ke apa ke, takde kaitan dgn masakan..Hatta seorang bapa yg mengambil duit rasuah dan menggunakan duit itu utk membeli nasi anak isterinya sekalipun, ianya tidak haram dimakan kerana ianya tggjawab bapa utk memberi makan anak isteri, TAPI DOSA MELAKUKAN RASUAH ITU TETAP ADA ANTARA SI BAPA DGN ALLAH, DENGAN ORG YG DIANIAYA..jd dimana logic saranan Ezaieyda ini? Mungkin perlu bykkan membaca dan belajar agama. Kak Ogy, keep up with whatever u do and happy selling :)

    5

    0
  13. Anonymous says:

    Wahhh..tahniah kak Ogy,semoga berjaya.dan dah dapat peminat baru bertambah ramai.gara2 hinaan yg kak Ogy upload tu.

    1

    0
  14. Anonymous says:

    alahai. dulu ko kecam org , kecam single mom elly mazlien yg time tu baru nak start balik nyanyi untuk support perut die. skrg org kecam ko, tau lak melatah

    3

    4
  15. Anonymous says:

    Ogy. Klu yang jeles tu dah guna bahasa tak sopan so you tak payah la repeat perkataan …”meng ..,,,,,,,” tu. Dan Nara pun topik tu ganti la perkataan dengan dot dot dot jer. Ogy, Biar la apa orang nk kata. You know you are doing business yang halal dan ada regular customer cos it is delicious. So leave it. Tak usah layan. Salam Kemaafan

    2

    0
  16. sheila says:

    Business Ogy memang halal..tp utk kak Ogy..saya nak nasihat, ya…klu org atau peminat komen apa2 yg baik kenalah terima..demi memperbaiki hasil atau mutu kerja atau perniagaan.

    Seperti bagaimana Ogy selalu sebut ..nasihat dan kritikan itu demi utk kebaikan artis2baru dan masa depan. Kritikan membina..gitu

    1

    2
  17. cc says:

    Anggaplah di bulan puasa ini..sebagai ujian utk meraih pahala yang besar utk Ogy.
    Byk kan bersabar dan beristifar..ok..Selamat berpuasa..Ogy..jgn cepat marah.

    0

    0
  18. Yekeni says:

    Dia jual sambal goreng di msia rm50… tapi di sg sgd30! That’s rm90+! Sambal goreng pengantin sgd12 lebih banyak dari dia punya. Just bcoz she’s a celebrity she letak harga so high? I don’t support suckers!

    500g rm50
    700g rm90?
    Maths fail!

    1

    0

Leave a Comment

Optional