Written by AbangNara | October 11th, 2017

Sebagai seorang lelaki, Abang Nara mempunyai hobi tersendiri. Hobi Abang Nara adalah bermain permainan video di komputer (Dota 2). Sejak dari zaman belajar dulu memang Abang Nara dah mempunyai hobi ini. Jadi memang susah nak tinggalkan. Alhamdulillah bini Abang Nara tak adalah nak marah bila diri ini main Dota 2. Yang penting Abang Nara tahu tanggungjawab mandikan anak, main dengan anak-anak, tidurkan anak terlebih dahulu dan sebagainya sebelum mula main game. Sebab itulah Abang Nara tertarik membaca satu status dari Hanis Zalikha tentang “suami dan hobi” yang menjadi viral baru-baru ini.

hanis zalikha
Semuanya bermula apabila seorang peminat Hanis Zalikha telah menghantar soalan bertanya “bagaimana Hanis boleh bersetuju dengan hobi suaminya yang suka memancing sampai berhari-hari tak balik rumah”. Satu persoalan yang valid dan wajar. Iyerlah mesti Hanis penat nak menjaga dan menguruskan hal rumahtangga termasuk anak seorang diri tanpa suami di sisi.

hanis zalikha

Apa pun jawapan yang diberikan oleh Hanis Zalikha amat menarik sekali. Tulis Hanis:-

I get this question a lot ? Suami & hobi.
/
Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.
/
Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang ? Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).
/
Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak ?).
/
You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.
/
InsyaAllah.

hanis zalikha

Abang Nara setuju 100% dengan pendapat Hanis Zalikha. Secara jujurnya masalah hanya timbul bila lelaki itu tak tahu nak tolong bantu isteri apabila berada di rumah. Nak buat hobi anda suka hatilah, namun bila family time, kena beri tumpuan 100%. Janganlah buat-buat malas, tidur je sepanjang hari dan tak tolong jaga anak. Toleransi dan kerjasama amatlah penting. Apa pun, menarik juga membaca perkongsian para peminat Hanis Zalikha yang sudi berkongsi pengalaman mereka tentang perkara ini.

hanis zalikha

hanis zalikha

hanis zalikha

Apa pun sebagai ketua keluarga, janganlah sampai gilakan hobi anda dan mengabaikan keluarga. Family adalah perkara paling utama. Hobi itu perkara kedua. Kalau isteri tak benarkan, mesti ada sebabnya. Bincang elok-elok. Perkahwinan ini adalah satu kehidupan yang memerlukan toleransi, kerjasama dan kata sepakat. Jangan tak dapat buat hobi terus merajuk atau cakap bini tak memahami. Apa kata sekali sekala anda cuba memahami hati isteri anda pula. Tak gitu? Apa kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Perkongsian Hanis Zalikha Tentang “Suami & Hobi” Ini Telah Menjadi Viral Di Laman Sosial

  1. miamore says:

    please lah…sebab tu melayu sukar maju. laki org pergi memancing pun nak tanya mcm soalan upsr. kalau cina tentu dia akan tanya ” apa bisnes lu punya hubby sampai boleh travel around the world’?

    35

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      kenape suka jaga laki orang ni ????? ape laki orang punye hobi pon nak kena kontrol dengan orang lain ke ???? skarang bini nak kena dengar cakap orang lain la eh jangan kasi laki gi pancing gitu ???? jaga hati orang lain lebih baik dari jaga hati laki gtu eh ???

      1

      0
    • Huhuhu says:

      Penting sangatkah si ketiak hitam ini dalam kehidupan?
      Layak sangatkah dia nk bgi nasihat rumah tangga?
      Dia sorang ja ka yg rumahtangga bahagia?
      Suami dia ja ka yg ad hobi?
      Kesimpulannya abang nara kipas susah mati h.zalikha yg perasan bagus speaking pon bajet.

      5

      1
  2. nimahattaf says:

    x salah pun mancing…tp sesape yg husband mancing sampai kat thailand tu…ehm..
    paham2 je la…

    Gi buat HIV test cpt2…

    16

    0
    • kepochisgt says:

      nokkk aku baru nak cakap…hahhaha lagi2 isteri ni ade naluri kuat rase xsdp hati kalo laki buat hal..si ummi tu dia resah sbb sebenarnya laki dia…………..ok sila sambung :p

      0

      0
  3. han says:

    sebenarnya isteri tak kisah pun suami nk layan hobi dia tu..yang penting tinggalkan duit yang cukup untuk isteri dan anak2..nie tak..sanggup berhabis duit layan hobi..nafkah isteri tak bagi..nk jaga anak lagi..nak berjimat lagi..mana tak sakit hati..bile dah kawin nie..nk berhobi tu boleh..tp jgn abai tanggungjawab..biasa suami yang tak abai tangungjawab nie isteri die ok je suami nk mancing ke nk ride ke..tp anak isteri kena ikat perut..suami seronok berjoli..memang bergaduh la..

    32

    0
  4. melati says:

    Biasa lah lelaki , kalau Bini kurang pendapatan (Tk Kaya)…mesti lah di abaikan..!! cuba abaikan Che Ta @ Che Ti…wakakakakakaaa

    6

    1
  5. Datin Blue says:

    Kelakar la plak BN up ni sebagai gosip. Tapi aku setuju je apa keknis ni cakap. Selagi pasangan involve jaga anak, bagi nafkah, dan hormat “me-time” masing2, takde hal nk teruskan hobi masing2. Tapi kalau lama sangat bersuka ria sedangkan aku sesorang jaga anak yg hyper kt rumah, tak aci laaa…

    8

    0
  6. Anonymous says:

    laki ada hobi bagus. tp pastikan hobi tak memudaratkan. ye lah..dah kalau asyik sgt lyn hobi sampai terabai bini anak tak boleh jg. yg penting rs bertanggungjawab tu harus tinggi. bila tinggi, dia akan utamakan jg bini anak.

    4

    0
  7. hobi hobi says:

    Bila dh kahwin on the sport jadual hidup dh berubah 360° trmasuklh hobi..yg penting suami/isteri ada tanggungjwb yg wajib didulukn..,hobi yg brfaedah ok mbantu..yg x brfaedah lupakn lh..cari hobi baru..

    2

    0
  8. Anonymous says:

    alaaaaa..kawen baru setaon dua…x yah nk komen gud2 sgt la hanis oiiiiii…

    27

    2
    • minah jambu say NO to drugs says:

      hanis ni dia macm eksen bagos sangat la nak cakap laki dia itu la ini la..ape bagos n baik sangat ke laki dia ???

      5

      1
  9. Kak belum jadi hantu says:

    Haah betul jugak. Teringat aku pada Amelina dulu2 masa mula2 kawin siap dijemput rangkaian tv utk bagi petua bahagia. Dia pun explain la bla..bla..bla.itu ini..jangan..boleh..ok bla..bla.. Betullah…10 tahun kawin pun belum tentu..

    7

    0
  10. Not impressed at all says:

    seriously ini pun nak viral? *yawn*

    11

    0
  11. payung emas gred c says:

    Hati2 lh keknis ooii..dulu abg kak gitu jgk hobinya mmancing x balik 3-4ari..last last dia mmancing tul dpt ikan besar..ikan duyung dik..yg sama hobi katanya..dh setahun kahwin dia..kak baru tau. redha x redha kuasa talak dtgn suami..

    8

    0
  12. makcik says:

    anak sorang je kot, makcik anak 4 kena tinggal somi, okey boleh jaga anak. bini zaman sekarang kebanyakan tak tahu nak berdikari semua nak harap somi. esok lusa bila kena tinggal suami sedih.

    3

    2
    • wekkkkkkk says:

      bila dh kena tinggal suami, lepas tu berdikari, then x tahan sbb ssh, last2 sanggup amek laki org jugak..kihkihkih.
      Sbb tu pompuan kalau suami tu agak2 kurang byk gajinya, tolonglah berdikari jugk utk cri duit sendiri, jika somi cari lain, kitapun jadi wanita independant…ada gk gaji dn dpt duit. Jadi kena berdikari sendiri lebih pntg…lainlh kalau suami tu dh mmg kaya raya dn ada sikat sendiri.
      Tapikan, kalau kita ada duit, mulalah somi tu nkm kurangkan nafkah.

      4

      0
    • greenfingers says:

      Makcik, mcm terbalik je bila makcik ckp bini zaman skang kebanyakan xtahu berdikari? Bini dulu ye bergantung pd suami sb xrmi bekerja cari duit mcm bini skang. Bini skang yg cari duit, even surirumah skang pon dh pndi buat duit part time smbil jaga anak. Rata2 bini skang boleh drive. itu yg suami zmn skang rata2 naik lemak sb sume bini dia pndi buat.

      3

      0
  13. Anonymous says:

    Tunggulah lagi 5 thn ..

    0

    0
  14. wekkkkkkk says:

    ya mmg di akui, mmncing buat kita lupa semua bende..tambahan lagi jika pancing asik “mengena” je. Aku pun hanyut jugak..x kisah lah panas, janji puas hati. Tapi biasanya kn..ikan waktu pagi2 kul 7.30am-10am tu ikan lapar. Lpas tu kul 4pm-7pm..masa tu pun ikan lapar.
    Org yg mmncing je yg fhm dn tau cara nk goda ikan. Kalau x tau goda ikan, alamak mengantuk lah.
    Tapi jgn sesekali suka nk mncing yg di suruh pncing di taman2..pesta pncing..itu ikannya dh di bagi mkn semalam puas2 oleh penganjur, so masa pesta mmncing tu berlangsung, ikan dh kenyang…good bye ikan kata.

    3

    0
  15. kaki tabur says:

    netizen tak payah sibuk la….soalan tanya macam penting sangat…
    get a life la..

    3

    1
    • serene says:

      l think she is the one who should get a life. Dia ingat dia popular sngt ke? Takyah nak upload apa2 pun psl keluarga dia, mcm lah penting sngt. Dia org ni artis ke apa?? Nobody gives a damn about them, gi berambus !! wat semak je kat sini..

      12

      0
  16. anon says:

    Relevan ke siar kesah dua ekor yg tak popular ni???? Who cares????/

    6

    0
  17. hazelnut says:

    Sape lah dia org ni sibuk sangat nak upload psl hobi laki dia, ada org kesah ke?

    3

    0
  18. saya orang biasa says:

    laki tak de.tp bibik ada bole tolog dia Jaga anak.apa Ada hal.lain la Kita sume buat sendiri.

    0

    0
  19. Anonymous says:

    hahahaha….lucu buanget deh….. kawin setahun dua masih bleh compromise lagi lah.. tunggu 5 tahun ke atas… anak dah bertambah…. hobby ntah kemana suami ntah kemana… annoyed juga suami nak kluar rumah jerr…. nak buat anak seronok lah.. sudah nak jaga.. ehhh purak2 pengsan daaa…

    0

    0

Leave a Comment

Optional