Perkahwinan Hafiz Hamidun & Joy Revfa Bermasalah?

Hiburan

Perkahwinan Hafiz Hamidun & Joy Revfa Bermasalah?

Baru sahaja bersatu sebagai suami isteri pada Mei lalu, kini desas-desus keretakan rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sudah mula kedengaran. Bayangan perkahwinan mereka dilanda badai mula dibincangkan selepas Joy Revfa memuat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.
joy revfaAntara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.” Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, ‘Seharusnya…lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..‘ Diminta memberi penjelasan tentang status perkahwinannya, Joy Revfa menjawab:-

Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk. Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya

Advertisement

joy revfa hafiz hamidun

Sesibuk mana pun kita mengejar kerjaya, tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang isteri tidak boleh dilupakan. Cari duit cari duit juga, perkahwinan itu harus dijaga agar sentiasa kekal segar, ceria dan mesra. Jangan abaikan tanggungjawab hanya kerana sibuk bekerja. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...