Written by serenity | October 14th, 2011

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan terhadap bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi kerana kesalahan menjadi perantara pelacuran atau ‘Mak Ayam’ melibatkan empat artis wanita, 16 tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh Utusan. Haslinda diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta.

Mereka didapati bersalah pada 4 Oktober 2000 kerana menjadi perantara pelacuran terhadap empat artis wanita (nama mereka dirahsiakan oleh mahkamah) di antara pukul 8 dan 10.30 malam, 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court (kemudian dikenali sebagai Hotel Corus), Jalan Ampang di ibu negara.

Kes mendapat liputan meluas pihak media kerana beberapa nama orang kenamaan dan artis terkenal wanita turut disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 responses to Perintah Penjara 10 Bulan Serta Merta Untuk Haslinda Kerana Menjadi ‘Mak Ayam’

  1. KK vogue says:

    x abis2 ag ke kes nie? addooii.. skg ni pun byk da agensi model yg wat mende2 bodoh ni utk kelas2 atasan… dunia oh dunia..

    0

    0
  2. nama sy siapa? says:

    siapa lah agaknye artis tu ye?

    0

    0
    • bunga kantan says:

      a’ah eh..sape 4 artis tuh? dorang tak kena tindakan ke? sama juga kan rela diri terlibat dalam maksiat..huhu..apa nak jadi..tuh dulu..agaknya skrang lagi advance kot

      0

      0
  3. yer saya says:

    x prnah la dgr kes ni..mgkin time tu sy msih kcik…
    X kn pnjara je kot mak hayam ni?..bg la sebatan..ape la undang2 m’sia ni…mne x makin rmai org wt slah..undang2 longgar..

    0

    0
  4. ismi says:

    benci betul orang yang mempergunakan tudung untuk menunjukkan imej baik di mahkamah.

    (dah tersuuzhon. haih)

    0

    0
    • hint says:

      betul, mcm bangang

      0

      0
    • Apat says:

      16 tahun dulu dia x pakai tudung sekarang ni dia pakai tudung dh so apa yg peliknya kalau dia pakai tudung kt mahkamah yang peliknya kenapa mesti sampai 16 tahun br nk settle kes ??

      0

      0
      • rain says:

        kat mesia ni kalo benda yg melibatkan vip n org2 kenamaan.. mmg akan slalu je lambat setle.. sbb byk sgt campur tgn.. last2 kambing itam laa yg jadik mangsa… tp kambing itam tu kompem laa da byk duit…

        0

        0
      • HUMMER69 says:

        ITU TANDANYER MAKAN GAJI BUTA…
        DAH NAK MASUK 2020 PUN MASIH LEMBAB BUAT KERJE!

        0

        0
      • Yusri says:

        Pelik jugak, lama betul ke ni dari zaman aku kanak-kanak riang hinggakan aku bangka riang,

        Pakai tudung yg mahal tu. Mana nak cari ibu ayam pakai tudung. Unik.

        10 bulan salah jaid ibu ayam? Mana takutnya kalau kes ni nak jadi contoh kat orang lain jangan jaid ibu ayam.

        0

        0
  5. d says:

    ms ni sy masih kecil berumur 6tahun so xtahu pasal gosip dunia artis hahaha..bang nara ce cite lebih lanjut

    0

    0
    • Midun says:

      Masa tu ak tingktn 4 mmg kecoh time tu kes ni salah sorang artis yg terlibat tu pun dh meninggal x yah laa di aibkan lg..

      0

      0
  6. redcarpet says:

    banyk2 keje kt dunia ni..MAK AYAM gk dia pilih…msti bnyk ayam sudah kena sembelih pnya dia jual…

    0

    0
  7. mak hayam says:

    sebaik i tak kene tangkap…..mak hayam hot taw disini….

    0

    0
  8. katak itam says:

    omaigot. i nak tau sape artis terlibat ek?nk sangat tauuu..plis sape2 yang tahu bley la sharekan kat sini..huhu

    0

    0
    • ucu says:

      rasanya artis tu..adik zarina zainuddin nama lyna ke ape dh lupe..sorg lagi effa ismail…lg 2 org tak igt

      1

      0
      • Kak Limah says:

        Adik Zarinah tu, dah berumahtangga dan sudah arwah pun.. inalillah..

        0

        0
        • pizza says:

          Lyana meninggal sbb apa yer? Accident? Illness?

          0

          0
        • mamasan minah jambu 24jam mengadap computer says:

          kenape sekarang baru nk jatohkn hukuman? lembab nye…

          0

          0
        • atuk says:

          IPOH – Pelakon drama, Liana Sulaiman meninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.

          Liana, 34, yang juga adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air pada pukul 10 pagi.

          Adik Liana, Hisham Lee, 30, berkata, Liana atau nama sebenarnya, Norliana Sulaiman yang menderita penyakit batuk kering setahun lalu pulang ke rumah keluarganya dua minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

          “Ketika berada di bilik air, Liana tiba-tiba menjerit meminta pertolongan.

          “Saya dan ibu (Zahura Abd. Mutalib, 55), pergi ke bilik air dan mendapati Liana muntah darah dan dalam keadaan lemah,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

          Menurutnya, dia kemudian membantu Liana keluar dari bilik air dan menghubungi ambulans. Namun sebaik pegawai perubatan sampai, Liana telah meninggal dunia.
          Liana, seorang ibu tunggal meninggalkan empat anak lelaki yang berusia antara sembilan hingga 15 tahun. Sebelum ini Liana menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

          Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kam pung Pasir Puteh di sini selepas solat Asar semalam.

          Pada 14 April 1998, Liana pernah dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpurkerana didapati bersalah terhadap dua tuduhan memberi keterangan palsu dalam per bicaraan di mahkamah.Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika menjadi saksi pendakwa dalam perbicaraan pengurus produksi sebuah sya rikat penerbitan filem, Haslinda Merican M. A. Merican dan perunding kewangan, Mohamed Amin Jamadi.

          Haslinda dan Mohamed Amin dituduh menjadi perantara kepada empat artis wanita dalam kegiatan pelacuran.

          Bagaimanapun, selepas rayuan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan membebaskan Liana.

          0

          0
        • anon says:

          pergh…atuk,surat khabar tahun ni bila ni atuk?TQ for info

          0

          0
  9. ahkak gile glam says:

    bole tk bg clue spa artis n org kenamaan yg trlibat..biar jd pengajaran…benda buruk watpe nk kalis2, kqasi terang sikit…

    sekian. teerima kasin.

    0

    0
    • aasha says:

      xde mknenye nk buat pengajaran..
      xbaik bukak aib org..kt dunia jaga aib org Allah tutup aib kte di akhirat..

      0

      0
  10. NenekPenne says:

    apa pun hukuman yang penting mereka yang terlibat tu dah insaf

    dan pada mereka yang dah meninggal tu semoga segala dosa mereka diampunkan Allah

    0

    0
  11. HoNeY bEe says:

    sape dia ni…?

    saya tak kenal pun…

    0

    0
  12. nyah says:

    sapela artis2 yg jadi mangsa tu…kesian

    0

    0
  13. kucing parsi says:

    adik zarina zainuddin?maigod..liana sulaiman rasanye nama adik dia..oh dah meninggal ke?mmm..xdela gamer sangat pun adik dia ni dulu..

    0

    0
  14. bujang says:

    Ingatkan pondan mana tadi…
    Walau dihukum penjara tapi x lepas dimahkamah akhirat nanti.
    Taubatlah…..tapi kesian dengan artis2 yg. terlibat tu…mereka masih mentah masa tu….terpedaya agaknya.

    0

    0
  15. nana says:

    adik ZARINA ZAUNIDDIN tapi asal nama dia LIANA SULAIMAN ? adik tiri ey ?

    0

    0
  16. blackberry says:

    Publication : BH-WAN
    Edition : NA
    Date : 18/07/1995
    Page Number : 02
    Headline : `Jerung’ terlepas juga ….
    Words : 451
    Byline :
    Column Name : Pandangan Delaila
    Text :

    SEPERTI biasa, perempuan juga yang kena dan perempuan juga yang bersalah.
    Perempuan yang sejak awal lagi dituduh dan kena seret ke mahkamah,
    diburu oleh krew televisyen serta jurugambar akhbar.
    Mereka terpaksa melindungi diri daripada spotlight yang terang benderang
    di peringkat nasional dan menyembunyikan muka di sebalik tubuh peguam
    sedangkan lelaki hipokrit yang bertopengkan status terhormat sebagai
    golongan berjawatan tinggi, terselamat.
    Mereka terselamat sedangkan golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab
    itu juga tidak kurang bersalah.
    Ini semuanya terjadi secara kebetulan apabila penyiasatan polis yang
    menyamar untuk membongkar kegiatan maksiat membabitkan golongan lelaki
    atasan yang mendapatkan khidmat sekumpulan artis melacur, dibocorkan oleh
    sebuah akhbar baru-baru ini.
    Setiap kali terbongkar skandal seperti ini, hanya kejahatan wanita yang
    didedahkan terlebih dahulu.
    Begitulah keadaannya baru-baru ini apabila terjadi skandal yang
    menggemparkan masyarakat baru-baru ini.
    Haslinda Merican M A Merican, seorang penerbit drama, didakwa bertindak
    sebagai ibu ayam dalam kes pelacuran.
    Beliau didakwa bertindak sebagai perantaraan bagi pelakon Norliana
    Sulaiman, 18, pengacara televisyen Zuraihan Anim, 27, Nur Kamalasari Abang
    Ashaarie, 25 dan Lateffa Hanie Mohamed, 35.
    Haslinda yang dibebaskan dengan jaminan RM15,000, didakwa mengikut
    Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.
    Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau didenda
    RM10,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.
    Skandal itu terbongkar apabila sekumpulan polis yang menyiasat kes
    menyamar sebagai lelaki ternama yang mahukan perkhidmatan seks daripada
    sekumpulan artis.
    Kes terbongkar sebelum penyiasatan selesai dan jerung-jerung besar yang
    sepatutnya terjerat sama, terlepas begitu saja.
    Seperti biasa yang tertangkap ialah gadis mentah yang tubuh mereka
    diperalatkan oleh jerung berpendidikan tinggi yang berlagak sebagai lelaki
    terhormat berjawatan tinggi pada pandangan masyarakat.
    Ketika ini sudah tentu orang ramai tertanya-tanya siapa gerangan
    `jerung-jerung gagah’ itu dan betapa bijaknya mereka kerana terlepas
    setakat ini.
    Sudah tentulah mulut jerung terbuka lebih luas mempamerkan barisan
    taring panjang lagi berkilat untuk membaham daging masak ranum di masa
    akan datang.
    Tidak sabar rasanya untuk mengetahui nama jerung-jerung terhormat yang
    mendahului senarai pelanggan.
    Selagi lelaki hipokrit seperti ini tidak didedahkan dan diaibkan di
    khalayak ramai, setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan, selagi
    itulah gadis-gadis muda yang masih mentah dari segi pemikiran serta mudah
    dikaburi kemewahan, akan menjadi mangsa. Putaran ganas itu akan berterusan
    dan wanita terus diperalatkan.
    Anehnya, mereka tidak langsung dihantui rasa bersalah oleh perbuatan
    mereka membaham gadis-gadis yang seusia dengan anak-anak mereka sendiri.
    Tidakkah jerung-jerung itu membayangkan wajah anak mereka sendiri ketika
    melakukan perbuatan terkutuk itu?
    Walau apa pun, kita menunggu dengan penuh minat episod seterusnya dalam
    drama ala jahiliyah di zaman moden ini dan berharap agar proses keadilan
    yang sebenarnya dapat berjalan lancar.
    Moga-moga jerung-jerung yang tidak layak dipanggil manusia itu, akan
    dihadap ke muka pengadilan.
    (END)

    0

    0
  17. MENTERNAK DAN MENJUAL AYAM KAMPUNG says:

    10 BULAN JE KE???????

    0

    0
  18. lulu says:

    cam bapuk je muke…

    0

    0
  19. nyah says:

    muka mak ayam ni mcm pondan tua!!

    kalau aku jadi mangsa dah lama aku belasah si mak ayam sialll tak sedar diri ni..mcm bangsat sesuka hati nak jual org!!!

    0

    0
  20. icha says:

    10 BULAN JER????????????? XBERBALOI LANSUNG!! TUNGGU BUKAN MAIN LAMA..ADEHHHH

    0

    0
  21. tasya says:

    muka cm ayam piriu…huhu

    0

    0
  22. along says:

    kita semua jgn risau……….walaupun kat dunia ni jerung2 t’hormat tu t’lps hukuman………………jgn bimbang di akhirat kelak mereka CONFIRM xkan dr hukuman Allah…….mereka akn merasa azbnya krn melakukan perkara2 keji ni………..

    0

    0
  23. kak gemox says:

    mereka dh taubat ape nk aib kan lg. ape2 yg berlaku antara mereka dan tuhan. allah maha pengampun

    0

    0
  24. ayamas says:

    jalankan hukum hudud..
    jika da cukop bukti,buat hukuman setimpal.

    0

    0
  25. Norliana Sulaiman, pengacara televisyen Zuraihan Anim, Nur Kamalasari Abang Ashaarie n Lateffa Hanie Mohamed.

    0

    0