Written by AbangNara | September 25th, 2014

Alalala abang Awie. Janganlah cakap macam ini. Abang Awie hensem, gagah, kacak, perkasa dan macho. Pasti banyak perempuan di luar sana yang mahu berkongsi kasih sayang dengan abang Awie. Jangan sedih-sedih. Orang kata, petik satu jari, sepuluh yang datang. Mesti ramai yang terpikat lebih-lebih lagi kalau Awie membuka mulut mendendangkan lagu untuk para perempuan di luar sana.
awieNamun bak kata Awie sendiri, kes di mahkamah pun belum selesai, jadi masih belum tiba masa untuk berfikir tentang perempuan lain atau berkahwin sekali lagi. Kata Awie:-

Saya tak boleh tipu diri saya dan saya memang memerlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.

Tapi, perempuan gila mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ke dia sayang saya dan sayang lima anak. Mampu ke dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar? Bagaimanapun saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum,

Abang Nara tertarik dengan kata-kata Awie yang memaklumkan anak-anaknya menangis apabila mengetahui hak penjagaannya dibatalkan baru-baru ini. Kata Awie:-

Mereka selesa hidup bersama saya kini dan bila dapat tahu mengenai hal itu, mereka menangis. Apa pun selepas ini, saya akan mempertahankan dan memastikan mereka bersama saya.

Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. Insya-Allah saya ada perancangan-perancangan untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak

awie

Sabarlah Awie. Kalau kita berada di pihak yang benar, pasti akan menang jua. Kesabaran amat penting dalam menangani hal sebegini. Banyakkan berdoa. Semoga anak-anak anda turut tabah menghadapi cabaran yang amat besar ini. Sumber Sinar Harian.
iziefashionP.S: Jom cantik bergaya dengan fesyen Europe terkini di iziefashion.com.. Harga dijamin berpatutan. Free postage untuk pembelian RM75 ke atas.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Perempuan Gila Mana Mahukan Saya? – Awie

  1. CINDAI says:

    InsyaAllah ada yang menanti, dan ada yang memerhati

    0

    0
    • Perkataan kita merupakan 1 DOA. says:

      Eh @cindai mcm sukerrrr jerrrr. Takkanlah awk perempuan gila itu spt abg awie ni kata. Sttmnt abg awie sndri bkn sy. Huhuhuhuuuu. Tak gila tp senget sikit jer. Apalah abg awie ni selambee jer dia kata perempuan giler yg nakkan dia. Nanti dpt betul2kan susah. Kata2 satu Doa spatutnya berilah kata2 positif spy jd doa. Apalah abg ni. Spt mak kita klu marah terlepas kata nanti makbulkn teruk hidup wlpn mak kita tak maksudkn perkataan tu. Klu gila dr bini skrang mcm mana ?bukan setakat songlap duit takut nanti tinggal sluar di dalam jer. Sian ank2.

      0

      0
  2. CINDAI says:

    InsyaAllah ada yang menanti, dan ada yang memerhati.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    InsyaAllah ada yang menanti, dan sedang memerhati

    0

    0
  4. mama says:

    Jadi lelaki baik…In Sya Allah Allah bagi yang lebih baik…

    0

    0
  5. vv says:

    kalau hidup tak bergelumang maksiat, insyaAllah ada jodoh yg baik utk ko tu awie oii..buang dulu tebiat2 buruk kau tu..kalau masih begitu, kau akan dpt perempuan jenis / species bekas bini kau laa..sama species dgn kau..tu sebab hidup panas sokmo..

    0

    0
  6. tasya says:

    xpe awie….. walaupon awie taukeh kelab…. yg pnting awie penyayang n beriman… n bole bimbing ank2 n isteri ke jln allah swt

    0

    0
  7. diana says:

    tak kira siapa awie sebelum ini, manusia boleh sahaja berubah. apa yg pasti awie bapa yg bertanggungjawab. Laksanakan tanggungjawab ini sampai bila2…

    0

    0
    • tt says:

      bertanggung beri suapan makanan ke mulut anak isteri guna duit yg didapati dari jual arak? dari maksiat berlibur di kelab? dari maksiat segala maksiat? ohh, macam tu rupanya tanggung jawab seorang suami/bapa..baru saya tahu..

      0

      0
      • Anonymous says:

        tt..biar laa org2 ni KURANG FAHAM ISLAM…bukan jahil tp kurg fhm..tanggungjwb bkn setakat amik tau psl anak2,bini,sediakn segala keperluan mrk tp tahu dari sumber mana duit tu dapat…didik dan bimbing anak2 dan bini ke jln y btl..igt,tanggungjwb suami ni berat..pekerjaan pun di kira..klu dh kerja kat kelab mlm apakah masih boleh dikatakan seorg bapa y bertanggungjwb??fikir2kan lah..klu nk anak jd baik,duit y dpt tu pun msti dr hasil y baik jgk…jgn slhkan anak @ bini klu perangai anak dan bini teruk cam setan…

        0

        0
  8. Actual working Clash of Clans Hack is tough to find among so many faux
    things. However, some companies offer free fee if you agree to an automatic monthly electronic payment.
    Well Floyd has some strong words about the stars and the stripes too saying he is simply considered a black fighter and that he would be so much more popular had he not
    been an American or if he was a White-American.

    0

    0
  9. Melati says:

    kawin dgn Fazura..baru lah Buku dgn Ruas..

    0

    0
  10. Cik Kak Prihatin says:

    tegur menegur apa salahnya… ada lah wajib dalam Islam bagi yang mengetahui. Hukum atau judgement tidak ada kena mengena dalam hal ini. Kalau salah tetap salah, berubah lah untuk kejalan yang lurus..

    0

    0
  11. Aida says:

    Tak payah nak berpuisi bagai…Berbini dah dua kali…Rezki Allah Dah Bagi…cuba lah renung renungkan..Hidup ni apa yang anda hendak…???Allah cipta Makluk Manusia paling sempurna…Akal untuk berfikir..cubalah luang masa lebeh banyak di Rumah Allah..cari lah keberkatan disana. Cari Duniawi semata tak kan sampai kemana..Masih ada Usia..berfikirlah..Mohon Kemaafan pada Isteri Anda…anggap perkara yang berlaku Kifarah dari Allah..anak pun dah lima..tak kan asik nak tendang dan tambah bini..jer..sampai bila???? Usia pun dah nak sampai ke penghujung…jangan sampai Allah Murka baru kita nak sedar.

    0

    0
  12. mayonis says:

    wei..awie ada makwe la wei..korang percaya je la dia cakap macam tu..dah lama diorang menyulam cinta..makan tahun dah pun

    0

    0
  13. Thumbelina says:

    Maaf ye jika komen ni ada terkasar bahasa. Saya nak imbas balik kata-kata awie ketika bercerai dengan Arni. Dia (Awie) burukkan dan hina bekas isteri dia. Antara kata-kata Awie, ” ….dia berbelanja sakan belikan isteri dia alat-alat mekap dan kecantikan tapi sama jugak.” dan sekarang, ada masalah dengan bini yang kedua dia, pun dia burukan dan hina jugak dia. Kata itu dan kata inilah. Sempurna dan baik sangat ke dia nie? Kalau baik sangat, dulu masa kawin dengan Rozana dan masih belum bercerai dengan Arni, dia sepatutnya bijak mengawal dan mengatur rumahtangga dia jangan sampai bercerai berai. Balik2 bila ada masalah, bini dia persalahkan. Hebat sangat ke dia nie? Kalau hebat, dia tak burukan dan hina ibu kepada anak2 dia. Yang dia hina dan burukan adalah ibu kepada anak2 dia. Inilah balasan atas perbuatan dia. Pandai pulak sebut agar Tuhan tak pisahkan dia dengan anak2.

    0

    0