Perbicaraan Kes Dadah Tony Eusoff Ditangguhkan Kepada 21 April

Hiburan

Perbicaraan Kes Dadah Tony Eusoff Ditangguhkan Kepada 21 April

Mahkamah Singapura semalam telah menangguhkan perbicaraan berkenaan kes dadah yang dimiliki oleh pelakon Tony Eusoff kepada 21 April ini.

Advertisement

Tony sebelum ini ditudh memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah dan diheret ke mahkamah Singapura pada 31 Mac lepas.

Pelakon itu dipercayai milik satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja. Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.

Sebelum ini, Tony mengakui beliau telah melakukan kesilapan dan membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Facebooknya.

Dalam kenyataan maaf itu, Tony juga memberitahu beliau bersedia akan segala risiko yang dihadapai dan menerima sebarang hukuman jika disabitkan kesalahan.

Tony juga sedar perkara yang beliau lakukan boleh memberikan pengaruh negatif kepada remaja dan menyatakan beliau cuai serta tidak matang dalam berfikir ketika mengambil dadah berkenaan.

Jika didapati bersalah, Tony boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga  Singapore Dollar 20,000 atau kedua-duanya.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...