Written by Bella | August 1st, 2015

Tahniah kami ucapakan kepada penyanyi rap yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted iaitu Waris yang kini sudah sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Kamaruddin Md Sidek dalam satu majlis pernikah di Surah Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Seri Kembangan kira-kira jam 5.42 petang tadi.

Waris memberi mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran berjumlah RM15,000 kepada pihak perempuan. Kedua-dua mereka memberi 9 dulang hantaran.

Waris ketika ditemui pihak media selepas majlis akad nikah meluahkan rasa syukur apabila segalanya berjalan dengan lancar  dan mengharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.

Esok pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di kediaman pihak perempuan.

InshaAllah, semoga anda berdua kekal bahagia sehingga ke ahir hayat. Apa yang penting selalulah setia dengan pasangan dan menghadapi segala liku dalam perkahwinan dengan penuh kesabaran

Sumber Berita: Berita Harian

17 responses to Penyanyi Rap Waris Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan Hati Izzati

  1. Anonymous says:

    sama juga

    0

    0
  2. sharnaz ahmad syg elizabeth tan says:

    Wow comel nye :)
    Btw tahniah waris..bini org rombau ko?

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah waris

    0

    0
  4. munah says:

    Tak sabo nampak….Wak Wak Makan Padi Si Lomang Dalam Buloh
    Kok Dah Dapek Yang Dicari Jangan Terlansung Semayang Suboh
    Ayam Berkokok Umah Ponghulu Itu Tando Haghi Nak Siang
    Kok Dah Dapek Oghang Jolobu Tak Sabar Nunggu Malam Ko Siang

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Alhamdulillah. tahniah. x perlu besar2an dan pembaziran. yg penting nikah dan kenduri sederhana utk mewar2kan perkahwinan anda.

    0

    0