Written by Bella | February 2nd, 2017

Penyanyi yang kini bergelar pengacara bagi rancangan CJ WOW SHOP, Mimie Haris mengakui beliau sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Perkahwinan mereka hanya kekal selama lapan bulan sahaja. Difahamkan, punca mereka bercerai kerana tidak mempunyai persefahaman.

Mimie bagaimanapun enggan lagi mengenangkan segala derita dan redha dengan ketentuan takdir buat dirinya. Buat Mimie, jodoh mereka tidak panjang.

Benar kami berpisah sejak lima bulan yang lalu. Secara rasminya kami bercerai pada bulan November tahun lepas. Sudah tidak ada jodoh antara kami lagi. Walau bagaimanapun perkara ini sudah berlalu dan selesai.

Terdahulu, Mimie dan Mohammad membuat keputusan untuk bertunang hanya selepas dua bulan berkenalan. Mereka kemudiannya mendirikan rumah tangga sekitar bulan Disember 2015.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya sendiri, sudah ditakdirkan jodoh mereka tidak lama. Mungkin juga Mimie dan Mohammad belum lagi mengenali sikap dan hati masing-masing  dengan betul sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tidak mengapalah, tentu satu hari nanti Allah SWT akan menemukan Mimie dengan seseorang yang betul-betul sesuai dengan dirinya.

Sumber Berita : Media Hiburan

18 responses to Penyanyi Mimie Haris Akui Sudah Bercerai Selepas 8 Bulan Berkahwin

  1. Anonymous says:

    sayangnya…baru sgt menempuh alam perkahwinan…

    6

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      mungkin laki dia ni tk kasi dia menceburi bidang pengecaraan lagi mungkin…muka mimie ni boleh tahan jugak jambu orang Nye babtu laki dia jeles n mungkin sebab itu dorang bercerai…jadi laki jangan kongkong sangat engkau punye bini ! dh tentu dia suka ngan kerja dia jadi pengacara..tkan nak suroh dia stay kt rumah dengan takde income !! bodoh punye laki !!

      0

      9
    • Cik tata titi tutu says:

      Persefahaman ni kene pupuk. Bukan boleh instant. Ada org kawan beratus tahun ok je. Tp bila kawin, 2 hari dh gaduh. Ada tu bila dh kawin, ramai pulak dugaan nk test market. Padahal masa bujang xde pun. Tu semua la tu. Aku dh 11 tahun kawin. Still mencari persefahaman. Alhamdulillah. Satu cabaran.

      41

      0
  2. Yaya says:

    Sebagai org bujang, aku sesungguhnya jd takut nak kawen..huhuhuhu
    Baru 8 bulan kot? Haih.. Takut!
    Bina masjid ni mudah, nak kekalkan masjid ni yg perlu byk sabar, tolak ansur.

    38

    0
    • Noni says:

      sbb tu kena persiapkan diri sebelum menempuh alam perkahwinan.

      10

      0
      • amoi says:

        komen aku xde kena ngena dgn si mimie n pasangan..

        utk Yaya:

        ni utk yang bujang n takut kawin tu, percaya pada jodoh, perbaiki sikap kita n pasangan..perkahwinan tahun pertama mmg mcm2 kena tempuh…time tu la baru kenal perangai pasangan…family mertua pon kene ikut cara dorg jgk…MIL aku pnh pesan, kalau boleh kawin 1 thn dulu, n thn kedua baru ngandung n ada anak..sbb kekdg awal2 perkahwinan time tu kita akan nmpk sikap pasangan kita..plg lama sethn…plg cpt 2 3 bulan…lama mana nak sorok sikap yg buruk…yg penting, perelokkan hubungan dulu…buang ego, mengalah n ikut rentak pasangan kita..kalau kita x suka sikap tu, tegur elok2..jgn hangin n blame sikap yg buruk tu..kita sndr x suka org tegur kita dgn cara marah2 n blame kita kan..insyaallah semuanya ok…Alhamdulillah aku kawin dah 6 thn lebih..mungkin masih awal lg dari kwn2 yg lain..tp allah uji, hampir 5 thn kawin, baby aku ninggal…cuma sabar byk2 dgn apa allah uji..setiap manusia diuji…cuma jgn rasa takut…redahhhh jeee :D

        aku doakan kita semua dpt kehidupan yg baik n dimurahkan rezeki nanti..ameen

        1

        0
    • Anonymous says:

      samalah… takuttttttt.

      2

      0
  3. el says:

    suke lagu die sastera si kupu kupu. ost drama setia hujung nyawa

    4

    1
  4. Papa ricky says:

    Dia ni junior aku msa sekolah réndah n menengah dlu. Kakak dia Sama umur n sekolah Sama ngn aku tp laen kelas je. Dia nyanyi dr sekolah rndah lg. Apa2 pon Semoga tabah mimie mngharungi ujian hidup.

    1

    9
  5. Binggo says:

    Ko ni apahal nk motif2 plak??

    2

    7
  6. Takut nak Kawen says:

    bagi aku la kan istilah…kawin itu jodoh, cerai pula da takdir …ini perkataan kurang sesuai digunakan untuk kedaaan kawin dan cerai… Jodoh ditangan kita sendiri, Tuhan hanya merestui sesiapa pun jodoh yg kita pilih. Semua terjadi ke atas diri kita adalah pilihan bukannya takdir with hikmah. Contohnya Perampas itu pilihan, janda itu pilihan, jomblo happy itu pilihan jg dan berkahwin bertahun2 itu juga pilihan.. Takdir kita yg tentukan sendiri…

    4

    4
    • Anonymous says:

      mn kau blajar jodoh atas kita bkn ktentuan Allah???

      1

      1
      • Takun nak kawen says:

        Sila dalami ilmu masing2 bkn tahu basic jer ” jodoh” ketentuan Tuhan… so esok2 kalo cerai then said da takdir Tuhan lah… Jodoh di tangan kita, Tuhan hanya merestui… sesiapapun kita ingin jodohi, Tuhan akan merestui.. Let say la ko terjodoh dgn perogol bersiri? itu ketentuan Tuhan or ko yang pilih yer? kalo x faham jg..sila bykkan membaca yer. k la bai

        4

        0
    • en says:

      mn kau blajar jodoh atas kita bkn ktentuan Allah???

      0

      1
  7. menoname says:

    wajah mimie haris nie sekali imbas mcm Izreen Azminda and 2-kali imbas mcm Wilma Muhammad… apa2 pun persefahaman tu tak akan dtg bergolek kalau tidak kita usaha kan bersama sbg suami-isteri. ada pasangan yg makan bertahun-tahun lamanya mencari persefahaman antara mereka, yg penting teruskan berusaha, saling menghormati pendapat masing2, jangan berputus asa.

    8

    0
  8. Anonymous says:

    meh kwin dgn abg..kaw kaw abg kasi

    1

    0

Leave a Comment

Optional