Written by Bella | August 7th, 2015

Agak terkejut apabila kami membaca berita di Media Hiburan yang melaporkan penyanyi Hazami kini terlantar di ICU Pusat Perubatan Tropicana Damansara kerana menghidapi penyakit Diverticular Disease.

Diverticular Disease merupakan penyakit yang boleh muncul dalam bentuk kantung-kantung kecil di dinding usus yang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diverticulosis, diverticular bleeding dan diverticulitis.

Menurut pengurus beliau, Hazami pada malam Khamis mengadu sakit perut secara tiba-tiba, sebelum doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit berkenaan selepas pemeriksaan lanjut.

Hazami semalam tiba-tiba mengadu sakit di bahagian perut. Apabila tiba di hospital untuk pemeriksaan, doktor yang memeriksanya memberitahu bahawa dalam bahagian ususnya, banyak kantung darah dan ada yang sudah pecah. Doktor tersebut mengesahkan bahawa dia menghidap penyakit Diverticular Disease ini.

Sebenarnya Hazami sedang mengatur rencana untuk membuat kemunculan semula selepas lama menyepikan diri dalam industri. Bagaimanapun perkara itu terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatan beliau.

Kami mendoakan Hazami cepat sembuh dan tiada perkara yang lebih serius berhubung sakitnya. Ayuh sama-sama doakan.

Sumber Berita: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Penyanyi Hazami Kini Di ICU Hidapi Diverticular Disease

  1. anonymous says:

    1st hihi smoga sembuh

    0

    0
  2. EjamOthman says:

    semoga Allah memberikan kesembuhan seperti sediakala buat hazami.
    kuatkan diri dan banyakkan berdoa.

    0

    0
  3. minah jambu nice girl says:

    semoga di percepatkn sembuh dari penyakit yg hazami hidapi kite2 mendoakn agar hazami cepat sembuh sehat dn ceria …semoga Allah bersama mu selalu..

    0

    0
  4. selitashima says:

    Ingatkan typo tadi..hazama jd hazami…lupe dah psl hazami…suke lagu2 die dulu.get well hazami.

    0

    0
  5. kuatkan diri says:

    ye..bnykkn berdoa bang hazami…semoge sgalenye brjln dngn lancar dan abg cepat sembuh

    0

    0
  6. Kak jah says:

    My doa for you Hazami ..

    0

    0
  7. Ikhlas dari saya says:

    Semoga di beri kesembuhan dari penyakit ini Aaaminn

    0

    0
  8. joyah sporty says:

    skrg ni ko nk cite pasal hazama ke hazami.. konpius plak dh..

    0

    0
  9. koko says:

    Semoga cepat sembuh Hazama. Amin ya Rabbal alamin. InshaAllah.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Hazami ni antara permata msia.

    0

    0
    • Sarah Raisuddin says:

      Betul.. Mana-mana penyanyi Malaysia termasuk saya mesti boleh dikira sebagai antara permata Malaysia.. Semoga Hazami cepat sembuh. Amin..

      0

      0
  11. Anonymous says:

    semoga cepat sembuh dan dilindungi Allah selalu

    0

    0
  12. melati says:

    Ya Allah ko gantikan lah tempat Hazami ni kepada org yg terima Derma berbilion2 tu……namanya Mat Kangkong…

    0

    0
  13. semoga hazami cepat sembuh..

    0

    0
  14. Jack Tydeman says:

    Agak terkejut apabila kami membaca berita di Media Hiburan yang melaporkan penyanyi Hazami kini terlantar di ICU Pusat Perubatan . Penyayi Hazami Dirawat Di Icu – Babab.

    0

    0