Written by Bella | May 18th, 2017

Setahun mendirikan rumah tangga bersama Nureffy, penyanyi Hafiz Suip tidak henti ditanya soal cahaya mata. Menerusi portal Astro Gempak, Hafiz akui beliau agak tertekan dengan persoalan tersebut apatah lagi yang bertanya adalah daripada keluarga beliau sendiri.

Saya akui tertekan juga apabila sering ditanya bila hendak menimang cahaya mata. Paling membuatkan saya tertekan apabila setiap kali pulang ke kampung , saudara mara pasti akan bertanya mengenai perkara tersebut. Saya tahu mereka prihatin tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki Tuhan.

Kami pernah jumpa pakar sakit puan tetapi doktor itu sendiri memberitahu tertalu awal untuk kami fikir soal anak kerana perkahwinan kami ketika itu baru sahaja kurang belum pun cukup setahun. Jadi dia nasihatkan kami supaya tidak terlalu tertekan dan banyak berehat dan pergi bercuti kerana untuk menimang cahaya mata, pasangan tidak seharusnya tertekan.

Relaks, rezeki untuk menimang cahaya mata ini sukar untuk dijangka. Lagipun, Hafiz dan isteri masih baru sahaja berkahwin dan mempunyai masa untuk berusaha mendapatkan anak. Kata orang, just go with the flow.

Sumber Berita : Astro Gempak

23 responses to Penyanyi Hafiz Suip Tertekan Sering Ditanya Soal Anak

  1. Yaya says:

    Mcm tu lah hidyp ni.
    Aku yg tak kawin ni tertekan sbb asyik kena tanya2 soal jodoh.

    27

    0
    • Anonymous says:

      nak kena minum jus pamoga kot.

      1

      1
    • Ramona Alakazam says:

      MELAYU need to stop with this stupid culture, PLEASE.
      Sampai bila nak teruskan adat menyibok tanya org pasal bila nak kawin – bila nak ada anak – bila nak ada anak kedua ketiga dan strusnya?
      Kita yg bukan retis pon stress kalau kawin tak ngandung2 lagi, inikan retis yg diperhati segala tindak tanduk 24/7!

      45

      0
      • PantangSibukHalOrg says:

        Setuju, sbb stupid culture narrow minded ni lah meLayu akhirnya, hidup xtenang agaknya kali xtanya benda2 mcmni, tgk drama melayu pun sampah, balik2 psl permasalahan nak kahwin. Bangang

        9

        0
      • Akak Kantin says:

        stuju sgt…nt bila asyik beranak..cakap pulak..xpandai merancang keluarga ke…xde keje lain ke asyik buat anak..anak berderet mcm keretapi..adehhh…

        3

        0
    • Anonymous says:

      hahahha…sma la kite…aku pn tertekan jgk kna tny bila nk kawen..huhu

      2

      0
      • belacan says:

        byk sgt tagline “Anonymous”..ni…mcm mana nk kawen…asik dok di dpn komputer / menghdp hp je…keja ke x keja..

        0

        0
    • Suasuwei says:

      Tips untuk smash balik soalan2 mcmni.
      1.kenapa tak kahwin lagi?jaw a):ltengok anak makcik yg bercerai saya takut nak kahwin.
      Jaw b: kesian tengok pakcik, saya taknak jadi mcm dia.
      Jaw c: Tuhan tengah lindungi saya. Dalam neraka penuh org perempuan yg kahwin..

      2.bila nak ada anak. ? Soalan balas a): anak makcik bila masuk dlm?
      Soalan balas b) dah lama tak nampak anak makcik, last sekali Raya haritu la kan?

      3

      0
  2. greenfingers says:

    pelik manusia ni kan, klu jupe saudara ke kawan ku, soklan sama je duk tanya, psl berat, bentuk badan, bila nk kawen, bila nk dpt anak. Aku klu jupe kwn lama ka, sedara ka, x terpikir nk tanya soklan bodoh cmtu.

    21

    0
  3. kuba Ku ubi says:

    Bodoh n xdak otak org yg tanya ni..xbleh fikir ke rezki d tgn Allah..memang xda akal..

    4

    0
  4. anonymous says:

    yang tanya2 tu bongok…mcm la anak tu ko boleh buat suka2….tu semua kalau Islam tak baca Quran…sbb dalam Quran Allah tak jawab…anak hak MUTLAK ALLAH nak bagi kat sesiapa…anak lelaki ke anak perempuan pun tu HAK DIA….

    melayu ngaku Islam tpi apa yang ada dalam Al Quran ko tak hadamkan…

    5

    0
  5. manjakani says:

    bini hafiz cantik, hafiz tidak lah hensem sangat..tu yang mungkin sperm n telur taknak berkawan. tu yang slow sikit kot…sabar je lah….nanti ada lah tu…

    1

    20
  6. Anonymous says:

    mmg sengal yang bertanya tuh!
    aku dulu pun penah kena…sorg sedara umur dekat 80, bila aku jawab belum ada rezeki lagi…tolong la doakan ye, boleh dia gelak2 sinis jawab lain kali kena blaja..korang tak pandai main la tu
    yarabbi!!! nak aje aku sepuk mulut dia..pakkan la da pangkat nenek2…tergamak cakap benda2 lucah camtu…
    pada aku lucah la tu kan…lain la yg umur sebaya nak cakap mepek2 x de hal…terus hilang respek aku kat nenek tu!!!

    19

    0
  7. hananinanani says:

    manusia xkan puas kalo x membanding2kan diri mereka dgn org lain.riak ada ank, syukur dimulut tp dihati lain. dear hafiz n wife, asalkan uol jaga each other, da cukup baik. org ada ank itu kira bonus, tapi kalo ada anak tp berceraiberai, anak xde didikan agama,xde disiplin, lagi besar masalah kita. jadi,sementara blm ade ank ni, lengkapi diri dgn ilmu pengetahuan parenting. tiada tak bermakna tak berhak untuk bahagia..gituuu..

    11

    0
  8. Mak Labu says:

    Biasa la manusia tapi patutnya doc tu dah bole beri rawatan.. x semestinya dah setahun baru leh jumpa doc..mungkin doc boleh scan kedududakan rahim..check sperm hafiz bagi masuk makmal, tengok kuantiti n kualiti yg aktif..lagi elok bertindak cepat..x stress tu budak ma pun tau..jadi aku saran kan hafiz g la jumpa doc pakar yang lain..puas kan hati, x semesti bermasalah baru nak jumpa doc..ye tak..apa pun aku doakan moga diorang diberikan rezeki untuk dapatkan zuriat sendiri

    8

    2
  9. Fidot says:

    Ko ni pun Nara…up cite ni, bawah cite poziah pregnant anak ke-2. haiya… rezeki memasing, dorg pun muda lagi. Ada yg Allah bg anak awal, tp suami jenis buat hal. Ada yg lambat dpt anak, tp dpt suami yg baik beriman. Search happiness in every single thing…

    6

    1
  10. Alif2 says:

    Bawa sembahyang hajat. Don’t give up. Biasa lah tu bila di tanya soalan begitu asal jgn di tuduh yg bukan2. Bersabar & berusaha membawa kejayaan. Semoga berjaya . Aamiin.

    2

    0
  11. Anakbederettoksahbelagak says:

    Meber aku bini baru bersalin anak no 2, dia ceraikan wife dia sbb jumpa yg baru. Soo yg ada anak bersusun mcm ketapi tu toksah la nak belagak sgt, kalu ko xreti jaga badan biar bdn mcm tong dram muka kematu ngn blackhead pucat mcm mayat,mmg jawabnya asben ko bye2 la, x skrg masa depan

    5

    0
  12. anon says:

    Apa pulak nak tertekannya, bukannya dah kawen 10 thn. Kan baru jugak. Pedulikan. Its yr business, not theirs. Aku dulu sengaja merancang supaya dpt anak lps 3,4 thn kawen sb nak enjoy dulu…

    1

    0
  13. melayu terer buat anak je says:

    kenapa orang kita tak sibuk bab jaga anak tapi sibuk bab buat anak jer..buat anak beria tapi selamba bagi kat org jaga..bila hantar anak tak check pusat jagaan berdaftar ke tak..pastu meroyan kat nursery kalau tak sayang budak jgn jadi pengasuh..bila nursery ramai paksa amik juga nak sbb xder org jaga…pastu marah nursery xder nak amik pekerja baru…padahal sapa nak keje jaga anak org ni dahlah gaji kecik…pastu harap org ikhlas jaga…woi bodoh org yang jaga anak ko dibayar sbb tu menjaga..kalau tak dibayar taklah jaga nak korang….

    2

    0
  14. double standard masyarakat says:

    masyarakat mmg suka menghina…xder anak ..lambat kawin…and gelaran janda……dorang gembira bila dpt menghina org…kadang2 depan org ramai menghina org..tunggula balasan mulut2 laser…besok ko kena lagi teruk,,,

    masyarakat pun cukup hipokrit..bila anak kn dera dgn bapak tiri bkn main cakap pompan blh survive kalau xder laki..tapi bila bercerai dihina pulak dgn gelaran2 janda gatal lah..padahal bini2 org galak berunion bagai kena tangkap khalwat tu lagi geli perangai..sibuk nak jumpa ex2 padahal dah tua dah berlaki anak berderet..bergaul bkn main galak dalam grup wassap…tu tak kira org keje ofis lagi..bini org laki org kutuk pasangan masing2 tak pandai layan…sbb dia ada status somebody punya pasangan org tak hina…

    0

    0
  15. Kedondong says:

    Tu soklan biasa masyarakat.soklan takde idea nak sembang. tak kahwin dia tanya bila nak kahwin.dah kahwin bila nak ada anak.dah ada anak tanya bila nak tambah cawangan. Harap Kita ubah budaya…tanya bila nak meninggal.lebih afdal sebab Kita mengingatkan kematian.

    2

    0

Leave a Comment

Optional