Written by Bella | May 30th, 2017

Penyanyi yang popular menerusi lagi Hi Hi Bye Bye, Ezlynn  telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Menurut portal Harian Metro, Ezlynn memfailkan permohonan tersebut pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Namun, suaminya tidak bersetuju untuk bercerai dan pihak mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka. Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga merupakan pengurus kepada Ezlynn melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka.

Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.Sumber Berita : Harian Metro.

shopbackP.S: Berita baik buat pengguna kad Visa. Untuk tempoh 3 hari (30 Mei – 1 Jun), anda boleh mendapatkan 20% pulangan tunai menerusi tawaran ShopBack Ekslusif ini. Segala pembelian online anda di Zalora, Hermo, FoodPanda, FashionValet dan banyak lagi menerusi Shopback akan membolehkan anda mendapat kembali 20% daripada apa yang anda belanjakan. Inilah peluang untuk anda shopping raya sepuas-puas hati. Jangan lupa muatturun applikasi ShopBack untuk tidak ketinggalan sebarang promosi awesome.

28 responses to Penyanyi Ezlynn Fail Permohonan Cerai

  1. Jemah Sangat says:

    Adeh..sayangnye kalo cerai..loan kasut bling2 mase kawen dulu pon baru abes bayo..

    3

    0
    • AMIR_MOHTAR5656 says:

      MASALAH DUIT LA KAK OIII. APA LG!! DH KAWEN NGN LAKI MISKIN, WALAU SEMUA FAMILI RESTU , FAMILI ELOK BAIK, TP KLO HIDUP ASIK BINI JE NAK KNA TANGGUNG LAKI, BUAT APA ? DH LA PENAT LAYAN SONDOLAN, DUIT BLANJA XDPT!! BUANG MASA.

      6

      0
  2. wekkkkkkk says:

    btul la kan dlm usia prkwenan 5 tahun ni byk talak brlaku. Talak lah kalau itu takdirnya.
    Mungkin ada rahmat dari perceraian itu, kawenpun mcm berperang jugk, kalau tak tahan dgn pperangan itu, maka runtuhlah. Tapi ada sstgh lelaki pun ada mata duitan.

    5

    0
  3. Lia says:

    Apa kau sangka aku ahli silap mata
    Ku berikan cinta kau berikan dusta

    6

    0
  4. err says:

    apa cita mawar fareeda dan fizo? khabarnya ada good news

    0

    5
  5. Puteri Seroja says:

    Sama usia dengan perkahwinan.. Sama situasi kami.. kami x da anak sendiri tp berkat sikap positif dan memikirkan dunia ni hanya sementara kami mengambil anak angkat.. alhamdulilah kami bahagia sangat2.. Allah x janji setiap insan yang berkahwin mempunyai anak..

    26

    0
    • Janah says:

      Betul tu …akak dapat anak after 12 tahun kawin …. Sebelum tu memang la sedih tapi kami bahagia … Dah tak dak anak …round the world la jawap nye ….tak yah lah dok asyik tak dak anak cerai ….focus pada issue issue lain …

      13

      0
      • Anonymous says:

        Betul tu, jodoh, rezeki semua kuasa Allah, klau dah ikhtiar dan berdoa belum ada rezeki nk buat mcm mna. Allah tahu yg terbaik utk kita.

        7

        0
        • Anonymous says:

          sama…da 5 tahun kwen..still belum diberi rezeki anak…bila org tya juz jwb Allah bg kami hanimun lagi…keep positif coz Allah punya perancangan aadalah yang terbaik…

          1

          0
  6. Pakhasankarisembilang says:

    Yang ada laki…bersyukur
    Yang takda laki..bersyukur
    Yang ada anak bersyukur
    Yang tadak anak bersyukur
    Yang lepas dari neraka rumahtangga bersykur
    Yang belum jumpa syurga rumahtangga bersyukur.
    Syukur selalu…jangan hina org yg takde…yang puja org yang ada ada…itu semua dari sang Pencipta. Salamramdhan.

    42

    0
  7. Hello Tikki says:

    Pulangkan ello kitty hadiah hari jadiku ..

    6

    0
  8. Anonymous says:

    didnt think it was because of xda anak yet,I heard something about her husband but not sure if it’s true or not ehmm

    3

    0
  9. Anonymous says:

    apa guna kahwin kalau untk bercerai

    sia2 je memantat

    0

    6
  10. anon says:

    uikkk baru nampak dia dekat KLCC O’Brien dlm jam 7mlm dua minggu lepas siap skirt merah rambut pun ada merah kasut merah 5-6inci lagi makan roti kat situ tp bukan dgn suami mungkin dgan org lain pengurus ke apa tak berapa pasti agak besar badan rambut ada color gak kalau tak silap. Tak tau plak nak cerai berai.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    ye ke

    0

    0
  12. kutu says:

    baca kat forum katenya suami dia ditangkap khalwat

    1

    1

Leave a Comment

Optional