Penting Ke Nak Buat ‘Cancer Screening” Untuk Pengesanan Awal Kanser? Apa Jadi Kalau Kita Disahkan Ada Kanser? Tak Ke Gelap Masa Depan?

Hiburan

Penting Ke Nak Buat ‘Cancer Screening” Untuk Pengesanan Awal Kanser? Apa Jadi Kalau Kita Disahkan Ada Kanser? Tak Ke Gelap Masa Depan?

Kanser. Satu perkataan yang cukup menakutkan. Mengerikan. Kalau dulu jarang-jarang kita mengenali mereka yang menghidap kanser, namun di zaman sekarang ini, ia sudah menjadi satu norma masyarat. Abang Nara pasti setiap dari anda pasti mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan- ahli keluarga atau saudara mara yang menghidap kanser.

cancer kpj check

sel-sel kanser tengah bercambah

Secara peribadi, makcik Abang Nara merupakan penghidap kanser payudara. Bila duduk berborak dengannya tentang pengalaman menempuh dugaan ini, memang cukup memilukan, menakutkan dan menyedihkan. Mana taknya, sebelum disahkan menghidap kanser payudara, makcik Abang Nara ini kalau dilihat dari luar memang nampak sihat orangnya. Cukup bertenaga, jarang sakit atau demam dan sentiasa aktif melakukan aktiviti senaman. Tup-tup bila satu hari dia rasa seperti ada benjolan di bahagian payudaranya. Pergi buat “cancer screening” dan terus disahkan menghidap kanser payudara.
kpj cancer screening
Nasib baiklah makcik Abang Nara ini tidak menangguhkan “cancer screening”nya dan terus pergi buat selepas terasa ada kelainan di bahagian payudaranya. Walaupun telah disahkan menghidap kanser payudara, ia masih di peringkat awal. Jadi masih boleh dicegah daripada terus melarat dan menjadi lebih teruk. Inilah salah satu kepentingan dan kelebihan melakukan “cancer screening” secepat mungkin. Kalau tak ada apa-apa memang syukur Alhamdulillah. Namun kalau dikesan ada sel kanser pada badan kita, pihak hospital masih boleh melakukan sesuatu untuk merawat kanser tersebut.

Advertisement

kpj cancer screening

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kanser ini sebenarnya boleh dirawat. Syaratnya cuma satu sahaja iaitu ia perlu dikesan seawal yang mungkin. Kalau dah sampai peringkat 3 dan peringkat 4, memang hanya keajaiban sahaja mampu menghilangkan kanser tersebut. Namun kalau anda pergi “cancer screening” dan mendapati ia masih di peringkat awal, kemungkinan besar untuk anda bebas kanser selepas mendapatkan rawatan adalah tinggi, lebih-lebih lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang. Ada 3 jenis test yang boleh kita lakukan menerusi “cancer screening” ini:-

1.Early detection tests

Kepentingan “cancer screening” ini adalah untuk mendapatkan “early detection” sekiranya anda mempunyai kanser. Contohnya untuk mengesan kanser payudara, teknik yang digunakan ialah mammograms. Ia dapat mengesan kanser payudara yang masih kecil sekaligus membolehkan ia dirawat dan dicegah daripada terus merebak.

2.Preventive screening tests

Ujian ini dilakukan untuk mengesan mana-mana sel badan yang boleh bertukar menjadi sel kanser sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Contoh ujiannya ialah “pap tests” dan “colonoscopy”. Kalau terjumpa sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser, langkah membuang sel tersebut boleh dilakukan dengan segera untuk mengelakkan sebarang risiko.

3.Genetic screening tests

Selalu kalau mak kita, makcik kita, kakak kita ada kanser payudara, maka berkemungkinan besar kita juga mempunyai genetic yang membolehkan terkena kanser payudara. Dengan “genetic screening tests” ini, kita boleh pastikan sama ada kita mempunyai genetik kanser tersebut. Kalau disahkan ada genetik sama dengan ahli keluarga yang mempunyai kanser payudara, kita boleh ambil langkah rawatan awal ataupun melakukan pemeriksaan berkala. Lagi awal tahu, lagi bagus dan lagi banyak pilihan yang bakal dinasihatkan oleh doktor kepada kita. cancer screening

Menarik kan jenis-jenis ujian yang ada untuk “cancer screening” nie kan? Abang Nara percaya ramai yang nak pergi buat “cancer screening” tetapi risau dengan harga yang perlu dibayar. Sebenarnya “cancer screening ini tidaklah mahal mana pun. Sekarang ini, KPJ Healthcare memberikan peluang untuk semua orang menjalani “cancer screening” dengan harga RM159 sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat.

kpj cancer screening

Dengan hanya RM159, KPJ Healthcare akan membantu anda mengesan sel-sel kanser yang ada di dalam badan melalui ujian-ujian yang telah Abang Nara nyatakan di atas. KPJ Healthcare ini ada di seluruh Malaysia jadi bolehlah buat appointment berdasarkan tempat tinggal anda. Insya Allah Abang Nara doakan semua yang baik-baik untuk anda. Kalau tak ada sebarang sel kanser, syukur Alhamdulillah. Kalau ada pun, sekurang-kurangnya dah tahu lebih awal dan anda boleh berbincang dengan doktor pakar di KPJ Healthcare untuk langkah seterusnya.

Abang Nara pun dah buat appointment untuk “cancer screening” di KPJ Healthcare. Apalah sangat RM159 berbanding apa yang bakal Abang Nara ketahui kelak. Maklumat lanjut layari http://kpjhealthcancer.com. Ingat bahawa “early detection saves lives”. Jom sama-sama kita perangi kanser.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...