Pentas Pilih Kasih Semakin Hangat, Rosyam Nor Cuba Membuat Kejutan

Pentas Pilih Kasih Musim Ketiga (PK3) , kesemua 16 artis pada malam tadi. Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad turut bergema dengan sorakan dan sokongan para penonton yang hadir terhadap artis-artis kegemaran masing-masing.

pk

Persembahan pembukaan yang bertenaga membuatkan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Gamat dengan sorakan penonton.Antara Persembahan yang mendapat sambutan adalah slot drama “Konspirasi Cinta” dan teater “Kasanova “yang di arahkan oleh Erma Fatima akan tetapi persembahan monolog nampaknya masih belum dapat memikat hati juri iatu Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbulla.

pk
Namun gimik berbeza diberikan terhadap Rosyam Nor semasa sesi penyingkirankan membuatkan peserta Pilih Kasih menangis di atas pentas dan membuatkan penonton terkejut dengan keputusan Rosyam Nor membuang 2 orang peserta..Akhirnya Rosyam menarik balik keputusan tersebut dan seperti yang di janjikan minggu ini tiada penyingkiran.

pk

Pentas PK 3 yang dihoskan Selebriti Reza Mohamad ini telah berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan dan juga disiarkan secara langsung di Stesen RTM TV2.

pk

Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip- PKUNDI NAMA ARTIS dan hantar ke 33199.

Lagi beberapa keping gambar sekitar Pentas Pilih Kasih minggu lepas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Artis Pilih Kasih bersama Rosyam Nor akan berada di Pavillion untuk siri jelajah Penaja Bersama Zell V.

Tarikh : 16 Feb 2012
Masa : 8 – 9 malam
Tempat : Pavillion

Artis Pilih Kasih akan membuat persembahan dan akan berada di booth Zell V untuk sesi bersama pelanggan Zell V dan peminat Pilih Kasih. Jemput datang beramai-ramai ye ~~

pk

pk

pk

pk

pk

pk

pk

Yang Ini Pun Best Jugak:-


    Tags: ,
    PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

    28 responses to Pentas Pilih Kasih Semakin Hangat, Rosyam Nor Cuba Membuat Kejutan

    1. Lovelyvic says:

      Belum pernah tgk pilih kasih. besh ke?

      Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
    2. joyah says:

      Tengok Miza Azura tu ok gak..tak penah dapat kritikan pedas lg…full pakej..

      Hot debate. What do you think? Thumb up 15 Thumb down 5
    3. joyah says:

      tengok Miza Azura tu ok gak.. tak penah dapat kritikan pedas lg… ada pakej

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
    4. nmpk jauh,tp dekat says:

      yg menang pilih kasih tk ke mana… yg msuk mnyanyi jugak jd plakon.. tk paham aku…

      Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
    5. ahkak puaka says:

      SUMPAH AKU X MINAT RANCANGAN NI. NTAH PAPE. PENGAKUAN JUJUR DR AKU!

      Hot debate. What do you think? Thumb up 20 Thumb down 3
    6. aii says:

      norin belakon bestt!!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5
    7. minah semprit says:

      Program sampah duhhhh. Menyampah tengok rosyam

      Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 5
    8. [...] Pentas Pilih Kasih Musim Ketiga (PK3) , kesemua 16 artis pada malam tadi. Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad turut bergema dengan sorakan dan sokongan para penonton yang hadir terhadap artis-artis kegemaran masing-masing. Persembahan pembukaan yang bertenaga membuatkan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad … Continue reading → [...]

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 6
    9. cikbiribiri says:

      nak tnya tajuk lagu puisi yg lirik dia “aku ingin menjadi…….” pe ntah lupa..best gak lagu tuh

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • moin says:

        once- dealova ke?

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • cikbiribiri says:

          bukan ~_~” yg itu saya tau…ader satu lagu tu slow je..mcm lagu puisi…”aku ingin menjadi seperti tanah ke apa ntah…”huhu xjumpa walo try google…nak cari scene tu kt utube xde plak org upload..nak dgr balik lirik dia…

          Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
    10. Triple_j says:

      ish kejutannya nak buang sampai 2 orang tapi last2 sorang pun tak buang. memang 1st time berlaku kat reality show dunia dan juga di msia ~ tddmka

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
    11. Aku rasa mcm nak tampar jer budak gemuk dlm rancangan Jangan Tidur Lagi tuh says:

      Profesor Madya tu cam bagus jer komen student2 tu, kalau dia bagus sangat gi la berlakon filem tengok, laku ke tak laku filem lakonan dia… Orang Malaysia pilih rupa & perangai yg elok la Prof.. Tengok Lisa Surihani tu, berlakon keras pon tetap org suka sebab dia comel & mempunyai perangai yg elok… Contohi Ibu Fauziah Nawi, cool ajer time komen…

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 4
    12. lily says:

      tak penah tgk dn tk teringin nk tgk….
      patutnyer dh lama program hauk macam ni tkder…
      biasalah rtm…..
      wat happen to dato farid????? mana pembaharuan nyer…..
      len kali rtm amik jer yusog haslam or rosyam nor jer jd bos diorang….mcm dh tk der cerita len dr diorang berdua…. rtm bosan doeh!

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
      • rezapondan says:

        aku setuju…lbh2x lg tkr jer pengacara tu….aku rasa psl dia lah rating tk naik dn org tgk pilih kasih….

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
    13. da princess says:

      tak pernah ngk pilih kasih..ngk skejap2 jer…satu request utk Rosyam, bleh tukar pengacara coz sesak nafas ngk mamat tu

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    14. poker face says:

      cikbiribiri – lagu MERINDU KEPASTIAN NYANYIAN ART FAZIL

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
    15. Vina says:

      AKu cuba gak nak tngok program ni masa 1st day tayang.. tp aku tak boleh tahan sampai 1 jam pun.. dh la Pengacara lemau.. x best langsung! Bosannn… Layan cite BFF kat TV3 lg best!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    16. Anonymous says:

      para peserta pakat cium tgn rosyam nor..ntah hape2!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    17. lantakpilah says:

      pnh cuba paksa tgk… tp masih xfhm & xbest. eheee… sori.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

    Leave a Comment