Written by AbangNara | January 28th, 2015

Kalau anda tidak tahu atau pura-pura buat tidak tahu, hujung minggu lalu selepas persembahan Maharaja Lawak Mega 2014, Nur Fazura telah menulis satu status di Twitternya. Ayat-ayat yang ditulisnya seolah-olah ditujukan kepada Zizan Razak yang telah pun mencelah percakapan ketika Fazura memberikan komen terhadap persembahan kumpulan Virus. Ramai yang membuat andaian bahawa Fazura bengang dengan sikap kekasih kepada Emma Maembong itu.

fazura

Berkata menerusi ManggaOnline, Fazura membuat penjelasan panjang lebar tentang status kontroversinya itu. Bagi Fazura, status yang dimuatnaik itu lebih kepada muhasabah buat dirinya sendiri dan bukannya ditujukan kepada Zizan. Kata Fazura:-

Saya tak tujukan kepada Zizan sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen.

Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukanlah mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri.

Saya dan Zizan adalah kawan tetapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak.

Bila isu ini timbul dan diperbesarkan, sudah semestinya ramai yang batu api dan tulis mengenai hal itu. Semua orang ada mulut tapi akal tidak semua orang ada

fazura

Fazura juga mengakui tugas sebagai juri MLM2014 adalah bukan satu tugas yang mudah. Memang susah pun nak bagi bintang kepada persembahan para peserta. Lebih-lebih lagi kepada peserta yang otai. Kata Fazura lagi:-

Sebelum saya memuat naik status itu lagi pengikut saya di Instagram dan Twitter dah bercakap mengenainya. Tetapi waktu itu saya biarkan sahaja sehinggalah saya pulang ke rumah, saya muhasabah diri sebelum tidur dan berfikir bahawa walaupun seseorang itu sudah popular, akhirnya kita manusia biasa sahaja.

Kalau orang ramai meletakkan ‘dua bintang’ itu ke atas bahu saya seorang sahaja, itu tidak wajar. Kerana itu adalah pendapat saya sebagai juri. Jangan menyalahkan penjurian itu kepada seorang juri sahaja. Tidak sememstinya pendapat saya itu sama seperti orang lain.

Pemakaian kostum, kesungguhan dan props semuanya diambil kira. Ini kerana hadiah wang tunai RM500 ribu itu satu jumlah yang besar

fazura

Diharap Zizan serta pelawak-pelawak MLM2014 yang lain mengambil iktibar daripada apa yang terjadi. Yang penting jangan mencelah ketika juri-juri memberi komen. Berlawak sikit-sikit bolehlah. Tapi jangan puas ayat tidak puas hati dan sebagainya. Juri dibayar untuk mengadili anda. Kalau tak puas hati dengan bintang yang diberi, tingkatkanlah persembahan pada minggu seterusnya. Tak gitu? Apa pun, Abang Nara tak sabar menanti separuh akhir MLM2014 Jumaat ini. Agak-agaknya siapa yang akan tersingkir?

P.S: Hai Olga dan para pengkomen BeautifulNara. Janganlah pindah pergi blog lain. Abang Nara baca komen korang. Nanti Abang Nara bodek korang pulak ye. I love you.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Penjelasan Panjang Lebar Nur Fazura Tentang Status Tegurannya Kepada Zizan Razak

    • Anonymous says:

      boleh x pertandingan realiti tv mcm ni, org2 yg terlibat, jgn gunakan media sosial nak ckp psl ketidak puasan hati, mentor pun sama, maharajalawak pun sama. pls laa.. professional la sikit.. low class…

      0

      0
      • Olga says:

        semak la velog ni.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kenapa persembahan solo caca marba serba tak kena lagi tak menepati tema, ngko boleh bagi 5 bintang kalau udah tahu hadiahnya 5 ratus ribu? Nampak sangat ngko ni bias dan emosi… Berdendam dgn kumpulan virus sampai bagi 2 bintang… Ketahian apakah ini? Jangan nak sembang macam profesional jika tingkah laku ke laut..

          0

          0
      • Saya Olga says:

        maaf, velog abang ni dah jadi mcm pasar tani…semua benda ada. serabut tau dak apatah lagi balik drp kerja. pening kena telan panadol. :(

        0

        0
    • hanuuu says:

      setuju. 500 ribu jumlah besar tu

      0

      0
    • BETTY RETIS SUAM PENEMAN VVIP says:

      AKU PON NAK PINDAH KAT BLOG LAIN LA !!!
      ABE NARA , CEPAT GI BODEK AKU !!!
      ASIK OLGA JE NGKO INGAT !!!

      ASTRO MEMANG KELAS DLM BG HADIAH !!!
      TAK MACAM TV3 , MENANG AJL PON SETAKAT 50K !!!

      MALULAH SIKIT TV3 !! MANA PEGI 3JT YG QUPUTEH TAK PUTEH2 TU LABUR ??? HAIHHHH

      0

      0
    • Olga says:

      HAHAHA NARA SEBUT NAMA I KER,MAAF NAK MENCELAH OLGA ORI TULISAN BESAR JE YG LAIN2 TU FAKE JE TU

      0

      0
    • Olga says:

      YG CKP I NK PINDAH KE BLOG ROTIKAYA TU BUKAN I K YG TU DATIN SEMAH YG MENYAMAR JADI I JE,OLGA ORI YG BERTULISAN HURUF BESAR JE

      0

      0
    • zarra says:

      Blog Abg Nara ni best sbb senang nk komen and gambor xyah nk click satu2 mcm rotikaya and oh! bulan tu. Tapi yang menyakitkan mata adalah iklan yang banyak tu.

      Lepas tu keduanya abg Nara ni lembab. Kalau nak cedok berita dari IG retis tak pe lah sbb semua bolgger wat cmtu tp abg nara cedok dari blog org masalahnya. Kalau abg Nara nak bodek kiteorang satu jer kiteorang nak. Kiteorang nak abg Nara lebih pantas dan efisyen dari dorang mulai esok. Kalau tak babaiiiiiiiii. Better pi Rotikaya lg cepat w.pun cm susah jgk nk click gambor satu satu.

      0

      0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      dh la fazura…u jangan layan lah si zizan pendek tu huh ! u buat bodoh sudaaaaa….si zizan tu kalau u layan makin menjadi diaaaaaa….lov u fazuraaaa……..u sabar aje ok..

      0

      0
  1. x pyh nk tgu sgt nara hoi..
    jwpn astro tetap sama..
    tgok je sama ada zero lawak ke atau x ths week..
    if zero x lawak cnfirm sgt3 diorg yg out..
    tp aku harap sgt nabil n virus tkeluar..
    astro bias..

    0

    0
    • love u abg nara yg hensem says:

      hahaha..love u abg nara..sape lagi yg abg nara ingat pngkomen? acu try cubo test list sini..xkan olga je kot? yg lain jelosss tu..hahahaaaa

      0

      0
  2. poyos la says:

    xbest pon virus ..lawak merapuuuuu ..

    0

    0
  3. sasa says:

    Sensetip pulak macik ni, udah2 la tu….da namanyapun maharaja lawak, kerja dorang melawak setiap masa…tk pk org rasa ke idak, saya percaya dorg xda niat nak blagak tuh, sekadar melawak…..kalau awk da perpanjang ceta cam gini, juri yg nampak sangat lagaknya perasan bagus…..tp lawak ttp virus kurang best

    0

    0
    • kejong says:

      elok la dia cakap gini supaya next time isu ‘kurang ajar’ dgn juri dpt dikurangkan… sorry to say…zizan n nabil mmg selalu kurang ajar…tak ada sifat respect..perasan best sgt kot…

      0

      0
    • Anonymous says:

      teringat nabil pernah ckp pd dato jalal…siap suh org tua tu repeat balik kalo x lawak…pejadah nye die ingt dgn repeat balik lwk sgt ke kelako die…tu lg kuang ajor….nabil n virus ni kuar jela….next musim x pyh masuk MLM lg…idea korg dh basi..yg virus lak maybe diorg nk cover malu,sbb tu suka menyampuk bile juri komen..konon x pyh bg bnyk bintang..mmg xde sape nk bg bnyk bintang pun…lg nak singkir diorg ade la…phuii..

      0

      0
  4. KELOLO says:

    What????? Abang Nara bodek readers.. siap sebut nama.. amboi amboi amboi….

    Virus… sesuai dengan… berpenyakit! perlu dihapuskan dari MLM

    0

    0
  5. brader says:

    hahahah…nara ingat nama olga dn lain2 je….

    0

    0
  6. Anonymous says:

    kalo nk di pikir kan lwak semua nya lawak..skrg pikir balik diorg semua buat lwak..mmg juri tugas dia berat..so knpa perlu terasa..dkt mana pon diorg brda dorg ttp buat lawk..dn mmg diorg popular..mmg manusia biasa ttapi boleh kita bezakn berapa byk peminat yg follow diorg..mmg byk..dn mmg ternyata diorg popular..alah masalah terlalu kecil untk nk di perbesar kn..senang ckp semua jln kn tugas masing2x..

    0

    0
  7. hana says:

    She will always be a BIAS JURI. Group lain buat tak nampak, pandang sebelah mata kot. Nama pon ‘LAWAK’ ko nak expect ‘Who want to be a billionaire?’ kat sini? Ni mesti bender merah malam tu…Tu yg sentap…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ini bukan nya RANCANGAN SERIUS!! INI MAHARAJALAWAK bkn MAHARAJASERIUS!!
    cuba korg eja LAWAK dn SERIUS..dn tentu, tentunya korg pon da boleh pikir LAWAK apa makna dn SERIUS apa makna..mmg rancangan 500 ribu..x da spe pon suroh buat rancangan menang smpai 500 ribu..awk x sokong spe2 pon..awk cuma nk tngok lawak tgok MAHARAJALAWAK.1 lgi ckp manusia biasa..apa?? “dia” tuhan kerr?? nk adili org dn sentap smpai mcm too sekali..so pikir kn la yea..yg burk dtg dri kite yg baik dtg dari YGMAHAESA.

    0

    0
    • safiq copot says:

      why so serious..

      yg pasti virus serius x lawak..
      diulangi dengan seriusnya bahawa virus buat lawak yg serius utk difikirkan lawaknya..lawak serius or serius lawak..
      so dengan keseriusan masalah lawak tersebut…serius kata..sila keluar..serius jgn undi virus

      yg benar
      sy yg menghidapi virus serius

      0

      0
    • Anonymous says:

      Memanglah rancangan maharajalawak. Habis ko nak juri bagi komen secara melawak? Ko ingat orang undi tu melawak sesaje nak undi? Ko ingat orang lain yang lagi lawak dari virus ni sesaje melawak buat lawak dengan bersungguh-sunguhnya tetiap minggu? Ko ingat astro melawak bagi hadiah sampai 500 ribu tapi peserta tak lawak nak mampos ?

      0

      0
  9. ICHI says:

    CANTIK PLAK FAZURA NI

    0

    0
  10. aliaaaaa says:

    Satu sebab je kenapa Virus tk keluar keluar dari MLM.
    Sebab, ZIZAN KAN DUTA KITKAT.
    So mana lah boleh buang Virus dari MLM. Dah ada kontrak between
    Astro-Kitkat-Zizan. Paling paling pun masuk final even tk juara pun. Hm

    0

    0
  11. bedah bedot says:

    Memang pun hadiah sangat lumayan, jadi persembahan mesti yang berkualiti dan boleh buat kita kih kih kih tak henti2… Virus jangan ambil lewa dan perasan ramai peminat! Takkan peminat bodoh nak buat2 ketawa kalau tak kelakar.

    0

    0
  12. rora says:

    virus bole jln la.. kalau virus menang, memang lanciaw !

    0

    0
  13. Olaf says:

    ko org nk gi blog lain..gi la..aku lagi suka blog bang nara ni..senang nk bukak n pas tu senang plk nk tengok pic…nk komen pn senang..x lembab..y lembabnya cuma kadang bang nara bagi berita tentg retis ni dh ad y dh basi sikit…blog lain dh keluar dlu…ye tak bang nara….

    0

    0
  14. hiHugh says:

    Vu

    0

    0
  15. mak siti itu comel says:

    bila pulak akak zura nak muhasabah diri bab bertudung..aurat tu kak.. api neraka panas, cuba test letak tangan atas dapur..hangit kak…hangittttt..

    p/s: muka lawa tak menjamin ada otak, cuba buat lawak menjamin sel2 otak berhubung

    #jalan-jalan cari makan

    0

    0
  16. Anonymous says:

    x de spe pon sruh abih kn kredit utk undi x da spa pon sroh melawak bg 500 ribu?
    itu semua ats org tu sndri..dah dia nk buat semua to dia punya hal la..x de spe sruh pon..

    0

    0
  17. Jerry says:

    Dulu suka sgt ngan jozan. Mmg perasan pun virus tu suka mencelah masa juri bagi pandangan . Depa ingat lawak le tu masa mencelah masa org bagi komen…itu kurang ajar nama nya. Kita ajar ank2 kita masa berckp jgn masuk campur.. tapi klu dah tua buat perangai cam tu..namanya kurang ajar dan biadad. Perasan tak klu juri kasi komen … depa ni selalu gedik sgt termasuk la johan dlm rajawak kot .., makin popular makin x profesinal dan makin hampas. Tak lama tu x lama lagi jatuh merudum le.. jgn salahkan peminat …salahkan diri sendiri. Skg nk tgk Jozan , nabil kat tv…rasa mcm buang masa… SYABAS!!!!!!Miss Fazura … WELL DONE .. GUD JOB . U did a right thing.. if I were u no bintang for this kumpulan Hampeh ni.. Jozan nabil. Rezeki di tgn tuhan … ko org slowly dh kurang org suka kat korang … fikir2la.. ikut rasmi padi bros.,

    1

    0