Written by AbangNara | November 2nd, 2015

Minggu lalu, kecoh di laman sosial tentang luahan rasa tidak puas hati salah seorang stokis Naelofar Hijab milik Neelofa. Biasalah bila berniaga akan timbul macam-macam dugaan serta cabaran. Apa yang penting ialah bagaimana kita menghadapi cabaran dan dugaan tersebut. Adakah kita akan melatah? Adakah kita akan mengamuk? Adakah kita akan berdiam diri? Abang Nara suka dengan cara Neelofa yang telah membuat penjelasan panjang lebar menerusi kolum “Nota Neelofa” di Metro Ahad semalam.

neelofa hijab

Abang Nara cuma ambil beberapa bahagian yang penting sahaja. Kalau nak baca yang full, bolehlah pergi belek semula Metro Ahad semalam. Tulis Neelofa:-

Lofa hendak tegaskan awal-awal yang ini hanyalah penjelasan Lofa. Tiada niat Lofa untuk menghentam atau menunding jari siapa yang salah atau pun betul. Diharapkan dengan penjelasan Lofa ini, sedikit sebanyak mampu menjernihkan keadaan dan persoalan yang bermain di pemikiran peminat dan penggemar Naelofar Hijab.

Mula-mula Lofa dapat tahu akan hal ini, memang Lofa sedikit kecewa dan marah. Bukan marah dengan si pengadu. Lofa terlebih dulu marah dengan kakitangan Naelofar Hijab. Bagaimana perkara seperti ini boleh timbul? Bagi Lofa, jika ada aduan, pasti ada kelompongan di mana-mana. Tapi marah Lofa tidaklah sampai mengamuk atau bertindak di luar batasan. Lofa ambil pendekatan untuk siasat dan selidik sendiri akan dakwaan yang timbul.

Tanpa buang masa, Lofa terus siasat sendiri. Nak dipendekkan cerita, dakwaan yang dilemparkan si pengadu ternyata tidak berasas sama sekali. Memang benar individu tersebut merupakan stokis bertauliah Naelofar Hijab. Tetapi selepas dibuat siasatan, stokis tersebut memang mempunyai masalah yang hanya mereka sendiri tahu.

Lofa tidak mahu jelaskan apa masalah stokis tersebut kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan, cuma pesan Lofa kepada mereka yang hendak berurusan dengan pihak ketiga atau mana-ana stokis untuk apa-apa produk sekalipun, agar jangan mudah terpedaya dan termakan janji manis.

Cara terbaik andai anda berasakan si penjual tidak bersikap profesional dan melaksanakan perniagaan mereka di luar daripada kebiasaan, segera batalkan urusan pembelian anda. Kerana kesilapan dan tembelang hampir pecah, si pengadu mengambil langkah mudah dengan meletakkan kesalahan ini di atas bahu Naelofa Hija. Ini semestinya satu perkara yang tidak adil bagi pihak Naelofar Hijab.

Untuk pengetahuan pembaca, untuk menjadi stokis Naelofar Hijab buknalah mudah. Mereka yang berhajat perlulah memenuhi pelbagai syarat yang sudah ditetapkan oleh pihak Naelofar sendiri. Alhamdulillah kini Naelofar Hijab mempunyai lebih 700 stokis berdaftar dan bertauliah. Walaupun proses pemilihan dan perlantikan stokis agak ketat, namun ada ketika kita terlepas pandang perkara kecil. Dan inilah apa yang berlaku kepada Naelofar Hijab.

Bayangkan dengan 700 stokis yang pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk pihak Naelofar Hijab uruskan. Apabila ia membabitkan 700 stokis bermakna 700 ragam yang perlu kami ikuti rentak mereka setiap hari. Tetapi Alhamdulillah sehingga kini tiada sebarang masalah besar timbul.

Kalau ada pun hanyalah masalah komunikasi yang pantas diselesaikan pihak Naelofar Hijab. Tambah pula di syarikat yang Lofa tubuhkan ini kami percaya stokis adalah nadi utama dan jantung kepada kejayaan kami hari ini. Sekiranya perniagaan lain menitik beratkan strategi pemasaran dengan melaburkan ratusan ribu ringgit untuk tujuan publisiti besar-besaran di dada akhbar ataupun televisyen, di Naelofar Hijab boleh dikatakan kami bergantung kepada konsistensi dan keupayaan stokis kami.

Pemasaran kami lebih bersifat bersahaja dan mesra. Jadi sangatlah mustahuil untuk kami mensia-siakan usaha dan kerja keras para stokis kami. Tanpa stokis, tidaklah Naelofar Hijab berada sehingga ke tahap hari ini. Terkilan memang terkilan, tapi Lofa tidak boleh jadikan ini sebagai satu alasan yang boleh mematahkan semangat.

Lofa harus ingat akan sebab utama jalankan perniagaan ini dan mewujudkan sistem stokis. Lofa percaya akan konsep rezeki di bumi Allah SWT ini ialah rezeki bersama dan perlu dikongsikan. Lofa nak berkongsi rezeki Lofa bersama mereka yang lain, terutamanya kaum wanita.

Alhamdulillah hingga kini banyak maklum balas positif yang sudah Lofa terima. Ada yang dahulunya hanya seorang suri rumah yang bergantung kepada pendapatan suai semata-mata, kini sudah mampu memiliki butik sendiri. Tidak kurang juga yang menjadikan stokis sebagai sumber pendapatan kedua.

Perkembangan ini sememangnya sangat menggembirakan Lofa. Sekurang-kurangnya Lofa mampu menyumbangkan sesuatu kepad amereka. Berjaya atau tidak, itu terpulang kepada individu sendiri. Lofa hanya mampu menyediakan platform sahaja.

Macam Lofa katakan di awal tadi, Nota Neelofa pada minggu ini bukanlah bertujuan untuk menghentam. Ianya hanya medan untuk Lofa menjelaskan apa yang termampu. Lofa hargai kritikan yang diberikan. Berita yang sudah menjadi viral ini semestinya ada sisi positif dan negatifnya.

Sudut negatif, ia membuatkan Lofa mengenali siapa yang lebih ikhlas dalam bekerja atau tidak. Positifnya pula, sekurang-kurangnya ia telah membuka mata Lofa dan mengajar Lofa untuk lebih berhati-hati dan cekap dalam menguruskan perniagaan. Sehingga bertemu lagi, Assalamualaikum.

neelofa hijab

Abang Nara suka dengan penjelasan Neelofa. Tiada nada marah, geram atau pun tidak puas hati. Yang paling penting ialah Neelofa belajar sesuatu daripada kontroversi ini. Semoga dengannya, sistem pengurusan stokis Naelofa Hijab akan menjadi lebih cekap di masa hadapan. Bukan senang mahu mencari seorang wanita yang hebat berniaga seperti Neelofa di zaman sekarang ini. Teruskan berniaga dan teruskan usaha anda. Semoga semakin dimurahkan rezeki. Amin Sumber Metro Ahad.
lofa 3UPDATE: Seperti gambar di atas, ada perkembangan terkini daripada pihak Naelofar Hijab sendiri tentang hal ini. Semoga ia dapat membersihkan nama Neelofa dan juga Naelofar Hijab.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

62 responses to Penjelasan Panjang Lebar Neelofa Tentang Isu Stokis Naelofar Hijab

  1. hihihihihiii says:

    ye la tu lofa… mslahnya ramai dh yg kena…bukan dia sorg ja…cuma x ramai yg nak update ja…mmg lofa arrogant la…sorry

    0

    0
    • Anonymous says:

      semua org boleh bukak business tapi nk kekalkan business tu..alahualam.
      byk kompani2 yg bangkrup di msia..majoriti milik kompani melayu.
      pikir2 lah….

      0

      0
      • kak nam says:

        neelofa x salah.
        yg salah..”org2″ dibawah dia tu la.
        yg dibelakang x ikut prosedur dan etika perniagaan.
        buat biznes mcm jual gula2 kt budak2.
        cannot….

        0

        0
        • pelik says:

          klau x pandai jaga stokis2..habis lingkup la.
          nk jadi stokis 5 ribu? aku nk jual tudung ko, knp aku yg kena bayar?

          0

          0
        • Anonymous says:

          kak dia yg dgn sharnaaz tu la.
          kalu aku, dah lama aku buang.

          0

          0
        • datin zemah manzur says:

          ibarat kes 1MDB la….yg kt atas x reti tadbir, habis semua lingkup.
          huhuhu. so?

          0

          0
        • Miss K says:

          Aik ckp pasal diri sendiri ke kak mah? Hewhewhew

          0

          0
        • Tumpang Tegur says:

          Tudung apa ni? Masih nampah shape tetek…baik free hair je…dah le singkat! Fungai tudung tutup aurat. So mmg byk dugaan la. Jgn mempersendakan agama. Tuhan kasi warning tu…

          0

          0
        • Aku Pun X paham says:

          Bila org komplain sket ckp fitnah…habis sampai bila nk berubah? Perbaiki lah. Kalau mcm ni sampai bila pun akan ada masaalah!

          0

          0
      • setuju komen kau says:

        aku setuju sangat dengan komen kt atas ni.. salah 1 sbb org melayu ni kalau dah berniaga nak untung lebih je. rugi sket x nak.. lg 1, susah nak terima nasihat..org nasihat utk kebaikan dia, sebaliknya sentap menyentap lak kejanya.. pastu rasa diri sndiri je betul.. cuba2lah serap sikit nasihat orang lain.. x kira lah kau tu br setahun jagung atau dah lama berkecimpung dlm perniagaan.. jgn dok besar kepala sgt pastu syok sendiri.. menyampah pulak aku org cm ni.. pastu kalau dah berniaga nak untung atas angin je..lepas semua kt pekerja.. kalau pekerja buat taik, dgn kau2 skali tergolek dog.. pikir2kan la ye… jgn ingat kta je yg betul *sekadarluahanrasatakpuashatitengoksedarasendiriberniagatahpape

        0

        0
        • krik2 says:

          isu ni senang je, x payah nk bla bla bla…..
          bayar duit deposit tu lekas. duit org cepat ko nk, bila nk bayar balik….sepi.

          0

          0
        • x adil says:

          Peniaga melayu selalunya bila dpt untung, duit yg ada didahulukan utk perbelanjaan personal anak beranak adik beradik sedara mara. Yg x berkerja kat syrkt tu pun elaun tiap bulan diberikan. Saki Baki2 duit yg ada baru nk byr pekerja. Gaji pun susah nk naik …bonus lg lak susah nk nmpk bayang sbb tgok akaun mcm x untung.kebajikan perkerja x dijaga. Dulu Aku pernah kerja dgn sykt mcm ni kejap je. Staf pun x ada yg bertahan..kejap2 tukar org.

          0

          0
        • Kisah Benar says:

          Melayu mudah lupa. Bila untung skit mula la kekwat dgn customers. Aku pernah pergi kedai perabut. Aku cakap perabut2 si polan ni mahal. Lepas tu minah tu sound direct- byk lagi org2 kaya yg akan dtg sini. Aku terus nyumpah. Lepas setahun…kedai tu..tutup!!! :D

          0

          0
        • Anonymous says:

          dari mula2 neelofa masuk dlm industri hiburan ni pun aku dah tak berkenan.
          Too Hypocrite to handle.

          0

          0
      • alamanda says:

        tu la kan kdg2 kat instagram semua nampak baik je.. tapi kt xtau ape disebaliknye.

        0

        0
        • Fakta says:

          Family diaorang ni guna populariti Neelofa je. Bukan kerja keras drp bawah!! Nama dan modal dah ada, bukalah business. Tapi semuanya hangat2 tahi ayam. Haram x reti buat business. Sekarang Neelofa la nama busok!

          0

          0
      • Lolita says:

        Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Just too bad la!

        0

        0
    • org johor says:

      tipikal. Orang kelantan yg kaya memang mcmtu. Bab Show-off No.1, mcm dia sorang lah mampu beli. Ckp tak nak kalah! Yg aku pelik, org2 Kelantan ni mmg ramai yg kaya2, tp kenapa tak nak sama-sama bangun kan negeri sendiri???

      0

      0
      • Jemah says:

        Habis org johor suka gaduh apa cer?!! Nak salahkan org lain, salahkan jelah, tak payah kot nak sebut negeri mana bagai. typicalMalaysian# a bit childish.

        0

        0
        • Anonymous says:

          org kelantan, datang kl beli rumah banglo bertingkat-tingat. masing2 bawak kereta mewah. shopping kalah indon yg kaya dtg msia. buat duit mmg cekap. balik kelantan naik motor buruk…. cover line.

          0

          0
      • kekwa says:

        saja lah tu nak timbulkan pergaduhan..acah2 tulis org johor padahal tinggal kat negeri lain..lol

        0

        0
        • Nara says:

          Lofa is soooo good at manipulating. Tau sgt. No matter how bad the situation is, sesetgah org mmg cukup cerdik utk putar belit bagi menyelamatkan keadaan.
          Sy knal sgt org mcm ni.
          And come on nara, lofa tulis dlm paper kot. Takkan nak sound2 marah2. Of course kena be professional. Tapi balik rumah jmpa mak & kakak dia ambik hang kluar hbis sgla carut marut.
          Ya rabbi jgn terpedaya lah dgn muka cantik manis anak branak dorg tu.. Sape yg tau, yg kenal family lofa tau lah. Aku tknak cite lebih2, just nak ingatkan tu je.
          Kelantanese yg gila duit, too proud, too bongkak/blagak, yes. Thats it.

          0

          0
      • Oo says:

        org johor asal bola aja nak gaduh.. Baik fans mahupun player.. Tambah pulak dengan sultan yg tengah show kaya tu….

        0

        0
        • org pahang says:

          org perak pun ape kurgnye…bl tgk bola asik nk gaduh,,..pastu claim ckp penyokong johor buat taik…y gne nme johor tu aku lempang skali br tau….ko x yah nk busuk kan nme johor laa nokss…..ntah2 ko ni duk kat ceruk mne pastu gne nme johor…dah2 laa..malaysia ni kecik je…asik nk bergaduh je..itulah org melayu tahu…x kire dr negeri mane pun…org melayu mmg kaki gaduh…tgk je laa kes lowyat tu haaa….samseng taik org melayu ni…

          0

          0
      • kkkk says:

        habistu org johor mcm mana pulak ye? suka makan laksa johor ke kahkahkahkah takyah tanya pon takpa sbb muka ko mcm laksa kuikui

        0

        0
        • Johor Puii says:

          hahahahaha, ada hati nk lempang org, asyik nak bergaduh? tapi nickname guna nama “org pahang” nk busukkan org pahang lah tu, pastu siap mention org perak lg, padahal nampak beno kau org johor. adoii lah mak, kata org paku serpih, kata org dia yg melebih2. org johor, org johor. mcm2 ragam.

          0

          0
    • minah jambu says:

      ah suda la lu lofa ! orang semua 1malaysia dh tau u punye prangai ! jangan nk eksen baik sangat lah dengan u punye alasan n cakapan u yg panjang lebar tu huh!!

      0

      0
    • Kiah says:

      cuba citer sikit apa syarat2 nk jadi stokis dia??? ketat mcm mana?

      0

      0
    • Hidayah says:

      Masha Allah. Banyak lagi benda lain boleh diutarakan untuk pembangunan. Sebenarnya, fitrah diri ni dh boleh cam si stokis tu ckp x betul. Mencarut, menghina. Nauzubillah. Neelofa x melatah x over pun, bkn itu korang nak. Biasalah tu ade masalah sikit dlm bisnes, die cubenk betulkan. Lofa dh buat siasatan lanjut, die tahulah jauh mana kebenarnnya. Korang jgn membuta tuli je. Dah x ikut peraturan sape suruh? Aku ni bkn la peminat lofa tp aq sukala fie komited and seems very enthusiast in her work. Korang kutukla banyak banyak, korang ade company in run that worth million ke?

      Ps tudung die ade yg labuh.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    baru buat business tudung dah kecoh.
    pergi ambik business studies…baru leh buat business.

    0

    0
    • Mat sahdos says:

      yaaaa, budak2 buat business. camani la. org lain business berjuta-juta. yg ni, stokis pun xleh nk handle. malu la.

      0

      0
    • Pekerja Gomen says:

      Ada plak persepsi mcm ni..
      Aku ambik master pun tak cakap mcm ni..
      Takkan la org yg ambik business study je yg layak buat bisnes makcik oii..
      Experience is the best teacher…
      Pengalaman yg ko kutip dari kegagalan adalah yang pelajaran yang terbaik.
      Patut kita jangan baru buat bisnes tudung dah kecoh!
      Betul la org melayu mmg suka jatauhkan melayu..
      Patutnya cakap “Lofa kalau nak maju kena baiki mutu marketing dan stokis dealership, baru boleh pergi pasaran international. Kalau perlu post-mortem balik Neelofar Hijab punya dealer / stokis development team.”

      Betul… 700 stockist… 1% punya komplen takkan habis semua terpalit taik…

      0

      0
      • Anonymous says:

        masaalahnya…. si kakak lopah tu lah. x profesional dan sombong.
        kalau aku…dah aku tendang kasi duduk rumah je. she is the bad apple in the company.

        0

        0
      • cili pedas says:

        setuju!!! org2 melayu mmg byk x reti buat business!!! nk jaga account/book-keeping pun x reti. mcm mana nk buat business? bab berlagak mmg no1. padahal ,dlm company account, lebih hutang drp untung. 6 bulan bukak business, dah keluar kereta baru. tu pun sbb bank loan. untung,,,, belum tentu. :(

        0

        0
        • akram says:

          tipikal melayu. bukan nak support bangsa sendiri..tapi lebih kepada mengutuk. yang suka mengutuk ni biasanya mesti hidup tak tenang kan?tanya jer

          0

          0
        • Anonymous says:

          terasa ler tu.

          0

          0
        • shah says:

          hakikatnye mmg camtu akram woi….bnde ni terjadi sndri kat fmly aku…bkn org lain..br bkk bisnes x smpai sethn dh kuar kereta br,beli rumah banglo…sethn je berthn bisnes pastu lingkup…pekerja lari sbb dh lme x byr gaji..tp sedara aku ni ckp xnk kalah…ckp staff die y x btl cb belot die…last2 rumah banglo kene lelong dgn bank tp cite kat sedara rumah tu nk sewa kat org…sj nk duk dgn mak…puiii…dh lingkup camtu pun masih x sedar diri…masih lg nk berlagak…urmm…xtau nk ckp org melayu ni…pastu nk beli brg semua nk y branded2..shopping semua nk kat klcc…dh xde duit tu buat je laa xde duit…x fhm btl aku…jdkan org cina sbg cth dlm bisnes…5 thn pertama mrk bese2 je..naik moto kapcai pun ok…tp bisnes maintain…10 thn br laa bermewah2 skit..bljr laa cara berbisnes dr org cina..wlpn kt slalu kutuk diorg tp dr segi ekonomi kt kene akui mrk lbh maju dn berdaya saing…no dengki2..malah mrk bantu bangsa mrk..org melayu??camne kt y melayu ni nk tlg sedangkan org melayu sndri berniaga pun byk menipu…

          0

          0
        • nim says:

          btul tu org melayu byknye buat bisnes tk pk panjang.tau nak untng cepat, kije senang..lagi satu tk kretif…org jual tudung die pon sibuk nak jual tudong belake sume…..tgk org cine mcm mcm jenis industri diorng masuk line boleh kekal smpai ank cucu…kite nih balik2 jual tudung , kedai makan

          0

          0
  3. Anonymous says:

    aku pkai tdung rm 10 je sbb funtionnya sama mcm tdung yg harga rm 70-80.. cuma beza kualiti.. bak kta tun mahathir.. beli bag yg harga rm 450 tpi isinya 0 tpi beli la beg rm 50 tpi isinya rm 400..
    #betulkan jika salah..

    0

    0
  4. lalal says:

    ye la tu.. dl bellavita pun sama juga.. mn ada update stokis kaata hold ke apa ke.. terus diam ja.. kita nie yg awal2 tlg jual tp haram buat x tau ja

    0

    0
  5. Anonymous says:

    yg menjahanamkan business adalah kakak neelofa sendiri.
    org atas x tahu buat kerja, mcm mana kt bawaj nk teratur.
    k bai.

    0

    0
  6. lara alana says:

    statement cover diri tak tahan tu, ayat sopan jee. cuba kakak adik kau punya statement? caci maki carut bagai ayat kan. sedar la, downline dropship kecik2 ni la yg buat bisnes kau untung padahal tau jenis tudung kau datang drp siam jee. berlambak tudung kau kat kedai muaz jln tar tu, kau jer taktau. hikk

    0

    0
  7. neeolgah says:

    kerana attitude si kakak…business n adik nama busuk. :(

    0

    0
  8. Diva Meletops says:

    Adoi.. angel in disguise habis.. cakap semut pun tak mati.. siapa yang jadi stokis jer yang tahu cerita sebenar.. dorang pandang stokis ni macam kecik sangat.. macam hadap sangat nak jual tudung dorang.. .. dorang tak tahu ke sometimes stokis dorang tu ada yang datin, anak orang kaya, wanita berkejaya… cuma nak jual tudung ni suka-suka jer…

    Kalau nak cerita pasal kakak2 lofa ni… sampai esok pun tak habis cerita.. sound stokis main sesedap rasa jer.. tak professional langsung.. harap kakak2 lofa tu gi belajar kerja dengan syarikat-syarikat besar dulu then baru kerja dengan company family sendiri and tahu etika kerja professional macam mana…. and jangan perasan diri tu retis and nak diva juga…

    0

    0
    • macam2 says:

      ha setuju. Aku nak simpul kat sini, kalau takde ilmu takyah meniaga. Merosak niaga je. Malu wei orang melayu meniaga macam ni. Setakat ada rupa jadi popular, tak payah la weh. Ilmu tu sgt penting kot.

      aku nk nasihat adik2 biarla kita tak kaya pun, tak pakai kereta range rover, tak ada bungalow ber swimming pool, asalkan ada ilmu. Ilmu tu penting beb. Sayang neelopa ni budak bijak tapi cemerlang ke arah itu.

      0

      0
  9. Syazana says:

    Dah stop beli tudung lofa.. kualiti tudung semua tak sama

    0

    0
  10. lola says:

    makin mengarut pulak baju lofa sekarang ni.. (sori lari tajuk..)

    0

    0
  11. Tragissss !!! says:

    ni kalau ambil course costing, marketing n management kt college….mmg failed.

    0

    0
  12. lily says:

    rata2 komplen psl kakak dia….
    so, siapa yg meruntuhkan bizness.
    fire that bitch.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Nee, I love U so much..abang tak kisah pun siapa yang salah,yang penting abang cinta padamu sayang..

    0

    1
  14. Anonymous says:

    rse mcm si lopak ni byk x jwb soalan gak.. org komen psl duit dinner kutip tp even takdok, pasl knpe kne byr utk dy promote stokis, tp yg dy dok komen putar balik citer konon nk nmpk baik..ntah pape.

    0

    0
  15. Godek says:

    alahh kaki putar belit.Syg otak pandai,muka cantik tp nan hado..Lopa & satu family semua talam dua muka..pura2 baik dpn umum,padahal perangai dh mcm ungka kt blkg.

    0

    0
  16. analulu says:

    Setakat “nota neelofa” camni aku pun boleh tulis panjang lebar. “Whateverlah, bende dah jadi ape boleh buat. Janji aku bagi explaination korg nak terima atau tak terpulanglah yerr” kata neelofa

    0

    0
  17. Nara fever lofa says:

    Nara ni mmg suka lofa betul..lofa betul ke salah ke tetap tulis tentang lofa yang baik-baik je..

    0

    0
  18. Kupu-kupu Emas says:

    Tergelak aku tgk org kutuk2 org lain ni.. Tup2 dapat dosa free..Tahniah! Business mmg payah..Mcm2 cabaran n ragam nk kna layan…Klo sume org mulut busuk mcm ni… Asyik gado2 n kutuk2 je…Mmg payah laa semuanya nk maju… Masing2 sibuk nk jatuhkan org lain…Aku pn bt business kecik2 ni…Pape masalah settle blkg laa…Bila org da tau mcm ni, abis laa reputasi syarikat… Semua pihak rugi…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Melayu buat business….itu la katakuncinya!

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Tudung ni x menepati syarat hijab. Masih x tutup dada dik. Beli tudung pasar malam 20rm boleh tukar selalu dan juga …labuh. Ni tudung pesyen bukan kerana agama…

    0

    0
  21. Puihhhh says:

    org melayu x reti berniaga. belum apa2 dah sombong. x reti jaga hati org2 sekeliling. siap maki hamun…pehal?!

    0

    0
  22. Yekeni says:

    Soalnya kenapa begitu ramai yg support beli tudung dia? Heran lah i. Ramai yg mengata tapi tudung dia laris jugak. Mcm perfume che ta. Ramai yg kata che ta itu ini. Tapi laris jugak.

    You all should stop buying celebrity products. Overpriced but low quality. Period.

    0

    0