Written by AbangNara | February 4th, 2015

Susulan dakwaan Eina Azman bertanggungjawab memecah belahkan hubungan kekeluargaan suaminya,  Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix) dan adik beradiknya, ahli perniagaan ini telah tampil memberikan penjelasan yang cukup membuatkan Abang Nara terharu selaku seorang yang beragama Islam. Eina Azman tiada kaitan langsung dengan apa yang terjadi, sebaliknya sikap 2 orang adik beradiknya tersebut yang menyebabkan Datuk Gmix tidak mengundang mereka ke majlis resepsi yang telah berlangsung baru-baru ini.

eina azman

Berikut ialah penjelasan Datuk Gmix yang dimuatnaik menerusi komen di Instagram:

sis

Ini adalah versi alihbahasa secara mudah:-

Kesemua sister (tidak diketahui kakak atau adik) telah hadir tetapi yang 2 orang tidak datang. Saya tidak pernah menjemput mereka kerana mereka membenci Islam dan memaksa saya menukar balik agama saya ke Sikh. Saya tahu apa yang saya pilih dan saya pilih Islam kerana saya mencintai Islam. Ayah dan ibu saya membeli baju untuk hadir tetapi yang 2 orang itu tidak membenarkan. Emak saya menangis dan bercakap kepada saya. Saya akan berjumpa mereka di mahkamah kelak. Allah Maha Besar. What goes around comes around (tak tahu nak translate camner)

eina azman

Sesungguhnya ini adalah ujian yang besar buat Datuk Gmix dan keluarga. Apabila memeluk agama Islam memang sentiasa ada cabaran. Namun Abang Nara pasti kematangan Datuk Gmix mengendali hal ini tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka. Umpama menarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Sama-sama kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 responses to Penjelasan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Ini Pasti Akan Buat Terharu Selaku Penganut Agama Islam

  1. rora says:

    alhamdulillah . semoga berkekalan !

    0

    0
  2. HAMBA ALLAH says:

    SEMUA MASALAH ADA JALAN PENYELESAINNYA.. ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH JADI JANGAN LAH KITA MENGERUH KAN NYA. WALAU PUN DATUK GMIX NI SAUDARA BARU, MUNGKIN DIA TELAH BELAJAR MENGENAL ISLAM DARI PERINGKAT YANG AWAL LAGI TANPA PENGETAHUAN KELUARGA KAN. HORMATI LAH APA PUN JUA AGAMA YANG DI ANUTI KERANA TIADA 1 AGAA PUN YANG MENGAJAR KITA BERPECAH BELAH.

    0

    0
    • mmg laser says:

      kalau agak la si eina yg convert agama, ko still nak ckp “HORMATI LAH APA PUN JUA AGAMA YANG DI ANUTI KERANA TIADA 1 AGAA PUN YANG MENGAJAR KITA BERPECAH BELAH” lagi ka? ingat lah…bukan mudah bg keluarga dia nak trma sekelip mata mcm tu aje…mmg la hbgn kekeluargaan msh ok tp tetap tak sama…cth, brpa ramai yg sanggup datang umah fmly datuk ni makan guna pinggan mangkuk, makanan yg dimasak dgn kuali mrka..kena fhm jg perasaan kakak2 dia nak lepaskn…

      0

      0
      • aku tetap aku says:

        aku sokong.. kalau eina yg convert ke agama lain dan buat status gine rupe, tak de nye ko nak terharu nara oi.. semua dok pakat maki macam2. tak kan pasal tu je nak see u in court. air dicincang tak kan putus. boleh je berbincang sesama keluarga. nanti2 ok lah tu. gurmet ni pun satu. pandai2 lah adjust juga. jangan berat sebelah dah masok agama islam tu. aku kadang2 meluat gak tengok org yg convert ke islam melampau2 pulak dr islam sebenar.. budget bagus. oh sebelom korang nak caras aku, aku pun islam ok. aku cakap benda yg betul.

        2

        0
        • Anonymous says:

          Phm ayat abang Nara…’selaku penganut agama Islam’…pelik yek nape ko nak nyampah org yang masuk Islam yang berlebih2 dari org Islam?sepatutnya ko bersyukur dan mendoakan mereka..nak tau napa org yang bukan Islam akan jadi lebih Islam dari orang yang memang Islam?sebab org Islam tak sedar betapa beruntungnya mereka dilahirkan Islam..dan aku bercakap sebab suami aku pun masuk Islam dan ye fahamannya skarang lebih Islam dari orang Islam…

          2

          0
        • ubi says:

          hahaha..mmg laser dgn aku tetap aku adalah orang yg sama…..hahahahaha komen pastuh sokong diri sendiri..hahaha lawakkkk gila…

          0

          0
      • HAMBA ALLAH says:

        CIK MEMANG LASER, SILA FAHAM APA MAKSUD SAYA. JIKA EINA YANG TUKAR AGAMA TU DAH MURTAD NAMA NYA. ISLAM TU INDAH DAN MUDAH KENAPA ANDA NAK MEMUTAR BELITKAN NYA KEPADA SESUATU YANG DI LUAR PERBINCANGAN. SILA MUHASABAH DIRI YA.

        0

        0
        • DATIN PADUKA HANGIT says:

          ELEH !!! DATO’ HITAM COPYPASTE EBY YUS NI MENGADA !!!

          JUST BCS ADEK BRADEK MARAH SIKIT CM TU JE, DH SEE U IN COURT KE ???

          MESTI DH KENA HASUT KAW2 NGN BINI DIA YG COPYPASTE CRUELLA DE DEVIL 101 DALMATION ,, TU KAN !!!!

          YE LAHH , BINI DIA PON ASIK NAK SAMAN ORANG JE KERJA !!!

          KLO U MEMANG DH PAHAM ISLAM TU INDAH ,
          BAWA LAH BINI KO TU GI SALON , POTONG RAMBUT DIA YG KARAT TU , N NASEHATKN JD MUSLIM YG BAIK JANGAN MENYESATKN !!!
          ADUIHHHHJ

          0

          0
    • murukuya sateri says:

      Kalau pun kakak2 membenci islam, eina dan gurmit patut bersabar…mereka tetap adik beradik…selesai secara berhikmah.tunjukkan islam bukan teruk asyik nak bergaduh, bunuh, penggal kapla, islam juga bukan pada pakaian…i pray fot you gurmit singh.

      0

      0
  3. amanda says:

    abg nara blh dh register masuk raja lawak musim depan.. hihi

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tlg nasihat kan si bini ko tu kaler rambut tu tlg kembali kpd asal….

    0

    0
    • shamil says:

      Anonymous, bace gosip gune kaedah tulisan braille ke?
      BTW, die dah kaler kan hitam rmbutnya

      0

      0
      • minah says:

        shamil… follow insta eina azman x??? BTW dia xkaler hitam lg …. tukar hitam bkn permanent punya….

        0

        0
      • kelolo says:

        gaya nak sound orang macam dia dah tahu semua nya siap kata baca tulisan braille ke? padahal padahal padahal.. paddayiappa!! bahahhahaha boooo!! nak sound orang tapi terkena kat diri sendiri…

        0

        0
    • ANON says:

      kaler xpenting.. yang penting tutup aurat tu.. xpe la.. hak dorg la nak buat apa pon.. kita sape nak suruh org buat ni buat tu.. doakan yang terbaek utk dorg smoga ditemukan hidayah..

      0

      0
  5. akuhebat says:

    yang penting dj gmix ni banyak club kat dorai tu die punye.. mcmana tu?

    0

    0
  6. Roti Canai says:

    Mak aiii… english diaa….

    1

    0
  7. ain suzana says:

    English dia teruk pun dia kaya. tak yah la nak kutuk sangat grammar org lain.

    0

    0
    • anony says:

      Org tegor psl grammar dia, bukan pasal harta dia. Ain ni mesti english pun teruk sb tulah komen mcm tu. Guna bahasa malaysia kan lagi bagus dari guna english yg berterabur…. Neway gud luck to both of them, selamat mengecapi hidup berumah tangga…& harap berkekalan.

      0

      0
  8. Islam Itu Indah says:

    pertahankn Agama Islam.. Dato, tunjukkan Islam itu indah. Jgn balas apa yg mrk lakukan. Bykkan bersabar. Nti mrk sdiri akan tertarik dgn Islam.. ;)

    0

    0
  9. Aku sebatang kara says:

    I think both the wife n gurmit is crap…
    They use Islam to cover-up..
    I’m sure there is more then this……

    0

    0
  10. Bureet Busuk says:

    Laa.. datuk ni tokey kelab malam ke?? Mesti ada jual arak kan?? Eina pun makan duit hasil jual air setan….

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Gurmeet masuk Islam kerana apa? Adakah kerana nak kawin ? atau kerana nak tumpang glamour artis atau kerana benar2 nak dalami Islam ? Apa pun jawapannya jangan la sampai bergaduh adik beradik. Mungkin sekarang mereka tidak setuju tapi jika Eina dan Gurmeet dapat menunjukkan betapa indahnya Islam itu, insyaallah mereka akan lembut hati . Saman menyaman keluarga adalah tindakan yang tak sepatutnya. Islam itu mudah. Sepatutnya Eina membimbing Gurmeet cara hidup islam bukan sebaliknya. Jangan diulang perbuatan yang lalu ketika bersama dengan ex bf dulu. Nanti porak peranda keluarga Gurmeet pulak.

    0

    0
  12. kejong says:

    tak terharu pun..lebih kepada rasa sedih sebab menggunakan nama ISLAM untuk nampak baik… kalau betul2 cintakan Islam…hiduplah cara Islam…

    1

    0
  13. holooo says:

    Nega apa laki eina ni..kayoo bebenor..

    0

    0
  14. nenek kau says:

    kalo benar cinta kan islam..cuba praktikkan cara hidup islam..sila tutup kelab mlm semua..cari rezeki yg halal..jgn ckp je tapi x buat

    0

    0
  15. Anti perempuan biadap says:

    betul..jangan gunakan nama islam untuk tunjuk baik kalau perangai tu tak mencerminkan islam. dengan rambut berkarat, melebihi minah saleh. kalau saya jadi adik beradik Datuk tu, saya pun tak yakin nak serahkan adik saya kepada isteri dia tu. Andaikata Eina tu nampak memang islam bukan dari segi agama sahaja, saya yakin, adik beradik dia tak kisah. tapi melihat peribadi eina, rasanya tak perlulah datuk tu hendak pertaruhkan hubungan adik bradik. Datuk..isteri esok lusa pun kau boleh cari, darah daging sendiri?? fikir-fikirlah.. Tindakan datuk membuatkan naluri kelakian saya berkata “lu dh kena kangkang lah bro”.

    0

    0
  16. kak pora2 says:

    semoga allah memberi hidayah kepada eina n suami…insyaallah kalau hati kita bersih dan ikhlas,allah akan tolong.semoga jodoh kamu berdua berkekalan ameen..

    0

    0
  17. HAMBA ALLAH says:

    mahkmah……mungkin yg dia mksudkn dgn mkhmah Allah….

    0

    0
  18. jay says:

    oh my English… what crap!

    0

    0
  19. Biskut says:

    Nmpak nya dato gmix ni melebih2 kan bini dr family sendiri. kdg kala, adik bradik tak suka bkn sbb benci. dato kena ingat, korg sedarah sedaging. membesar sama2. adik bradik mana yg suka bila adik/abg/kakak dia convert ke agama lain. lmbt laun mmg hubungan akan ok tp takkan sma sperti dulu. yg beragama islam, jgn ingat convert tu mudah. byk dh kes terjadi sperti family dato gmix ni. bkn sbb ahli keluarga tu benci dgn agama ke apa, tp kerana bila dh convert akan ada perubahan yg besar dlm keluarga tu. andaikata la org islam pun dpt convert ke agama lain, rasanya korg pun akan berusaha utk halang ahli keluarga korg dr convert kan? bila baca psal kes dato gmix ni, sperti nya dato ni anak laki tunggal dlm family dia. maksudnya, dato harapan keluarga, bertukar agama pula. adik bradik mana yg tak sedih. hal keluarga tak perlu nk heret smpai ke court. bincang cr baik dan tunjukkan betapa agama yg baru kita anuti tu benar2 membuatkan diri dan hidup kita lebih baik. btul kata sesetgh org d sini….jgn d mulut sj kata cinta kan islam, tapi…hidup tak cara islam? dr penmpilan si eina ni sndiri kt dh dpt lihat sejauh mana islam mereka suami isteri…

    0

    0
  20. monyet comel says:

    Dah tak payah la kaler rambut cam itu…kalau dah hitam rambut tu bior je lah hitam…
    tak payah nak perasan diva mat salleh kaler rambut cam gitu…kalau dah tumbuh/panjang rambut tu dah keluor warna asal rambut..buruk nor aku nengoknye…berbelang mcm gitu..mcm monkey…

    0

    0
  21. kokokimi says:

    yg suami masuk islam…..yg isteri tu pe ceta….dah bwak org tu msuk islam si isteri tu tunjuk2 le islam yg sejati….jadi le isteri yg solehah dsisi suami n agama islam….

    0

    0
  22. eina senduk says:

    Pegilah jalan dorai.club main room tu laki eina ni punya.x payahlah guna agama sgt kalau rambut tu blonde dan sumber pendapatan dari jual.arak.phuiiii

    0

    0