Written by Bella | April 26th, 2016

Pengurus dan juga kakak ipar kepada Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menafikan khabar angin kononnya penyanyi itu sudah hamil buat kali kedua.

Berita itu disebarkan menerusi sebuah akaun Facebook dengan nama Kaki Share dan ia telah menjadi viral sejak semalam.

Rozi meminta agar individu disebalik akaun berkenaan berhenti menyebarkan berita palsu itu  hanya kerana ingin mengaut keuntungan daripada orang ramai.

Rozi (kanan)

Saya kecewa dengan tindakan mereka. Disebabkan status dimuat naik itu membuatkan banyak pihak membaca dan mempercayainya. Malah banyak yang berkongsi di ‘page’ Facebook masing-masing.

Saya yakin dan percaya pemilik akaun ini ialah orang Islam dan berbangsa Melayu. Jadi tentu dia mengetahui hukum memfitnah itu berdosa besar.

Apa yang ditulis mereka sangat jelas, tepat dan tidak ada satu ayat pun yang tersasar. Cuma apabila ia diolah semula, ia mengundang perasaan orang untuk membaca. Apabila berita itu dimanipulasi, rasa tidak adil kerana saya tidak bercakap pun hal itu.

Mungkin pihak tersebut tahu bahawa ramai peminat Datuk Siti Nurhaliza mengharapkan beliau untuk hamil sekali lagi. Apa-apa pun, jangan mudah percaya dengan berita sebegini jika ia tidak keluar daripada mulut tuan empunya badan. Namun, kami juga tetap mendoakan agar Siti Nurhaliza diberikan peluang untuk menjadi ibu.

Sumber Berita : Harian Metro

30 responses to Pengurus Nafi Datuk Siti Nurhaliza Sudah Hamil Buat Kali Kedua, Minta Henti Sebarkan Berita Palsu

  1. kak munah says:

    udah2 la berselfie sis…ko sebenarnya x ready. hentikanlah duniawi dan glamer semata2. contohi lah mak nyah yg buang tetek tu. kembalilah kepada fitrah manusia dan tuntutan agama. hadis ada mengatakan haram bagi wanita yg berhias bilamana ada yg bukan mukhrim terpandang naik nafsu. hukumnya sama seperti wanita itu..BERZINA ye. sama2 kita beristikamah.

    0

    0
    • hmnnn says:

      wise up…both of you. that’s the price of fame…
      disebabkan ko (kak rozie) yg bukak mulut, sekarang semua tahu ada gossip siti preggy lagi. aku pun x sedar sebelum ni yg wujudnya gossip2 ni pun.
      so who’s to blame?

      0

      0
      • zakiyah says:

        sebenarnya retis2 dimsia ni ada pegolakkan dalaman. dalaman mahu jadi muslimah, tapi ego terlalu kuat jadi terus nya luaran masih mahu bglamer.
        jadi mcm noorkumala sari tu wey kalau betul2 nk hijab. zasss, tinggalkan terus. x perlu nk bermakeup-make, berselfie… tegedik-gedik …terkinja-kinja entah apa lag yg dikejar aku pun x pasti. nyanyi sana sini. suara kan aurat juga kalu betul2 ikut sunnah. so retis2 mcm ni, aku rolling je mata ke atas. dah kaya, duduk umah je lah jaga cucu….bukan duit xde.

        0

        0
        • Zasss says:

          Kalau nak generasi muda bole contohi Mizz Nina. Rasanya takde dia mekap tebal2 and selfie kat IG dia. Tgk IG dia pun very inspirational. Takde la IG yg penuh dgn promosi and testimoni produk ataupun selfie muncung itik.

          0

          0
        • Anonymous says:

          miss nina tu dh paham tuntutan dunia dan akhirat.
          dia tk perlu bktikan apa2 lagi. dia mencari redha dgn tuhan bukan manusia.

          0

          0
    • Anonymous says:

      haih, akak dh belas2 tahun mengurus ct pun masih x reti lagi ke. x phm lagi ke dgn industri seni? biasalah mulut org.. bukan tempayan akak hoi boleh ditutup2. ct jugak ckp..x mati dek keji, x hidup dek puji.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Mmg betul tu. Tp now dah jadi trend la. Bila kita tegur nnt ramai la orang yang marah balik. Sbb nya benda ni mcm dah jd part of normal life and it’s very worrying. Td saya pegi library pun nampak sibuk budak-budak berselfie. Nnt ramadhan tgk la penuh selfie dekat surau. Haih.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Sebelum tu nak tanya, rozi ni kakak ipar or bekas kakak ipar. Aku mcm ada tertengok abg dia ayie amik gambar dgn bini lain.

    0

    0
  3. sekadar menegur says:

    pondan2 semua dh bhijarah..siti bila lagi? hijrah bukan sekadar tudung kelitup kepala. make up, bulut mata, jeans koyak, riak, takbur semua tu dilarang islam. kak rozie nasihatlah artis kak rozie tu. dh tua kot…tapi perangai budak2 kampung tu masih ada. grow up wahai siti nurhaliza. sudah2 la jdi kemaruk selfie. jagalah maruah suami. pasti rezeki lain menanti…

    0

    0
  4. #jgnkecamaku# says:

    KALO DH PREGGY TU ALHAMDULILLAH JER LA…TAK YAH NK DENY2..TULIS JERLAH MINTA DOAKN KAN BAIK2..KALO TAK PREGGY TAK YAH NK HAPLOD YANG BOLEH MENGUNDANG KONTROBaSI…korang yang mulakan..pas tu nak salahkn orang lain..ermmm.. berpisah tiada..#jgnkecamaku#

    0

    0
  5. melati says:

    Udah lew Siti….sekarang ni Penyanyi Aida Jebat lagi hebat…ABHBP pun Aida yg Tercalon …hihihihi…Mereng Aida Jebat ni…..hahahahaaaa

    0

    0
  6. Anonymous says:

    kalu x betol, ignore je lah kak.
    bukan 1st time siti kena pitenah.
    kak pulak yg over2 pehal?

    0

    0
  7. saedah says:

    boring! ko tu patut nya dh bersara. duduk rumah aje lah kut.
    bukan masa nya lagi dah. mau mana satu? zuriat atau populariti.
    pilihan ditangan masing2.
    ko semua nk rebut..

    0

    0
  8. melati says:

    udah lew Siti , kisah Siti sekarang dh tk menarik dh…..!!! kisah tgh hangat sekarang ni Uqasha Senrose, aritu kater baju pertunangan dh tempah & nk bertunang kat luar Negeri, sampai sekarang hampehhhhh Uqasha Senrose ni..!!! Malu nyaaaaa….Uqasha Senrose kalau awak terbaca lah aper kater awak gi terjun KLCC tu..!!!..mesti lagi dpt perhatian Bakal tunang ko tu yg berada kat Obersi…….wakakakakaaaakaakkakaakakakaaa .ku sangka Melati jew yg Mereng !!! tapi sekarang dh tambah 2 org….Neelofa & Uqasha …..kikiki

    0

    0
  9. putra says:

    Doa yg terbaik utk siti. si melati ni sesuai kt hsptl bahagia tanjung rambutan je

    0

    0
  10. Anonymous says:

    siti ni klu ramai anak kompom bersara terus, jaga anak duit berlambak. tp sbb takde anak so dia bosan, tu pasal tak abis2 selfie, gmbr mau bercium pun dia share, padahal da tua, baik ko usaha dptkn anak

    0

    0
  11. NooR says:

    pernah jupe mizz nina live. cantik sgttttttt tanpa mekap. tak sombong. baik. sopan sgt. smp ai terkontrol plak bila berckp ngan dia. rasa mcm tgh ngorat boyfriend. haha

    0

    0
  12. ku says:

    maaf mencelah…
    jika ada yg kata siti tu pregnant…adakah ianya dah jadi 1 fitnah, yer?..

    jika yg belum berumahtangga…and then ada yg kata begitu, mngkin boleh dikatakn fitnah,kan.
    salah ke jika ada yg kata siti tu pregnant sekali lgi?…ambillah kata2 itu sebagai doa,..jgn mnghentam. manalah tau masin mulut org yg kata itu…maka dia akan dpt baby dgn izin Allah swt in shaa Allah.
    Jika apa yg sya taipkan ini sya minta maaf.
    yg rozi, pun jgnlh terllu sensitif…atau nk tumpang glemer..ekekeke.

    0

    0
  13. siti says:

    semoga dapat anak untuk kali ke dua. sesetengah orang susah, ada orang senang aja…. Siti dah ada banyak harta. anak angkat pun ada. Alhamdulillah

    0

    0
  14. me says:

    Allah nk berlaku adil tu sbb ada krg n lebih bahg suma hamba Dia didunia ni ..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    over acting..join kak ogy.

    0

    0
  16. x says:

    Udah2le.Artis dah malap.dok umah jaga sawang je.muka itik tu xcomel ok!rentikan,dah tua.peha pun dah besar.agak2 le.org kutuk sbb korang juga.mencari,maka mendapat.

    0

    0
  17. Eca says:

    Betul Ke Tok T pakai make up nye??.. Simplicity Tu?!.. Rasanya X la Kan.. N ade Ke lg?.. Kat Watson Mcm Dah xde simplicity.. Ke Jual Ke indon jer?.. Paris xmo try Ke Tok T???

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Meluat tngk pkai tudong sibuk buat selfie,
    Mcm obses gitu nk pose jembu!!!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Gila batang power namanya tu

    0

    0
  20. adudu says:

    comel siti ni…

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Gmbar 1st tu mata siti juling ke mata aku yg juling nampak mata dia juling ekekeke….

    0

    0
  22. abcde says:

    Bila dia belum bertudung, orang suruh bertudung.
    Bila dia dh bertudung, banyak pula korang suruh buat.
    Korang dh bertaubat ke?
    Dosa dengan tuhan dah hapus?
    Korang pasti keturunan korang baik-baik?
    Hmm… dia tak suruh pun korang tengok dia selfie. Dia tak paksa pun follow ig dia.
    Dia tak bayar pun Nara tulis cerita ttg dia.
    Hmm…

    0

    0