Written by Bella | November 15th, 2016

Pengsan selepas membuat persembahan pada minggu ke 4 Gegar Vaganza 3 baru-baru ini, ada yang mendakwa Siti Sarah terkena perbuatan sihir.

Enggan orang ramai terus berspekulasi, Sarah menafikan khabar angin berkenaan dan memberitahu beliau pengsan kerana badannya terlalu lemah.

Tidak ada kena-mengena dengan perkara mistik. Apa yang disebarkan itu hanya cakap-cakap orang. Kalau nak tahu, ia berpunca daripada sikap saya yang lalai. Disebabkan terlalu sibuk, saya terlupa nak makan.

Persembahan lagu duet bersama Rahmat Mega menerusi lagu Bunga Angkasa memerlukan tenaga yang banyak ditambah lagu itu bernada tinggi. Mungkin disebabkan saya berhabis dalam menyampaikan lagu itu menyebabkan saya pengsan.

Mengakui beliau percaya dengan perkara mistik seperti sihir, beliau bagaimanapun tidak mahu memikirkan perkara berkenaan. Malah, Sarah percaya mereka yang bertanding didalam GV 3 tidak kejam untuk melakukan perbuatan sihir.

Saya percaya perkara sebegitu memang wujud tetapi dalam pertandingan ini saya tak yakin ada yang sanggup berbuat sedemikian. Apa pun yang orang perkatakan saya tak nak ambil serius kerana apa yang lebih penting adalah suara saya.

Kami juga percaya perbuatan sihir itu wujud tetapi kita tidak boleh membuat andaian sendiri. Alhamdullillah, Siti Sarah sudah pun pulih bukan? Doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : sharpshooter_photographer

17 responses to Pengsan Selepas Membuat Persembahan : Siti Sarah Nafi Terkena Sihir

  1. N says:

    GOOD LUCK SITI SARAH!! U CAN DO ITT!!

    8

    1
  2. sonny says:

    astro sila baiki sound sistem. hambar la…vokal tak keluar. jenuh tekan remote kasi kuat. bila time iklan bukan main jelas nyaring bunyi.

    19

    1
  3. ROSE BIRU says:

    Sarah.. kesihatan kena jaga juga dan semoga segala urusan dipermudahkannya.. Aamiin.. take care..

    3

    0
  4. kentang jenner says:

    semoga abg gmie ada rezeki bergelar juara GV3…suara nangis mendayu2 beliau mmg rare sgt…hrp ada komposer sudi kasi lagu meletop kat abg gmie lpas ni…set2 suara hafiz suip gak..sedap je dgr….

    12

    0
  5. Anonymous says:

    Baguslah Sarah sekurang-kurangnya takde drama sana drama sini. tak macam sesetengah “orang tu” asal salah masuk key je mulalah cakap ada “hantu” datang lah,”toyol” “orang hantar barang” lah.walhal memang kelaut.Aku cakap bukan sebab aku benci dengan orang tu,tapi aku benci dengan sikap hipokrit,tak nak ngaku kalah.Tak maksud jugak aku sebelahkan “seteru dia’.Aku memang anti dengan perampas2 ni.Dah memang dari awal lagi kau pun “perampas” so ni namadia “KIFARAH” bukan “KARMA”yerk.sebab orang islam tak boleh percaya KARMA ingat tu!!!!

    13

    2
  6. Anonymous says:

    mana tak pitam mengelupur,minggu tu dia peserta pertama,persembahan pertama,lupa lirik pada rangkap pertama,kena tunggu lagi sembilan peserta punya persembahan lepas tu, hahaha, bernasib baik sebab elly tarik diri.

    5

    0
    • jadore says:

      klu elly x tarik diri pun… elly pujaan ko jg yg akan tersingkir ehhh… dia tau dia akan tersingkir so bikin lerrr drama sat… konon2 xleh terima komen juri hehhh… so tarik diri… itu mcm artis pun ada aiyaaaaaaa…. pity to elly’s aka kak lina pom pom nya fanatik!!

      10

      0
    • Kemboja Putih says:

      ermm…elly…elly…elly….bosang aahh!!

      senyum kekonon ayu..menjeling2 manja…. euuuwwwww seriau tengok!!

      5

      0
  7. mr rasional says:

    sarah yang skrg ni nampak lebih matured dan tahu mana yang terbaik untuk karier dia,alhamdulillah…walaupun x sihat,masih mampu untuk menyembunyikan agar peminat x risau,semoga sarah sihat sepenuhnya…Inilah yang kita nak, walau mcmana sekalipun tetap berusaha nak buat yang terbaik n kontroversi x mendatangkan manfaat..itu hanya seketika sahaj. Gud luck sarah…im still rooting for u!! hearty sarah!!!

    pls : nak dgr rendition baharu lagu kesetiaan!!!

    9

    0
  8. damai says:

    since sarah become singer i really like her voice, and now anak 3 bdn so perfect, tertanya2 juga apa yg dia amalkan mkn yea

    8

    0
  9. Aida233 says:

    Cantik siti sarah :-)

    3

    0
  10. brunes says:

    love u sarah! atleast your performance was killing it and avoid the controversy unlike si minah hidung lukis tu. JUST BE YOU <3 <3

    2

    0