Written by AbangNara | July 2nd, 2014

Perkhabaran penghijrahan Neelofa adalah berita yang paling menggemparkan dunia hiburan minggu ini. Tak ada angin tak ada bayu, tup-tup Neelofa kini sudah bertudung sepenuhnya. Kalau sebelum ini Neelofa sekadar berhijab ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, kini pelakon muda jelita ini akan bertudung sepanjang masa. Satu perubahan yang amat harus dipuji lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.
neelofa kini bertudungSeperti yang Abang Nara katakan sebelum ini, kesedaran selebriti wanita muda untuk menutup aurat semakin hari semakin tinggi. Nampak gaya boleh kira dengan jari sahaja mereka yang tidak bertudung. Semoga dengan memenuhi tuntutan syariat ini, kontroversi yang hadir dalam diri selebriti-selebriti ini juga turut sama berkurangan. Kata Neelofa menerusi Harian Metro mengenai penghijrahannya:-

Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.

Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela.

Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya. Alhamdulillah pintu hati ini dibuka lebih awal buat saya. Insya Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru.

Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pemberi semangat buat saya. Saya sudah lama fikirkan untuk bertudung.

Sebab itu saya banyak hadir ke kelas-kelas agama, mengikuti kelas tafsir Al Quran dan banyak lagi kerana saya tidak mahu faktor sekeliling atau individu tertenu yang mengubah sebaliknya biarlah ilmu yang membawa saya kepada sebuah perubahan buat saya.

neelofa kini bertudung
Sesungguhnya Neelofa memang tampak lebih manis, jelita, menawan dan memukau apabila bertudung. Semoga perubahan ini berkekalan buat selama-lamanya. Tak kisahlah peminat sokong atau tidak, yang penting kita berubah keranaNya. Tak gitu? Tahniah Neelofa.

P.S: Pemberi dan peminta sedekah akan disaman

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

84 responses to Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa

  1. Anonymous says:

    First… yahooo!

    0

    0
    • miss ynwa says:

      i pon ikhlas,peribadi,jujur,rela………..dengan tiba2 suka kat youuuu!
      aku tak pernah suke kau, dengan tiba2 hati aku tuhan buat tersuka kat kau..lolz
      keep it up girl

      0

      0
      • Orang lain hijab jugak lah says:

        oka bagus…next?

        0

        0
        • !!!! says:

          Wow! Perkhidmatan LRT dihentikan….tanah runtuh di Jalan Imbi !!!!!

          0

          0
        • Olga says:

          Dato Khatijah Ibrahim, Rohana Jalil, Shida, Mariani Ismail, Rosmah Mansor, Tun Siti Hasmah, bila lagi???????

          0

          0
        • Olga bertukar jadi Nirmala Kongo says:

          Doa…jadilah wanita islam…bkn sekadar wanita melayu…

          0

          0
        • Hancusss says:

          nk buat business baru nak bertudung la???….siap tunggu ramadan plak tu. kalau nk berubah..tahun lepas pun boleh berubah. x yah tunggu ramadhan.

          0

          0
        • Baby AA says:

          Berakhirlah era baju power rangers….. ya babeh.

          0

          0
        • Mata Ke Atas says:

          ikhlas tu maksudnya… niat dan buat kerana Allah tapi kalau dah disebut itu ikhlas ini jujur….tapi asyik post dlm IG gambar2 hijab itu dah tak ikhlas la jawabnya.

          nak tutup aurat tutup aje la nok… dah termaktub dalam islam lama dah
          tak payah nk berselfie segala buat orang lagi menyampah. baru belajar islam kelmarin ke?

          nak suruh manusia lihat dan puji atau hanya allah yg lihat?

          terserah…

          0

          0
        • Bedah says:

          berjihab la apapun…lakonan ko tetap x best.

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          bagus laa…setiap penghijrahan walaupon kecil adalah sesuatu yang cemerlang…paling penting istiqamah dan berubah ke arah lebih baik..usah dgr kata2 manusia yang selalu mencaci menghina sbb utk puaskan hati semua orang mmg takkan mampu sbb ko tu pon manusia…buat apa yang Allah redha…in shaa Allah Allah akan bantu ko gak…gud luck lopa!!

          0

          0
    • Tipah Kurma says:

      hurmm… kompang sekampung!

      0

      0
      • Diva Tripple A says:

        Bakat hanya sebagai jadi pengacara. Populariti dah terbantut. Nak push sebagai pelakon mmg x boleh sbb lakonan cam kayu senduk. Imej makin tercemar sebab terlalu gedik. So…jalan singkat?

        0

        0
      • Kurma Pahit says:

        LOL… pakai tudung untuk buat bisnes je..

        0

        0
        • Olga says:

          Aku berhijab xkecoh satu donia pung…oouhh lupa bkn celebrity yaaaa.buka aib kecoh sedonia…nak tutup aib pun kecoh..yg tlg kecohkan pun kecohhh laaaa….

          0

          0
        • Batu Giling says:

          lakonan keras cam batu…bagusla. tak kemana pun.

          0

          0
      • Peminat ND says:

        mengandung la tu. :D

        0

        0
    • Anonymous says:

      Alhamdulillah..syukur artis pujaanku dah bertudung..

      0

      0
    • wannabe says:

      tipu lah..
      kat instagram still upload gambo free hair lagi..

      0

      0
  2. IM SABAHAN says:

    Alhamdulillah.. manis bah dipandang :)

    0

    0
  3. anon says:

    cantik

    0

    0
  4. jiran sebelah says:

    baguslah, dah jangan komen banyak-banyak…istiqamah je

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tahniah (y)

    0

    0
  6. sakurako says:

    Terbaik…………Semoga diberkati…Amin

    0

    0
  7. lia says:

    Amboi.. Abang nara puji melambong si Neelofa ni..
    apa pun.. Alhamdulillah..

    0

    0
  8. KAMARIAH says:

    ALHAMDULILLAH BUAT NEELOFA..
    BUAT ABG NARA JET LEBIH JE KO NARA…..

    0

    0
  9. Pipah says:

    Alhamdulillah. Lofa dah berhijrah. Suka tengok dia berhijab sekarang. Semoga terus beristiqamah.

    Tapi satu bendalah aku nak cakap pasal nara dia. Dia kalau part lofa, kemain melambung2 pujian tinggi yang dia bagi dekat entry dia. Itu kalau part baiklah. Kalau part yang kurang baik, punya dia tutup rapat2 kisah artis fav dia nie. Tak salah pun. Cuma kdg kemain die pertahankan kisah lofa nie. Baik ke tak baik ke.

    0

    0
    • datinkiutmiut says:

      sokong.. lg 1 feveret c nara ni RCW.. kalau boleh tiap mgu nara nk bt liputan.. comeii lofa.. gelak dia pun da tak besar mcm dl.. sopan je kat Meletop!!

      0

      0
  10. jaja says:

    alhamdulillah lofa.. cantik sgt. subhanallah

    0

    0
  11. Gadis Melayu Terakhir says:

    Alhamdulillah hidayah itu dtg dr Allah S.W.T..Tahniah (y)

    0

    0
  12. i like Neelofa! says:

    Alhamdulillah…. =)

    0

    0
  13. Blur says:

    look more nice with tudung

    0

    0
  14. ok la tu says:

    wartawan mesia jgn tnye soklan bodoh nape artis gegurl kt mesia ttibe bertudung .. klu org tau hukum msti xtnye tp akn ucap Alhamdulilah..stop tnye soklan bodoh ..kan btudung tu memang WAJIB so xperlu nk suruh or paksa org tu jwb soklan bangang dr korang..doakn je yg baik2 utk sume kaum hawa yg beragama islam di mesia ni .. nk tnye soklan gi tembak artis gegurl yg belum menutup aurat lgi..tnye BILA nk tutup bnda yg WAJIB dituutp .. ok baiii ..

    0

    0
  15. KAS-KAS says:

    ARTIS KEDUA SELEPAS FASHA SANDHA YANG SAYA SANGAT ADORE & SAYANG !!!!!!! CONGRATZZZ LOFA !!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bodoh…. meletakkan artis ke peringkat adore… banyak lagi manusia yg boleh di adore…

      0

      0
  16. jojo says:

    subhanallah. alhamdulillah lofa.. mcm muka mak lofaa.. cantikk

    0

    0
  17. mulan says:

    Alhamdulillah…

    0

    0
  18. nia85 says:

    Alhamdulillah…semoga istiqamah..dulu masa sklah bertudung labuh sbb cikgu suruh..kli ni biarlah dri hati yg ikhlas..tahniah kerana dah kurangkan beban bapa yg terpaksa menanggung dosa anak perempuannya yg tidak menutup aurat…

    0

    0
  19. innn says:

    Orang kalau dah cantik, pakai pape pun cantik. Bila penuhi tuntutan agama macam menutup aurat ni, lagi lah bertambah-tambah cantik tu. Congrats Lofa! Perubahan yg lain tu akan datang perlahan-lahan inshaAllah :)

    0

    0
  20. kak leha kebabom says:

    Larislah jenama Bokita Hijab lps ni ye lofa

    0

    0
  21. sweet20 says:

    Che Ta bila lagi?hehehe…

    0

    0
  22. INA says:

    Alhamdulilah ………… nampak cantik dan ayu sungguh bertudung ……. tahniah ye buat neelofa …….

    0

    0
  23. aku wanita says:

    mmg ramai artis yang berhijrah..menutup aurat bukan sekadar menutup rambut..tp byk suut lg perlu diteliti…apa guna memakai tudung kalau baju ketat,cukur kening n berbulu mata palsu….berubahlah dengan betul..kl nak berubah..jangan ambik setengah..setengah lg buat x tau

    0

    0
    • akak manje says:

      hijrah itu sulit, berubah lah pelan-pelan, pakai tudung dulu, pastu try la pakai baju longgar, then stop la pakai bulu mata palsu and etc.

      0

      0
      • peminat says:

        kalo sampai ajal kite x beperingkat syg… egt Allah.. berdoa utk trus menjadi baik..

        0

        0
        • Anonymous says:

          lebih baik berperingkat dr tutup tergesa2 pastu bukak pun tergesa2,pastu sampai ajal time tu… kita ni xkan tau pengakhiran org lain, lebih baik dia slow, janji istiqamah, yg kita pakai tudung lengkap ni,yg ingat ajal sgt ni pun, tah2 Allah nak tunjuk sbb kita riak dan asik mperkecil2kan perubahan org, Allah bolak balikkan hati kita buat dosa exactly belum ajal, baru tauu… jgn riak takbur…hati kita Allah tau baik ke tidak kita tegur org tu..

          0

          0
  24. Abe Dzar ishmae says:

    Lofa .. Ni Abg Dzar Nk cakap sikit ni , wow Lofa jambunya .
    Kalau la ditakdirkan isteri tua abg ajalnya sampai abg konfirm double konfirm nk jadikan Lofa isteri abeh.

    Abeh ni tak puasa hari ni .
    Tu semangat sangat tngk gambo lofa ni ..

    0

    0
    • Anonymous says:

      klu abe sampai ajal dulu>????

      0

      0
      • Orkid Indah says:

        Astaghfirullahalazim …. tak pose …. ? Dngn mendabik dada beritahu org lain wlpn org tak tau siapa awk …. Allah swt melihat … klu sakit sekali pun … hormatilah bulan Ramadhan … malulah kpd Tuhan dngn perkataan maksiat tu … Bulan Ramadhan yg Penuh Keberkatan ini … awk cemarkan dngn perkataan noda & dosa .. Smoga Allah swt memberi TAUFIQ & HIDAYAH kpd awk … AJAL adalah TEMAN AKRAB YG TAKKAN MENINGGALKAN KITA & sentiasa menjengah kita setiap hari…. HIDUP adalh TEMAN YG AKAN MENINGGALKAN KITA BILA2 MASA SHJ … Ajal datang tanpa Di undang & ia takkan pergi wlupn kita membencinya … @ abe dzar …

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ah gelak la gelak la…
          Tak tau pucuk pangkal main nk bersyarah plak cibai sungguh nama mu ORKID INDAH!!!

          0

          0
  25. sotong hitam says:

    harap penghijrah ini bukan setakat tutup kepala, tetapi dgn package sekali, iaitu pemakaian yang sopan tak ketat dan tersendat, dan tudung yang melepasi paras dada bukan setakat balut kepala…sebaik2nya, luah dn dalam mahu berhijrah…faham2 yer….

    0

    0
  26. LOL says:

    sangat bangang nak pakai tudung pun satu dunia nak bagitahu..ikhlas jujur dan rela..MOTIFF?? ko pakai tudung sebab sekarang trend artis hijab lagi cepat market dari artis sendu rendang mcm neelofa,harapkan stail classy ko tak g kemana jugak org bosan tgk muka ko..

    0

    0
    • submarine says:

      ikhlas tu maksudnya… hanya Allah sahaja yg tau apa niat kita
      tapi klau dah disebut itu ikhlas ini ikhlas…. dah tak ikhlas la jawabnya
      berhijab sampai mintak petunjuk tang mana ikhlasnya…. nak tutup aurat tutup je laa… dah termaktub dalam islam lama dah… sejak azali beb…

      0

      0
    • x TO LOL says:

      ap la ko ni LOL…nti aku panggil ko TO LOL ko marah…doakan dia jer sdh le wlpn x suka…bulan puasa ni pn ko nk meroyan lebih2..

      0

      0
  27. dhiya says:

    Tahniah si mek kelate.. Moga anda istiqamah dalam berhijab… lepas ni boleh la perlahan2 ubah penampilan baju plak ye dr yg ketat2 ke kepada yg longgar…Seoga perubahan lofa menjadi ilham kepada geng2 nya yg lain spt tasha shila dan anzalna..insyaAllah mudah2 an..

    0

    0
  28. Aku le says:

    aku suka lofa ni bertudung..kalau dh cantik pakai ape pn cantik..tpi bila brtudung brtmbh manis lagi…aku harap bukan perubahan lofa setakat berhijab je..harap2 benda y lain y peminat x suka harap lofa leh berubah gak…aku pn bukan suka sgt kt lofa ni..tpi kalau dia btl2 berubah la..dia le retis pertama y aku suka…

    0

    0
  29. Anonymous says:

    cik ta..bila lagi..adik semua dh bertudung..dia masih togel lagi…bila pas kawin lagi teruk plk…bila d tegur meroyan memanjang..
    ziana zain-ni plk anak sendiri pn dh tegur tpi still x berubah…ap nk jadi agaknya..
    nabila huda..dia ni tunggu malah petaka dtg kot baru nk berubah
    salamiah hassan…harap2 dia leh tengok diri dia kt cermin lama2 supaya dia tahu y dia dh isyak ke belum..
    shila majid..dh nk senja pn x beubah…kt iklan tu rambut dpn pn dh botak…
    pd retis y lain tu..ko org wat seksi mcm mane pn..tpi bila bertudung ttp cantik jugak..bukan seksi y cantik…

    0

    0
  30. MINAH KAMPUNG says:

    waaaaaaa….terharu dowrh bila tgk neelofa dah berubah…
    harap-harap berkekalan selamanya…
    (bilalah giliran che ta yer????)

    0

    0
  31. HantuKuburanCina says:

    Bagusla..dah bertudung…walaupun aku ni hantu..tapi aku respek ngan lofa ni…
    Aku hantu yg ada attidue..lpas ni bole la aku blajr ngan dear lofa ni..(hek elleh siap panggil dear lagi) apapun tabik hormat dari aku Hantukuburancina…sayang lofa..tapi mo ke lofa ngan hantu cam aku ni…hujaloooooo

    0

    0
  32. Khadijah says:

    ALHAMDULILLAH!

    MOGA KITA SEMUA MENDAPAT HIDAYAH & PETUNJUK ALLAH SWT. AMIN AMIN YA RABB

    0

    0
  33. Aiesha says:

    Iyelah, besok besok jangan pakai baju power rangers pink lagi ye, tak molek tau

    0

    0
  34. comot says:

    pintu hati tbukak lebih awal? lofa lps 1st time period tu ptt ny pkai.. tp pape pn alhamdulillah

    0

    0
  35. kiah propa says:

    Mungkin dag sampai seru nak ber rumahtangga kot. Ikut jejak langkah Datin Juma yang cantik berseri tu.

    0

    0
  36. Muak says:

    TUDUNG …UTK MENGHAPUS REPUTASI YG TELAH MUSNAH.

    0

    0
  37. mizz muzzy says:

    Berita yg paling menggemparkan??? Hotak hang la nara. Berita adik muhammad firdaus lg menggemparkan lah. Brape byk post pasal minah ni pakai tudung nak ada ek?
    Mariah carey pakai tudung baru lah boleh kecoh. Atau justin bieber dah setahun masuk islam. Boleh tak letak story yg betul2 menggemparkan? Pppffftt.

    0

    0
  38. Reen says:

    Tak pedulilah dia ikhlas ke, riak ke, yg penting menutup aurat tu mmg wajib. Seru sampai ke tak sampai ke, tetap WAJIB tutup aurat. Ibarat kata Ustaz Don, you have to force yourself to cover your aurah. Full stop! Peduli apa nak tutup pakai baldi ke, kelambu ke, yg penting menutup aurat. Period!

    0

    0
  39. pink says:

    bertudung pn ade rsa ragu2 lgi?
    bertudung tu kan wajib bgi setiap wanita islam.

    0

    0
  40. KorangBangang says:

    org dh berubah pon nk pertikai..pe pye bangsat la korg ni.. sesama islam lak tu..astaghfirullah…

    0

    0
  41. weng weng says:

    suka..suka! Malaysia kene impot pelakon dari Indon atau Filipina untuk bawak watak pompuan melayu antagonis..sebab semua artis dah pakai tudung…tapi Hanez suraya anzalna, nabila huda, tasha shila, syatila melvin masih ada lagi..weng..weng!

    0

    0
  42. sutun kurita says:

    Yang dah berubah…alhamdulillah…semoga sama2 kita semua beristiqamah
    Yang masih x berubah…berdoa lah..semoga Allah beri petunjuk dan hidayah…bukan untuk mereka2 aje..tapi untuk diri kita juga..kita semua ni pun bukannya sempurna..
    apa2 pon..awak memang cantik la lofa…

    0

    0
  43. kak bedah the original says:

    Dari ramai2 mrh felixia yeap suruh kurangkan berselfie tu…nasihat sekali lopa ni
    Yg mmg dh tentu islam dari lahir.lipstick merah sebemban.bkn fotoshoot pn.n kurangkanlah asik selfie berhijab.dikhuatiri akan timbul riak

    0

    0
  44. Peah_Focus says:

    Alhamdulillah! I pun secara tak sengaja jadi minat dan terharu dengan perubahan ikhlas neelofa ni. Dah lah budak nya pandai, cantik dan stylo. Semoga kekal aman bahagia. Amin! classzzzzzz.

    0

    0
  45. Ain says:

    ni gambar kat uia ni…

    0

    0
  46. […] Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa (80) […]

    0

    0
  47. […] Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa (81) […]

    0

    0
  48. […] Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa (82) […]

    0

    0
  49. […] Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa (83) […]

    0

    0