Pengarah Bengang Pelakon Lalok Di Lokasi Penggambaran

Hiburan

Pengarah Bengang Pelakon Lalok Di Lokasi Penggambaran

Untuk bergelar artis anda harus menunjukkan etika kerja yang baik, tetapi kalau dah dapat satu  tawaran yang baik  dan anda buat sambil lewa itu namanya mencari pasal serta tidak bersyukur dengan rezeki yang tertulis buat anda.

Pengarah drama terkenal, Along Kamaludin nampaknya sudah tidak tahan dengan sikap seorang pelakon dalam projek terbaru beliau. Kata Along,  pelakon itu lalok sehingga meyusahkan kerja beliau dan krew produksi yang lain.

Advertisement

Ramai rakan Along di Facebook turut menyarankan beliau untuk ban sahaja pelakon tersebut barulah beliau serik.

Teruk betul kalau perangai begitu, kalau dah lalok memang susah hendak fokus pada kerja. Bila pengarah suruh buat  mengikut arahan lain pula yang dibuatnya, tidak fasal nanti semua nama dalam penerbitan sesuatu drama itu turut terjejas.

Kalau sudah tidak boleh buat kerja lain sepatutnya jagalah kerjaya kamu tu sebagai seorang artis baik-baik. Lepas tu bila orang tak nak  ambil berlakon mula la mengadu di pulaukan lah sedangkan perangai kamu tu harus berubah.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...