Written by Bella | June 6th, 2016

Kemelut antara kumpulan Search dan Yazit turut membabitkan pihak penganjur mereka iaitu AFJets Sdn Bhd dimana dalam satu sidang media sebelum ini, kumpulan rock berkenaan mendakwa pihak penganjur tidak mampu untuk mengadakan Konsert Search 35 Tahun dan gagal mematuhi memorandum persefahaman MoU. Oleh itu, Search telah menamatkan kerjasama antara AFJets secara serta merta.

Membalas semula pembatalan yang dibuat oleh pihak Search,  Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar, telah mengadakan satu sidang media pada 3 Jun lepas dan menafikan segala tuduhan  yang dilemparkan kepada mereka.

Penganjur itu juga meminta agar kumpulan Search tampil membuat permohonan maaf dan menuntut ganti rugi sebanyak RM 1.5 juta atas tindakan mereka yang menjatuhkan reputasi AFJets. Malah, kumpulan itu didakwa menamatkan kontrak kerjasama secara tidak sah.

Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search pada sidang media ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini.

Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap AFJets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam (2 Jun). Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, notis saman akan menyusul.

Pihak AFJets juga sedang dalam perbincangan dengan Ticketpro soal memulangkan semula wang kepada mereka yang sudah membeli tiket sebelum ini.

Mengikut perancangan asal, Konsert Search 35 tahun sepatutnya diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 9 April lalu, namun ia ditunda kepada 30 Ogos depan, dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi lokasi baharu.

Sumber Berita : BH Online

4 responses to Penganjur Konsert Mahu Search Minta Maaf Dan Bayar Ganti Rugi RM 1.5 Juta

  1. cabut bulu ketiak says:

    niat puasa sebulan bulan ramadhan tahun ni kerana Allah taala …
    ??????

    0

    0
  2. selamat berpusa semua says:

    selamat berpuasa… jgn buat dosa..
    tutup aurat tau
    banyakkan sedeqah
    teraweh….
    :-)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tak apa amy duit berjuta2 boleh bayar….

    0

    0
  4. man says:

    tuhan bayar cash sekejap je
    selamat berpuasa
    :)

    0

    0