Written by AbangNara | May 6th, 2015

Salah satu saluran feveret Abang Nara di Astro selain sukan ialah Saluran 118. Korang tahu tak saluran apa 118 nie? Tak lain tak bukan ialah saluran Go Shop. Bagi Abang Nara Go Shop nie menarik sangat-sangat. Seronok tengok host-host seperti Jimmy Shanley, Reen, Rai dan Azrul membuat demonstrasi produk dengan penuh bertenaga. Kalau produk tue basikal, siap kayuh sampai keluar peluh. Best!!!

astro go shop

Ketika menonton saluran Astro Go Shop nie Abang Nara tertanya-tanya juga macam mana rasanya jadi pengacara di saluran ini. Nampak macam senang je. Hanya perlu cakap tentang produk yang kebanyakannya datang dari Korea, tunjuk demonstrasi produk tersebut dan tekankan kelebihan produk itu untuk bakal pembeli. Jadi apabila Abang Nara dan rakan-rakan blogger lain dijemput untuk ke studio Go Shop, memang teruja diri ini dibuatnya. Akhirnya dapat tengok secara ‘live’ apa yang terjadi di belakang pentas.

astro go shop

muka excited tak ingat!!!

Perkara pertama yang Abang Nara sebut ketika melihat pentas Go Shop ialah “oh kecik je pentas dia. Camner boleh muat semua benda dalam nie?”. Persoalan itu terjawab apabila pengacara pada hari itu iaitu Jimmy Shanley dan Rai menerangkan yang semua peralatan di studio Go Shop adalah mudah alih. Proses keluar masuk produk yang ingin dipromosikan berlaku dengan mudah. Tolak sahaja dah setel semuanya.

astro go shop

Jimmy Shanley memang kelakar macam dalam saluran 118

Untuk makluman, slogan Go Shop ialah “ada TV, ada PC, ada FON, ada TABLET, boleh beli”. Menarik kan? Kalau tengah tengok saluran 118 tiba-tiba terpikat dengan produk yang sedang didemonstrasikan, boleh terus beli dengan menelefon 1800-82-0088 pada bila-bila masa 24-jam sehari. Tapi kalau rasa tak nak telefon, boleh juga layari laman web www.goshop.com.my untuk membuat pembelian. Gunakanlah tablet, fon atau PC anda untuk melihat kesemua produk yang ditawarkan di Go Shop menerusi laman web tersebut. Abang Nara dah hafal semua ini sebab ketika ke pentas Go Shop ini, Abang Nara telah diberi peluang untuk menjadi pengacara. Cuak beb!!!

astro go shop

Nasib baiklah ada Reen untuk membantu Abang Nara membuat promosi produk seterika Steam Q. Ini adalah salah satu produk paling laris di
Go Shop. Memang terbaik!!! Abang Nara dah beli dah satu. Tak perlu nak habiskan setengah jam untuk gosok baju. Dengan Steam Q, anda akan dapat menjimatkan masa dan kekemasan baju adalah amat tip top sekali. Abang Nara yang selama ini malas nak seterika pun jadi rajin sebab seronok guna Steam Q nie. Mudah sangat-sangat.

astro go shop

sambil berdiri je seterika baju. Steam Q memang power!!

Blogger-blogger lain yang hadir juga turut sama diberi peluang untuk mencuba produk yang ada. Antara seperti di bawah:-

1. Kak Filah dengan Yogurberry Yogurt Maker. Penggemar yogurt mesti suka produk nie. Tak perlu habiskan berpuluh-puluh ringgit beli yogurt kat kedai. Boleh buat sendiri kat rumah dah. Senang pun senang. Tiada eletrik digunakan jadi ia sesuai dibawa ke mana-mana sahaja.

astro go shop

2. Kak Elly dengan originalraw10 Cushion Foundation. Ini memang sangat sesuai buat para wanita di luar sana. Inilah rahsia kecantikan wanita Korea selama ini. Ketika demonstrasi, memang nampak jelas perbezaan wajah sebelum dan selepas menggunakan produk ini. Kalis air, tahan lama dan nampak sangat natural.

astro go shop3. KampungBoyCityGal dengan HUROM Slow Juicer. Ini memang feveret Abang Nara selaku seorang peminat juice. Tengah kumpul duit nak beli HUROM Slow Juicer ini. Bunyinya sangat senyap dan paling penting, penggunaannya amat mudah sekali. Hanya perlu masukkan buah atau sayur-sayuran yang dimahukan. Tak perlu tambah gula, perisa atau sebarang pewarna tambahan. Rasa original. 100% juice. Sedap tak ingat!!!
astro go shop

Selesai demonstrasi keempat-empat produk ini, Abang Nara dan 3 lagi blogger telah diberi masa 10 minit untuk membentuk kumpulan bersama blogger-blogger lain yang hadir. Tugasan kami? Menjadi pengacara dan mempromosikan produk yang diberikan dengan cara paling kreatif dan menarik. Team Abang Nara sudah tentulah kena promosikan seterika Steam Q. Ketika ini barulah terasa cuak, gelabah dan tak confident. Susah rupanya jadi pengacara Go Shop nie.

astro go shop

muka cuak yang berjaya disembunyikan

Disebabkan Abang Nara selalu keluar TV (padahal sebab confident tak ada), Abang Nara bagi can kat adik-adik blogger lain untuk buat promosi Steam Q nie. Berbakat juga adik-adik blogger nie. Silap haribulan pengacara Go Shop sekarang kena cari kerja lain. Hehehe.

astro go shop

demonstrasi yang sungguh padu

Paling menyerlah adalah blogger daripada kumpulan yang mempromosikan originalraw 10 Cushion Foundation. Kelakar yang amat. Confidence level pun tinggi yang amat.

astro go shop

Selesai keempat-empat kumpulan membuat demonstrasi produk, para hakim pun mula berbincang. Jeng, jeng, jeng. Siapakah yang bakal menjadi juara?
astro go shop

Dan tiada kejutan apabila kumpulan originalraw 10 Cushion Foundation diumumkan sebagai pemenang. Memang wajar dengan kehebatan mereka mempromosikan produk kecantikan tersebut. Team Abang Nara pun power jugak cuma kami bagi can kat team lain menang. Hehehe.
astro go shopSecara keseluruhannya, Abang Nara dan para blogger lain memang gembira mendapat peluang merasai sendiri pengalaman menjadi pengacara Go Shop. Bukan satu tugas yang mudah untuk menyakinkan orang ramai untuk membeli produk yang ditawarkan. Namun ia adalah satu kerjaya yang amat menarik. Paling penting, produk yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan penggunaan rakyat Malaysia.
astro go shopJadi jangan lupa untuk ke Astro Saluran 118 untuk melihat sendiri demonstrasi produk Go Shop oleh pengacara-pengacara hebat saluran tersebut. Kalau nak beli, boleh telefon 1800-82-0088 atau layari laman web www.goshop.com.my. Dibuka 24 jam sehari, 365 hari setahun tanpa cuti. Ada TV, Ada PC, ada FON, ada TABLET, boleh beli!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupa Di Studio Go Shop

  1. MakcikGemukTerasa says:

    Kat sinilah tempat Jimmy Shanley menggedik menyotong.

    0

    0
  2. Nonna says:

    Yang annoying pasal Goshop is Jimmy. Over sangat. Si Rai ok juga. Dia sorang yg ingat dia pandai, cakap kuat n tak bagi org peluang org lain nak cakap. Selalu mencelah. Penerbit tak perasan ke or buat tak perasan?

    0

    0
  3. Beautiful Norra says:

    Jimmy Shanley nie mcm ‘sesuatu’ jew…geli plak i bila tgk dia dlm rancangan tue…tergedik2 mcm pon***…tak macho langsung…sorry to say, tp i mmg tak berkenan…

    0

    0
    • yats says:

      mmg btul..jimmy sgtlah over & kecoh..lagi2 klu part mkn..pelahap benar..mmglah GoShop suruh org beli tp xperlu over kot!

      0

      0
  4. go shop.. says:

    adek ak pon suke tgok go shop ni..pelik tol..

    0

    0
  5. kemek says:

    Hey abg nara why kulit sunburn..cermin mata sooo tebal mcm bookworms.mgkn impact drpd tgk kompter 24hours kot. apapun bole la try produk qu puteh supaya tak nmpak gelap dn kusam..jgn marah aaaa

    0

    0
  6. sha says:

    ada duit boleh beli….

    0

    0
  7. NALIYA says:

    salah satu rancangan mengarut dri astro! yg ntah hape2 ko bgi free. tue lom msuk bab ulang tayang lgi. yg best ko suh byr! pandai2……

    0

    0
  8. nyonya mansor says:

    Aq ingat aq sorang je yg sakit telinga bila dgr si jimmy terjerit2 mcm telur tersepit zip

    0

    0
  9. nona says:

    Pengacara yg plg best is reen..mmg suke tgk die terangkn produk lain la dgn si rai tu..geram plk tgk bile die asyik ckp je x kasi pluang kt org lain

    0

    0
  10. tak pernah tengok pun rancangan ni, tapi pasni teringin jugak nak tengok betoi ka bagai dikata

    0

    0